I just say it, what i've think it

Thursday, July 30, 2009

Bab 17.

Penatnya! Kereta perdanaku menyusur masuk ke halaman rumahku yang agak kecil. Aku meluhat jam tangan, 9.00malam! Tak sangka sudah lewat malam rupanya. Aku keluar dari kereta, dan terdapat sebuah beg plastik yang agak besar di depan pintu ku. Hairan.

Pintu rumahku dibuka. Plastik bag iu kubawa masuk. Berehat sebentar. Aku melihat isi di dalam plastik beg itu. Sehelai gaun labuh. Sesuai untuk susuk tubuhku, tetapi aku tidak mungkin akan memakainya. Aku bukannya penggemar gaun. Lawa, warna merah hati. Warna kegemaranku. Ada sekeping kertas dilekatkan pada beg plastik itu, aku membacanya. Tekun.

"Bolehkah saudari memakainya pada hari ahad ini. Please! Jika ingin mengenali saya, hari ahad ni pukul 8.00malam, kita berjumpa di Hotel Hilton"
-seriusman-

Dia lagi? Aku makin suka dengan permainan ni. Penuh dengan misteri, berkobar-kobar hati ini ingin berjumpa dengannya. Tiba-tiba aku diserang. Argghh...siapa pula mereka ni? Menyesal aku kerana tidak tutup pintu tadi. Aku meronta-meronta untuk melepaskan diri. Taekwando yang pernah ku pelajari, masih kekal diingatanku.

Terus aku membuka langkah. Bagaikan aku lah pemenangnya, tetapi seseorang telah menutup mataku dengan kain daripada belakang. Gelap! Aku terasa seperti tanganku disuntik. Aku terasa Lemah.

Sedar-sedar sahaja aku berada di sebuah bangsal. Tempatnya amat kotor, penuh dengan benda-benda pelik. Aku akan dijadikan eksperimen ke?? Tidak, mungkin aku....aku...aku mula berfikiran negetif. Ya Allah tolong lah hamba mu ini dalam kesusahan.

Muncul pula 3 pemuda berbadan tegap di hadapanku. Siapakah mereka?? Aku melihat wajah mereka masing-masing dengan teliti. Salah seorangnya pernah melanggar aku ketika kau keluar dengan Zain serta Syuhada. Tidak mungkin dia adalah seriusman.

"Nak apa?," tengkingku. Aku diikat dengan ketat sekali. Aku hanya boleh bercakap sahaja. Ahh..mereka masih membisu.
"Oiii..nak apa?," tengkingku lagi.
"Dia orang tu hanya kuli aku sahaja, tak akan cakap sepatah pun," tiba-tiba kedengaran suara garau. Aku berpaling wajah untuk melihat gerangan lelaki itu. Semuanya aku tidak kenal. Apakah hubungan aku dengan mereka. Keliru aku dibuatnya.

"Kau ni kuat juga ye. Kesian kuli aku kene belasah dengan kau," aku melihat ada antara mereka di rawat di suatu sudut. Ahh...baru sikit, dah kena rawat. Lelaki suara garau itu merenung tajam ke arahku.

"Bapak kau memang bawa celaka kan, kerana dia aku masuk penjara 10tahun. Bapak kau tu memang tak kenal aku agaknya. Kalau aku jumpa dia, dah lama aku bunuh dia," ujarnya dengan nada suara yang tinggi dan kasar. Aku tersentak.
"Kalau hal bapak aku, kenapa aku pula yang kena tangkap? tangkap je bapak aku tu," aku meninggikan suara.
"Anak tak mengenang budi. Kau ni boleh tahan juga ye, boleh aku jual kat siam tu, untung juga ni," kata-katanya memang tidak masuk akal. Benci aku! lelaki itu duduk dihadapanku, sungguh rapat.

"Bagi cepat nombor telefon bapak kau," mukaku di sentap. Saki la gila, jerit batinku.
"999," ujarku selamba. Satu penampar hinggap dipipiku secara tiba-tiba. Kebas pipiku rasanya. Mandi peluh aku malam ni, lencun rasanya baju ku ni.
"Loyar buruk punya budak. Kau ingat kau lawak sangat ke? Kau jangan buat aku naik angin, tak pasal-pasal tubuh kau nanti jadi makan malam aku," ujarnya. Huh! Berani sungguh mengungkap kata-kata kotor itu.
"Kalau berani," aku mencabarnya. Aku tersenyum sinis. Mana pernah aku takutkan pada lelaki. Kalau ikatan terlerai, tau la apa aku mahu buat. Tak tahu agaknya aku ni samseng sekolah dulu. Meluat melihat mukanya yang seperti hendak menerkam ku itu. Jari-jemari lelaki itu merayap dipipiku, dan dileher dan didadaku. Dengan serta merta aku meludah ke arahnya.

"Minum ludah aku dulu," ujarku dengan tegas.
"Perempuan jahanam," lengan bajuku direntap dengan kasar. Koyak! Tiba-tiba sebuah pajero merempuh bangsal buruk itu. Seorang pemuda keluar daripada pajero itu dan diikuti dengan konco-konconya yang lain. Macam mafia.

Pergaduhan terjadi di depan mataku sendiri. Aku hanya dapat menutup mata sebelah kerana tidak dapat membayangkan yang aku berada di tengah-tengah pergaduhan besar ini. Tiba-tiba seorang pemuda meleraikan ikatanku. Pemuda itu menyuruh rakan-rakannya meneruskan tugas. Aku dibawa keluar, dibawa lari? mungkin.

Aku melihat sekeliling ku, betul-betul di bandar Kuala Lumpur. Aku kesejukan.
"Dah pukul berapa?," aku berpeluk tubuh. Sekilas pun aku tidak memandang wajah lelaki itu.
"Pukul 11.30 Adriana," aku tersentak. Nama ku disebut? Bagaimanakah pemuda itu tahu nama aku. Aku melihat wajahnya. Malangnya sukar untuk melihat, hanya lampu samar yang menolong penglihatanku.

Yang dapat dilihat hidungnya mancung. Itu sahaja. Anak mat salleh kah? Pemuda itu menyarungkan kotnya di tubuh badanku, mungkin melihat aku menggigil kesejukan. Aku tersenyum sendirian. Aku melihat wajahnya lagi. Hurmm..mata sepet, mulut sentiasa mengukirkan senyuman. Kulit wajah kurang pasti.

"Dah puas tatap muka saya ke?," ujarnya. Terkejut aku, aku mula memandang ke tempat lain, malu barangkali. Pemuda itu menahan teksi untukku. Aku amat terhutang budi padanya.

Di dalam teksi, aku termenung jauh. Ahhh..lupa untuk tanya namanya!



Wednesday, July 29, 2009

Bab 16.

Termenung aku sendirian. Aku menyisir rambut dengan jari runcingku. Kehidupan apakah ini? Takdir? Sering kali aku menerima kotak kecil pemberian daripada orang asing. Aku mengambil semua kotak kecil dan mengumpulnya di atas meja tulis. Satu persatu aku buka dan semuanya mengandungi sekeping kertas. Perkataan sama yang ditulis!

"Bersedia apa yang berlaku seterusnya"
-seriusman-

Aku mengeluh panjang. Nickname apakah ini? Lawak sungguh! Aku membuang ke semua kotak kecil itu. Pintu diketuk. Mungkin Syuhada atau Zain, fikirku. Aku bergegas ke pintu beberapa minit kerana tiada siapa yang membukanya. Erk? seperti seorang pekerja. Sebuah kotak besar di tangannya, dan seperti biasa tanda tangan diturunkan.

Pembalut hadiah yang sama! Aku berhati-hati membukanya. Hah!! Terkejut aku. Sebuah komputer riba? Mesti mahal, bisik hati kecilku. Gembira kah aku atau bimbang? Bimbang disebabkan apa pula? Bercelaru fikiranku.

Bagaimana hendak memulakannya? Di manakah suisnya?? Ahhh...ketinggalan zaman betul aku. Aku hanya tergelak kecil dengan kerenah ku. Aku mencapai buku panduan yang berada disisi komputer riba itu dan membaca dengan teliti.

Tiba-tiba aku terdengar deruan kereta diluar rumahku. Kereta BMW, sape lagi kalau bukan Zain. Aku bercekak pinggang di depan pintu, menanti kedatangannya. Zain datang dengan senyuman manis. Dia ingat aku boleh terpikat ke?

"Assalamualaikum," ujarnya lembut. Aku tidak mengendahkan salamnya, dan hanya berpeluk tubuh.
"Masih marah ke?," Zain memulakan perbualan.
"Entah geram pun ada ni. Nasib baik tak ada orang time tu, kalau tak dah lama kau kene sepak terajang aku ni," ujarku dengan tegas. Lelaki tidak boleh bagi muka, nanti dipijaknya pula.
"Friend," Zain menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku. Aku menyambutnya dengan baik. Kalau setakat kawan aku masih boleh menerima. Aku melemparkan senyuman dan mengalu-alukan kedatangannya.

"What this?," soal Zain, apabila terlihat komputer riba di atas meja ku itu.
"Present," ujarku selamba. Hadiah? Padahal aku pun tidak tahu barang ini hadiah atau muslihat. tetapi kenapa aku menerimanya?? Terlalu gembira. Itu lah perasaanku apabila menerima komputer riba ini.
"From who?," soalnya lagi.
"Seriusman," ujarku sepatah. Zain pula mengangkat keningnya kerana terlalu hairan. Mungkin terkejut.
"Special boyfriend,"helahku. Zain terdiam seketika apabila ayat itu terpacul dari bibirku ini. Aku tergelak sendirian melihat mukanya yang dungu itu. Zain menolongku untuk mengendalikan komputer riba itu. Sering kedengaran tawa mesra kami. Setelah beberapa minit, terdengar pula orang memberi salam.

Mata kami tertumpu pada pintu yang terbuka luas. Ibu, abah, abang Johari dan abang Mukhriz?? Huh aku mengeluh panjang. Ingatkan siapa la tadi. Buat aku terkejut sahaja. Aku bingkas bangun dari sofa dan menyambut salam mereka.

"Ouh dengan pakwe rupanya dia," abang Johari menyekeh kepala aku dengan kasar. Zain hanya terkedu dengan kehadiran keluargaku. Abang Mukhriz?? Abah dan ibu telah terimakah dengan kehadirannya. Aku bergegas ke dapur untuk membuat air. Zain juga turut menolong.

"Kenapa tak bagi tahu, your family nak datang?," Zain menatap wajahku. Tidak jemukah asyik menatap mukaku ini?
"Aku pun tak tahu la, tiba-tiba je ni," ujarku sambil meletak cawan-cawan di atas dulang dengan disertakan air teh. Aku meletakkan di atas meja kecil ku tadi. Air teh dituangkan ke dalam cawan satu-persatu. Kemudian aku menyandarkan tubuhku di atas sofa yang empuk itu. Lega!

"Apa tujuan abah datang ke sini. Jauh pula tu," aku menatap wajah abah yang semakin nampak garisan tua nya. Ahh..abah, asik berfikir sahaja sudah terlalu banyak kedutan di wajahnya.
"Saja, holiday!," abah berseloroh pula.
" Sebenarnya pasal tanah. Kebetulan Zain ada di sini boleh kita bincang terus," ujar abang Johari. Lagi-lagi tanah! Bosan sungguh! Perbincangan bernula, begitu serius pada awalnya. Kemudian diselitkan juga dengan tawa mesra kami. Bahagia rasanya!

Adrina Sidek.
*weh mana hilang signature aku ni..adoi*

Tuesday, July 28, 2009

Bab 15.

Kulu kilirku di reception itu, sambil membuat tugas yang diberi. Melihat bill yang digunakan oleh pelanggan. Huh begitu banyak! Skrin di komputer di hadapanku di tatap tepat. Jari runcingku menari-nari di atas keyboard untuk menaip sesuatu.

Seorang lelaki yang agak tua, umurnya lebih kurang dalam 50-an datang ke arahku. Aku melemparan senyuman manis. Senyuman ku di balas.

"Adriana Ahmad Zulkifli?," lelaki itu merenungku dengan tajam. Aku hanya mengiyakan dan menunduk.
"Ya, boleh saya tolong encik," kerjaku tadi ditinggalkan sebentar kerana ingin mendengra penjelasan dari lelaki itu.
"Uncle ni bapa kepada Zain. Boleh uncle jumpa dengan Adriana?," terkejut aku. Bapa kepada Zain rupanya. Aku hanya menggeleng perlahan tanda menolak pelawaannya. Dikatakan pengurus mengizinkan aku berjumpa dengannya.

Aku hanya mengeluh lemah. Apa lah tujuannya hendak berjumpa dengan aku. Aku hanya mengekorinya hingga ke cafe. Aku menarik kerusi dan melabuhkan punggungku di atas kerusi kayu itu. Mungkin untuk menghalang hubunganku dengan Zain, bisik hati kecil ku. Mungkin betul kerana aku memang tidak layak untuk mendampingi Zain. Siapa aku pada pandangan orang ramai, terlalu banyak kerja dibuat.

"Uncle sebenarnya kawan kepada abah kamu. Sudah 2 tahun hubungan kami terjalin. Kami berjual beli tanah di Segamat, Johor. Then, tiba-tiba abah kamu bawa lari duit uncle. Boleh uncle tau, mana abah kamu sekarang?," aku tersentak. Di Johor pun ada urusan tanah. Abah memang tauke tanah. Abah bawa lari duit orang? Mustahil! Abah bukan begitu orangnya. Aku melihat bodyguard bapa Zain itu, hanya memerhati aku dari tadi. Benci!

"A...abah..abah sekarang tingal....di..Perak," jawabku tergagap-gagap.
"Perak di mana tu? Bukannya kecil," ujarnya dengan tegas. Aku tersentak.
"Ipoh," jawabku ringkas. Garangnya orang tua ni, bisik hati kecilku. Tidak sangka anaknya lain dari bapanya sendiri. Zain Bakhri nampak begitu tegas dan berani. Anaknya pula nampak begitu manja dan keanak-anakkan. Kelihatan Zain Bakhri mengangguk tanda faham.

" Actually uncle dah tahu hubungan kamu dengan Zain. Dia yang tergila-gilakan kamu. Uncle minta maaf bagi pihak dia kalau dia ada ambil kesempatan atas kamu. Uncle tak kisah kalau kamu nak bercinta dengan dia, tapi jangan malukan nama keluarga kami," ujarnya dengan panjang lebar. Tidak sangka bapa Zain begitu baik sekali. Macam-macam aku fikirkan tadi.

Perbincangan kami selesai. Aku pulang ke reception. Fikiranku kosong, aku kembali membuat kerja yang tertangguh tadi. Morhan hanya memerhati aku dari jauh. Mungkin rasa simpati?



Monday, July 27, 2009

Bab 14.

Aku termenung panjang. Rancangan television di depanku tidak ku endahkan. Berminggu-minggu aku memikirkan tentang cinta Zain. Adakah dia sengaja mengujiku atau ikhlas? Bercinta hanya mengundang air mata akhirnya. Banyak filem aku tonton begitu lah ending nya. Aku mengeluh panjang.

"Syuhada kau saja lah yang bercinta dengan Zain," ujarku selambe. Tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Syuhada terkejut dan air yang diminumnya itu hampir tersembur.

"Are you crazy? Dia hanya cinta kan kau saja," Syuhada merenung tepat ke arah ku dan kembali menghirup minumannya.

"Aku tahu kau suka kan dia, mengaku je lah. Asalkan kau datang rumah aku, asyik dengan cerita Zain tu je," ujar ku dan tidak berani untuk berpaling muka kepadanya. Tetap termenung.

"Actually, masa dinner dengan kau hari minggu lalu tu, aku yang bagitahu tentang kau kat dia. Kau minat laki macam mana dan macam-macam lagi. Tak sangka pula bulat-bulat dia ikut," ujar Syuhada panjang lebar.

"Suka hati kau la, tak larat nak marah-marah lagi. Aku nak tidur," aku bingkas bangun daripada sofa dan menuju ke bilik tidurku. Nak marah pun tak larat, desis hati kecil syuhada.

Mataku kaku memandang kipas yang berpusing itu. Esok kerja. Penatnya! hatiku kecilku memberontak. Pelik, sebelum ni mana ada lelaki yang berani meluahkan perasaannya terhadapku, ni kan pula berpegangan tangan lagi tak berani. Tetapi tidak dengan Zain.

Mataku masih tidak dapat dipejam. Mengiring ke kiri berhadapan dengan tingkap. Panas pula. Mengiring ke kanan berhadapan dengan meja tulis. Terletak sebingkai gambar ibu. Aku mengambil gambar ibu. Apa khabar agaknya ibu sekarang? Aku sungguh sibuk. Kampungku bergitu jauh sekali. Tiba-tiba pintuku dikuak.

"Ed, betul kau tak nak pergi? Jangan paksa diri kau tu. Sekarang baru pukul berapa. Kau mana pernah tdo siang," ujar syuhada sambil melemparkan senyuman manisnya. Sungguh manis! Hari ni perasmian hotel bapa Zain. Tidak ingin rasanya untuk bertentangan mata dengan dia. Masalah rompakan tidak selesai lagi. Timbul lagi masalah cinta. Huh! Ronda-ronda kuala lumpur lah, dapat release tension sedikit.

Siap! Pakaian ku hanya simple sahaja. Malas hendak melaram Make up pun langsung tidak digunakan. Ah...bukan ke mana pun, duduk dalam kereta sahaja, aku cakap bersendirian. Aku membuka pintu, aku terkejut. Zain datang ke rumah ku. Bukan kah ada perasmian tu, tidak pergi ke dia?

"Assalamualaikum," Zain memberi salam, Aku menjawab salamnya dengan lembut dan menunduk.
"Kau tak pergi ke perasmian tu?," ujar ku dengan tegas. Zain menunduk lemah. Meluat aku melihatnya, tidak habis-habis dengan perangai manjanya.
"Kenapa kau tak pergi?," soal ku lagi.
"I've called Syu, dia yang cakap you tak pergi. So i pun tak nak pergi lah," Syuhada bagitahu semua ni rupanya, dan Zain masih lagi membahasakan diri I you.
"Oi..sejak bila berubah ni. Bermanja-manja dengan aku. Tiba-tiba i you i you pula ni. Aku dah bengang dengan kau. Aku dah cakap aku tak nak bercinta buat masa sekarang," gertakku. Puas hati! Zain hanya menunduk malu. Aku merenungnya dengan tajam.

"Kenapa?You pernah dikecewakan ke? I promise, I tak kan kecewa an you," ujarnya dengan lemah. Jari jemariku dicapai lali aku menyentap. Aku menutup pintu sekuat hati. Bagaikan hendak runtuh rumah itu dibuatnya.

Kasihan Syu, dia ke sana semata-mata untuk berjumpa dengan Zain. Tetapi tidak berbaloi. Zain ada disini menagih cinta dariku. Bagaimana agaknya perasaan dia?





Friday, July 24, 2009

Bab 13.

Handphone ku berbunyi, kali ni dengan ringtone baru pula. Sedap di dengar, bosan asyik ringtone lama.

"Hello," aku memulakan perbualan.
"Assalamualaikum," Zain memberi salam. Sering kali dia memberi salam. Aku malu dengan perbuatanku yang tidak pernha memberi salam apabila memulakan perbualan. Aku tersenyum kecil.
"Wa alai kum salam, nak apa?,"
"Dinner dengan aku, dah lama tak keluar dengan kau. Rindulah ," ujar Zain selambe. Rindu? Geli pula aku mendengarnya. Jarang sekali seorang lelaki meluahkan perasaan rindu kepadaku. Pertama kali! Aku berfikir panjang.

"Ermm...busy la," helah ku, tetapi aku hanya bersantai mendengar radio dan mengarang puisi.
"Taku rumah kene rompak ke? Don't worry la dah lama tak dengar cerita pasal perompak tu," gurau Zain. Aku mampu tersenyum kecil.
"Insya Allah," ujarku ringkas.
"Alah jom lah. Dah lama tak tengok muka kau.Rindu la. Asyik dengar suara je. Jom la," desak Zain dengan suara manjanya, makin rimas pula dengan perbuatan dia. Pertama kali bermanja dengan aku. Ada muslihat kah? Aku mengiyakan sahaja. Kedengaran Zain gembira apabila mendengar kata putusku.

Setelah tamat perbualan, aku lantas bersiap. Jeans dengan baju putih, di sertakan dengan sweater. Mungkin sejuk malam ni, fikirku. Aku mencapai kunci kereta dan menutup semua suis. Gelap! Aku kunci pintu dan grill, tiba-tiba terdengar deruan kereta di hadapan rumahku. Zain! Aku terkejut dengan kehadirannya, macam mana pula dia mengetahui aku keluar pada masa ni. Tahu-tahu pula. Aku meluru ke arah keretanya, Zain melemparkan senyuman. Menawan!

"Tahu-tahu je kan aku nak keluar. Ingatkan tunggu kat restoran," aku membuka pintu kereta dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Di lemparkan senyuman lagi. Zain hanya terus kan perjalanan.

"Ingat tak hari tu? Kau cakap dengan aku 'you like me' kenapa?," soal Zain tiba-tiba. Aku pula tersentak mendengarnya.
"Tak adalah kita kan semakin rapat. Aku ingat tak nak bercinta lagi buat masa sekarang ni," jawabku acuh tak acuh sahaja. Lega! Zain ketawa seketika. Aku menjeling ke arahnya.
"Cinta? Jangan risau. Kenapa kau nak enjoy dulu ke? Kau tu umur dah 26, kalau dulu dah dikategorikan andartu tau," ujar Zain memerliku. Andartu? Aku apa peduli, tak kisah dengan kata-kata orang ramai.
"Kau ni cantik orang nya, tinggi pula tu. Tak kan tak ada orang minat kot. Tapi aku tak pernah tgk kau pakai ladies, skirt? haha..lagi la tak pernah. Pendek kata, semua pakain kau agak longgar-longgar je," bebel Zain. Apa hal dengan dia ni membebel pula? bisik hati kecil ku. Pening aku mendengarnya.

SAMPAI! Restoran apa ni? lampu malap, agak romantik tempatnya, seperti ada muslihat. Aku sudah 'bau' petanda buruk. Tiba-tiba zain menarik lenganku dan dipimpinnya. Erat! Sukar untuk dilepaskan.

" Saya ada buat tempahan ye untuk 2 orang. Saya Zain Daniel Zain Bakhri," ujar zain pada penyambut tetamu itu. Tempahan? Aku hanya menundukkan kepala sehaja. Rasanya tidak layak aku memasuki restoran semewah ini. Aku dibawanya ke meja yang telah ditempah itu.

Zain memanggil waiter dan membuat pesanan. Buntang mataku melihat harga makanan itu. Telan air liur sebentar. Aku hanya memesan spagethi dan air buah sahaja. Kami membisu. Mataku meliar melihat suasana restoran itu. Dengan pakaian aku mcm ni? adoi...aku bermonolog. Zain? Tampan dan segak, baju lengan panjang seperti dikait begitu padan dengan tubuhnya yang tegap. Selalunya pakaiannya terlalu casual tetapi hari ni berlainan. Rambut juga berubah.

Beberapa minit makanan telah dihidangkan. Aku hanya membuat apa yang patut. Mengambil sudu dan garfu lalu menguis makanan itu. Zain pula tidak menjamah makanan itu, tetapi hanya memandang tepat pada wajahku. Aku agak kekok sedikit.

"What wrong? Anything on my face?," soalanku tidak dijawab. Memang betul tekaanku, sesuatu buruk mungkin berlaku.
"One word only can describe from yor face. Cute!," ujarnya sambil tersenyum manis. Aku mengangkat kening. Pelik. Aku dipuji. Makanan tadi cepat-cepat aku habiskan. Ingin lari dari sini rasanya. Rimas! Jari-jemariku disentuh lembut. Aku mengelak.

"Kau nak apa?," ujarku tegas.
"I love you," kata-katanya itu membuat aku terkejut. Buang tebiat agaknya.
"What wrong with you, Zain? Jangan mimpi la," aku mengundur diri secepat mungkin. Aku melarikan diri darinya. Zain pula mengejarku.
"Sir..," kedengaran waiter itu memanggil Zain dengan kuat. Zain mengeluh panjang. Zain menghulurkan wang dan tidak mengambil bakinya.

Hujan lebat diluar. Aahh..kenapa aku tidak menyedarinya? mana hendak berteduh? Aku terlihat bus stop tidak jauh dariku. Berlari-lari anak aku pergi ke bus stop itu. Sejuk! terketar-ketar aku dibuatnya. Tiba-tiba satu tangan emegang erat bahuku. Aku terkejut. Zain!

"Please beri i peluang," rayu Zain.
"Sorry, aku tak boleh terima buat masa ni," aku tidak memandang wajahnya.
"Why? i tak akan mecewa kan you," ahhh..sejak bila pula Zain membahasakan I you ni. Geli pula aku mendengarnya. Meluat!
"Aku tak bersedia," aku melarikan diri. Lenganku dicapai. Erat! Aku mengeluh panjang. Aku merenungnya tajam. Zain membalas. Bagitu lama pandangan kami bertaut. Wajahnya? ahhh...mengade sahaja..bisik hati kecil ku. Bagaimana aku hendak membalas cintanya. Aku pun tak bersedia. Perbuatan Zain betul-betul memeranjatkan ku, melutut di depan ku. Ahhh...berani sungguh!


Couple.


"girl and boy should be coupled,
when they need each other,
love each other....
because between our finger
have a space for love,
space for our partner to....
hold your hand tightly"



Thursday, July 23, 2009

Indahnya Hari...


Indahnya hari kalau...
Dapat bangun dari tidur setiap pagi dengan rasa syukur
sebab hidup lagi untuk menjalani kehidupan..

Indahnya hari kalau...
Setiap pagi dapat dengar suara orang yg t'syg...

Indahnya hari kalau...
Setiap pagi ada orang sediakan breakfast untuk kite..

Indahnya hari kalau...
Setiap kerja yang dijalankan dengan lancar tanpa kesalahan...

Indahnya hari kalau...
Bila dah habis kelas atau kerja
dijemput oleh orang yang tersayang...

Indahnya hari kalau...
dapat makan tengah hari bersama2
orang yang tersayang...

Indahnya hari kalau...
sedang melayari internet dimana2
orang tersayang datang dengan secara tiba2...

Indahnya hari kalau...
orang tersayang secara tiba2
bagi coklat atau bunga (bunga orkid=saya suke)

Indahnya hari kalau...
orang yang tersayang boleh faham keadaan kite
tak kire la kite dalam keadaan period atau tidak....

Indahnya hari kalau...
orang yang tersayang
tak pernah meninggi kan suara kat kite...

Indahnya hari kalau...
setiap hari kita lalui tu
indah2 belaka...

*haish..takdek ape yang indah kat dunia ni..
melainkan kita yang mengindahkannya..*
SHINE YOUR DAY WITH YOUR HAPPINESS



Bab 12.

"Macam mana ni bang. Dah dapat tahu siapa yang mencuri tu?," ibu masih bimbang tentang kecurian dokumen tanah itu.

"Entahlah, Yana cakap dia nak selesaikan problem ni. Abang pun tak tahu nak buat macam mana sekarang," abah berputus asa. Jarang sekali abah begini, selalunya abah lah orang pertama yang ingin menyelesaikan masalah. Kini abah berubah dan kami hanya berserah.

Ibu tiriku muncul secara tiba-tiba. Bergaya. Duduk bersebelahan dengan abah. Ibu melemparkan senyuman manis tetapi dibalas dengan jelingan tajam. Kesian ibu.

"Bang malam ni tidur rumah Nurul ye," ujar ibu tiriku dengan manja. Diusap-usap rambut abah. Abah hanya membiarkan sahaja. Ibu rasa tidak selesa dengan kelakuan ibu tiriku itu. Ekoran matanya asik meliar melihat kelakuan mereka.

"Kan dah lama abang tidur rumah Nurul," ujar ibu dengan perlahan. Ibu hanya menundukkan kepala. Ibu direnung dengan tajam, seperti hendak menerkam mangsa sahaja.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Suka hati aku la nak suruh suami aku tidur mana pun," tengking ibu tiriku tanpa belas kasihan. Ibu tersentak dan menunduk.

"Dah la tu Nurul," bela abah pula.
"Ei..sejak bile abang bela dia ni? Selama ni abang hanya berpihak kepada Nurul je. Abang tidur rumah Nurul malam ni juga. Malam ni tengok la Nurul buat show. Dah lama abang tak datang," bebel ibu tiriku sambil mengusap-ngusap dada abah.

"Dah seminggu abang tidur rumah Nurul," ibu masih menundukkan kepala. Takut dikatakan kurang hajar.

"Oii..kau ni kenapa? Baru hari ni merayu hah," ibu tiriku menghenrak meja. Gayanya seperti hendak memarahi ibu. Bercekak pinggang. Renungannya tidak mampu di balas oleh ibu.

"Saya sunyi bang," rayu ibu. Air mata ibu hampir mengalir dipipinya tetapi dapat diseka dengan hujung jarinya. Ibu tiriku senyum meleret apabila mendegar rayuan ibu itu. Ibu tiriku menarik lengan abah. Abah hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur.
Ibu sempat menarik tangan kiri abah. Ibu tiriku merenung tajam ke arah wajah ibu yang sayu itu. Ibu tiriku menolak ibu dengan kasar, tetapi sempat dihalang oleh abah.

"Abang kenapa ni?," ibu tiriku merajuk pula, wajahnya seperti tapir apabila dimuncungkan mulutnya itu.

"Oi perempuan kau jangan kurang ajar ye. Selama ni aku senyap. Tapi hari ni aku tak tahan dah dengan perangai kau macam bohsia. Menyanyi sana sini, pakaian pun macam tak cukup kain. Tak boleh ke seorang isterimeminta sesuatu dari suaminya. Kau kene ingat aku ni isteri pertama dia, lagi pun tanpa dia kau tak kan terkenal la macam sekarang," tengking ibu secara tiba-tiba. Diluahkan perasaannya.Puas! Ibu tiriku dengan abah terkejut dengan kelakuan ibuku. Begitu juga dengan abang mukhriz yang muncul secara tiba-tiba di muka pintu.

Di sangkakan ibu pendiam tetapi sekarang abah mulai sedar dengan kelakuan ibu yang berani menengking ibu tiriku. Abang Mukhriz hanya memerhati dari luar.

"Celaka kau, kau cakap aku bohsia," ringan sahaja tangannya untuk menampar ibu, tetapi tidak sempat. Abang Muhkriz sempat menepis tangan ibu tiriku itu. Lalu abang Muhkriz menampar ibu tiriku tanpa berfikir panjang.

"Kau memang bohsia pun! Siapa lelaki yang kau jumpa, masa aku ada hari tu? Baik kau terus terang," Abang muhkriz menengking ibu tiriku. Kedatangan Aang Muhkriz memeranjatkan semua orang yang berada di ruang tamu itu. Tergagap-gagap ibu tiriku untuk menyatakan kebenaran. Abah terduduk dan muka abah merah padam akibat terlalu malu dengan perbuatan isteri keduanya.



Wednesday, July 22, 2009

Bab 11.

Aku menghirup air laici dengan penuh nikmat. Ahh...sejuk dan tenang sekali. Nasi padprik ku capai dan makan dengan agak gelojoh. Rasanya seperti bertahun tidak makan. Syuhada yang berada di depanku hanya menggelengkan kepala apabila melihat gelagatku. Nasi goreng yang dipesannya tidak dijamah pun, hanya dikuis-kuis sahaja.

Zain mengeluh panjang. Zain turut simpati dengan berita buruk yang ku beritahu tadi. Katanya mahu membantu, tetapi aku menolak dengan baik. Aku tidak boleh bergantung pada orang lain sahaja. Mukaku direnung tajam, meneliti setiap kurniaan Allah ini.

"Are you sure?," Zain berpeluk tubuh dan hanya menanti jawapan dari bibir mungil ku ini.

"Yup. Biar aku yang selesaikan, lagi pun korang tak terlibat," ujar ku dengan nada suara yang lemah. Tekaan aku mengenai Zain yang mencuri dokumen tanah itu, meleset sekali. Wajahnya penuh dengan kejujuran, tidak tergamak pula aku hendak menuduhnya melulu.

Aku berfikir kembali. Di saloon yang hilang cuma dokumen pasal peribadi aku dan sebuah kotak kecil daripada pemberian orang asing itu. Di rumah , yang hilang hanyalah kunci kecil pemberian abah.

"Thats it," aku menghentak meja dengan tiba-tiba. Zain dengan syuhada tersentak dengan perbuatanku, dan mata mereka buntang melihat ku. Kunci kecil pemberian abah, mungkin kunci untuk membuka peti keselamatan di bilik abah.

"Why Ed? Ada apa-apa ke?," Syuhada memegang erat bahuku. Aku hanya melemparkan senyuman manis. Lama. Ku tenung wajah Syuhada itu. Penuh dengan kerisauan.

Selesai makan Zain pergi membayar. Kami bertiga jalan seiringan. Termenung seketika. Tiba-tiba seorang lelaki tergesa-gesa lalu terlanggarku. Barang yang dibawanya berterabur. Aku cuba menolongnya. Aku terlihat kotak kecil dibalut dengan pembalut hadiah berwarna merah disertakan dengan perkataan 'Just for you'.

Aku mengangkat kening serta merta, seperti kotak kecil yang kuterima selalu. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku hanya melemparkan senyuman manis. Entah ikhlas atau tidak. Siapakah lelaki itu?

"Ermmm...hari sabtu depan, papa aku buat perasmian hotel barunya, korang nak pergi?," Zain besuara, menanti jawapan dari kami berdua.

"Insya allah, kalau jadi kat mane ye," balas Syuhada.
"Johor Bahru," ujar Zain dengan ringkas. Aku hanya mendiamkan diri. Jauh tempatnya. Bagaimana hendak minta cuti dari pengurus. Aku berpeluk tubuh. Aku minta diri untuk berundur, sengaja untuk merapatkan Syuhada dengan Zain. Aku akui Syuhada sudah jatuh cinta dengan Zain. Setiap kali datang ke rumah, pasti cerita utamanya adalah Zain.

Zain menghalang aku berundur begitu juga Syuhada. Aku didesak. Tidak selesa, rimas dengan paksaan mereka. Aku terus menonong ke depan, tidak peduli dengan desakan mereka.

"What wrong with her?," Zain kaget dengan kelakuanku itu.
"Mungkin banyak sangat masalah dia fikir kot. Dia nak release tension agaknya," Syuhada tersenyum manis. Hanya dia dengan Zain. Begitu seronok hatinya bersama Zain.

"Kalau dia ada, lagi seronok rasanya. Aku tak pernah sunyi sejak kedatangan dia," Zain merenung jauh. Mimik mukanya masam mencuka tika ku tiada.

"I kan ada," Syuhada menyiku lengan Zain. Zain tidak menyenangi denga perbuatannya. Wajahnya tetap masam, serius!



Tuesday, July 21, 2009

Bab 10.

"Hah," aku terkejut. Berkerut dahiku sebentar. Dokumen pasal tanah dicuri. Bagaimana? Kenapa? Siapa yang mencuri? Apa muslihatnya? Bertubi-tubi soalan di benak fikiranku.

"Yana rasa apa kita nak buat sekarang?," Abang Johari mundar-mandir di hadapanku sudah seperti kucing kehilangan anak pula. Aku buntu, berpuluh-puluh ekar tanah sudah dirancang untuk membentuk sesuatu, sudah dimiliki orang lain?? Aku teringat Zain. Adakah dia?

"Maafkan abah yana, jo. Abah tak sangka pula jadi begini. Abah dah letak dalam peti keselamatan tu. Macam mana pula pencuri tu boleh tau," mimik muka abah penuh dengan kerisauan. Memang tak syak lagi, tentu Zain punye keje. Yakinku! Hanya Zain sahaja yang tahu selok-belok rumahku. Mungkin cuba mengintip abah, semasa abah bekerja di dalam bilik. Mungkin senyap-senyap meletak kamera kecil.

Puas aku memikirkan, ingin menuduh tapi tiada bukti. Kini abah cuma ada perniagaan. Alhamdulillah, kerana abah seorang bekerja keras untuk menyara keluarganya. Walaupun abah sentiasa berfoya-foya, tapi tanggungjawabnya terhadap keluarga tidak dilupakan. Abah buntu!

"Abah rasa abah malas nak fikir lagi, tak sempat nak diwasiatkan," abah termenung jauh. Kini dirasakan kegagalan. Pertama kali hidup abah mengalami kerugian besar. Ah...abah tak kenal erti gagal. Tabah, mungkin abah akan menyiasat dulu.

Tiba-tiba muncul pula ibu tiriku. Penuh dengan lenggang lenggoknya. Meluat! Macam mak datin dah aku melihatnya.

"Bang, tak nak balik dulu ke. Nurul dah masak tengah hari untuk abang. Nanti Nurul ada show," ibu tiriku cuba untuk bermanja-manja dengan abah. Tidak habis dengan kepura-puraannya. Show! Dengan jantan lain adalah bisik hati kacilku. Ingin beritahu abah, takut abah mengamuk pula. Pantang isteri dengan jantan lain, sanggup menampar isteri di khalayak orang ramai. Fikirku.

Huh, lelaki. Ego tinggi, kalau dia dengan perempuan lain, tidak faham agaknya perasaan isteri di rumah. Di cakapnya perempuan ni kuat cemburu. Alih-alih perempuan yang terpaksa beralah. Handphone ku berbunyi. Nombor telefon Raihana di skrin handphone ku! Ada masalah di saloon agaknya, fikirku.

"Ed..ed...tolong. Saloon ada masalah, ade orang ceroboh!," kedengaran suara raihana sungguh cemas. Aku tersentak. Apa yang mereka cari, sehinggakan di saloonku juga mahu diceroboh.

"Kau suruh dia orang telefon aku sekarang juga," aku sedikit cemas, terketar-ketar bibirku.
"hah..errmmm...ed dia orang dah takdek dah. Tadi dia orang suruh kita orang senyap, so...," Raihana tergagap-gagap untuk menyambung ayat terakhir.
"So what? Adoi..korang langsung tak buat apa-apa ke? Celaka betol la," naik darah aku seketika. Mahunya aku ke saloon sekarang, tapi jauh tempatnya. Aku berfikir sejenak Arghh..tidak mampu. Aku pelik, tempatku terbuka tiada sorang kah yang ingin menolong. Guard ada tidak guna pula.

Mengapa 3 hari berturut-turut ada rompakan ni. Hati kecil aku menjerit. Memang pelik. Kena rasuk agaknya orang ramai ketika itu. Macam mana perompak terlepas. Teka-teki tidak dapatku jawab.




Saturday, July 18, 2009

Bab 9.

Kedengaran syuhada keluar dari bilikku dan beberapa minit kemudian kedengaran pancuran air pula dari bilik mandi ku. Mandi agaknya, fikirku. Aku seperti mamai, berat mata ini untuk mencelik. Aku terlena, aku tersentak apabila kedengaran dapurku huru hara pula. Memasakkah syuhada. Syuhada ke ruang tamu dan matanya tidak berkelip memandang aku dengan pemuda asyik tidur di sofa.

Tiba-tiba tubuhku dihempap dengan sebarang bende yang besar dan berat. Aku sedikit terkejut dan badanku terjungkit akibat dihempap dengan kuat. Aku mencelikkan mata. Dimanakah aku berada. Aku bingkas bangun, dengan siapakah aku tidur? Mataku bukat apabila melihat pemuda itu. Aku tertidur di atas pangkuan Zain. Tidak sangka! Terdengar pula bunyi buaianku berkeriuk di luar. Aku bingkas bangun untuk melihat.

"Romantik nampak," ujar Syuhada setelah aku muncul di muka pintu, syuhada tersengih-sengih. Aku memejamkan mata seketika dan menghela nafas dengan panjang.

"Kau dah nampak, kenapa tak kejutkan?," aku bercekak pinggang. Syuhada hanya mengunyah biskut kegemarannya.

"Pergi lah mandi, nanti boleh breakfast sama-sama," Syuhada menjeling manja ke arahku. Setelah keluar daripada toilet kelihatan Syuhada beria-ia mengejutkan Zain. Zain terjaga dan tersenyum manis ke arah Suhada. Zain menghulurkan tangannya ke arah syuhada seperti mahu diangkat. Syuhada pula menyambutnya dengan mesra. Aku seperti tidak percaya dengan perbuatan mereka.Terlopong aku sebentar.

Hatiku resah. Cemburu kah aku?

"Ed, kau tengok apa?," Syuhada memetik-metik jarinya di hadapan mukaku. Aku tersentak.
"Eyh, ada kucing siam lalu depan rumah tadi..lawa..," helahku. Aku menepuk-nepuk dahiku berkali-kali. Kenapa dengan aku? Aku tercegat di dapur itu. Apa perlu aku buat? Aku hanya mengeluh.

Aku mengelamun panjang. Berfikir sebentar. Aku merehatkan diri diruang tamu. Kabur pandanganku. Remote control ku capai di atas meja, lalu menekan-nekan untuk mencari siaran kegemaran.

Syuhada memanggilku untuk breakfast bersama. Aku hanya menggeleng perlahan. Syuhada hampa dan mulutnya sengaja dimuncungkan. Beberapa minit kemudian terdengar tawa mereka mesra di dapur. Aku rasa kehidupan ku seperti kekurangan sesuatu, semuanya penuh dengan kemewahan.

Bukan itu yang aku cari. Abah hanya mengeluarkan duit setiap bulan untukku berbelanja serta untuk ibu dan ibu tiriku itu. Aku mengeluh panjang, tidak seperti Syuhada. Walaupun anak orang berada, kehidupannya penuh kasih sayang, kejujuran dan penuh dengan prinsip budaya. Aahhh..apa aku merepek ni. Lamunan ku terhenti kerana pintu rumahku diketuk bertalu-talu. Aku memandang ke luar. Pemuda ini lagi. Aku hanya tersengih.

"Kak, tolong tanda tangan," pemuda itu menuding jarinya di tempat yang perlu ditandatangani. Di hulurkan kotak kecil. Sudah banyak kali aku menerima kotak ini, tetapi aku tidak pernah buka. Tidak teringin tahu isi di dalam kotak itu. Mungkin kosong fikirku.

Syuhada serta Zain muncul dipandangan ku dan duduk bersebelahan dengan ku. Aku tersepit di tengah-tengah. Ahhh..apakah muslihat dia orang ni?? Zain pula sengaja meletakkan tangannya di badanku. Aku menolak tangannya yang berat itu. Berapa kilo la anak arab ni, bisikku sambil tergelak sendirian.

"Syuhada kenapa kau menangis semalam?," soalku tiba-tiba. Ya, soalan ini tidak terjawab dari semalam. Zain pula setia menonton tv. Aku ternanti-nanti jawapan dari mulutnya.

"Aaaa..aku...aku..," Syuhada sedikit gagap untuk menjawab.
"Aku kene rompak. Ed, sorry sangat-sangat. Perompak tu masuk rumah kau. Aku harap perompak tu tak curi apa-apa," Syuhada serba salah dengan kejadian semalam, dan dia hanya menunduk sahaja. Aku mengangkay kening, hairan!
"What? Macam mana boleh berlaku ni," nada suara ku tegas serta-merta. Aku berpeluk tubuh, tiba-tiba rasa tidak puas hati.

"Panjang ceritanya. Aku buang tabiat semalam," Syuhada memulakan ceritanya. Aku semakin pelik dengan kejadian itu. Aku mula hairan siapa pula lelaki yang menyelamatkan Syuhada pada akhir cerita? Lelaki itu terus berlalu pergi, penuh dengan teka-teki!



Thursday, July 16, 2009

Bab 8.

"Kau ni tamak lah. Jangan terlalu boros, apa yang kau nak buat dengan tanah tu??Bina banglo," aku hanya memeluk tubuh sambil direnung oleh Zain.

"Habis tu nak buat apa lagi? Ye, aku memang tamak, tak pernah aku merasa mewah macam ni. Hidup aku cerah," huh cerah konon, aku mencebik. Zain memang seorang yang ego dan berlagak. Perempuan pun dibeli buat simpanan. Aku merenung tajam ke arahnya. Zain tidak mampu membalas renungan ku. Aku akui renunganku memang sukar di balas oleh semua lelaki termasuk abah.

"Jantan tak guna," bisik aku sendirian.
"Ye apa kau cakap? Memang aku tak guna pun," ujar Zain dengan bangga aku pula menunduk malu, dengar pula.
"Kemewahan konon. Nanti kau mati, biar segala kemewahan masuk dalam kubur kau. Entah muat atau tidak. Don't be proud okay," aku hairan dengan kelakuannya. Zain hanya tergelak. Apa yang lucu sangat? fikirku.

"Lawak la kau ni. Jom la aku belanja makan,"Zain masih tergelak, dan dia meletakkan tangannya di bahuku. Aku mengelak lalu menolaknya sehingga terlanggar pokok dibelakangnya.
Aku tergelak besar. Berkerut dahinya menahan kesakitan. Kami berkejaran di tengah-tengah lautan manusia yang berpusu-pusu menuju ke pusat membeli -belah.

Akhirnya kami sampai di restoran Chicken Rice Shop. Berkerut dahi aku melihat orang ramai padat di dalam restoran itu. Seorang pelayan menghampiriku.

"Kak, ada tempat kosong," ujar pemuda itu dengan lembut sambil menuding jarinya ke suatu sudut kecil. Zain mengeluh panjang, penat agaknya. Aku menyandarkan badanku di atas kerusi yang agak keras itu, bersyukur kerana mendapat tempat makan. Alhamdulillah.

Aku memandang tepat pada wajah Zain. Hatiku ingin tahu, keturunan apakah dia? Nampak seperti mat saleh, tapi masih ada iras-iras melayu. Siapa kah dia? Syuhada kagum kerana mendapat kawan seperti Zain. Jarang jumpa muka macam ni, kata Syuhada.

"Kau dari keturunan apa ye?," tiba-tiba ayat itu terpacul dari mulutku. Aku tersenyum meleret-leret. Aku hanya menunggu jawapan dari mulutnya. Masih penat agaknya.

"Kehidupan aku penuh dengan kehidupan serani. Mak aku cina papa aku pula keturunan arab. Arwah atok aku sebelah mak aku cina, nenek aku pula melayu. Then papa aku, atok aku arab nenek aku melayu,"aku hanya mengangguk sahaja dengar penerangannya.

"Kenapa hensem ke?," Zain berposing seperti gaya model. Perasan. Meluat pun ada.
"Tapi kenapa nama kau tak ada syed?bukan ayah kau arab ke?," aku masih ragu-ragu.
"Itu aku pun tak tau, i also wonder why my name like that, even papa pun tak ada syed," Zain tergelak kecil. Aku hanya mengangguk perlahan. Tidak lama kemudian makanan pun terhidang, kami berdua asyik menikmati hidangan tadi.

PUKUL 8.00 MALAM, aku melihat jam di dinding. Aku termenung jauh. Fikiranku kosong. Aku mula menyedari hubunganku dengan Zain semakin rapat. Adakah aku sudah jatuh hati kepadanya. Tidak mungkin, aku tidak rasa sepi apabila Zain tiada disisi. Betul!! Aku tidak boleh tunduk pada lelaki. Jerit batinku.

"Are you okay?," aku terkejut dengan sergahan Zain. Aku hanya menggeleng lemah dan memberi senyuman kecil.
"You like me?," gila ke aku hari ni.
"Why mengigau ke?Hallo...," Zain memetik-metik jarinya di hadapan mukaku.
"Hey i'm serious okay. Aku harap aku dengan kau hanya kawan je ok. Aku anggap kau tak lebih dari kawan," aku merenung wajahnya. Tenang. Zain hanya mengangguk tanda mengiakan kata-kata ku tadi. Aku merenung jauh. Resah! Kereta bmw ini menyusur perlahan memasuki halaman rumahku. Pintu rumahku terbuka luas. Hairan!

Aku terus keluar dari kereta, dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumahku. Terdengar tangisan. Siapakah gerangannya?Zain hanya mengekori aku. Di belakang sofa terdapat suatu lembaga. Aku merapatinya, lampu dipasang. Cahaya mula menyinari rumahku. Syuhada!

"Kenapa kau menangis ni?," aku terus merapati Syuhada.
"Kena rogol ke?,"celah Zain selambe. Masa macam ni pun sempat lagi bergurau. Aku dan Zain hanya tersengih dan aku mengarahnya untuk meninggalkan kami sendirian. Syuhada mula merengek di bahuku.

"Ed, don't trust any man," tangisan Syuhada semakin kuat. Aku hanya mengangkat kening, pelik! Aku melihat Zain mengemas bahagian ruang tamu ku.

"Apa pasal pulak ni. Some guy dah tipu u ke?," aku cuba untuk memujuknya. Aku hanya mengusap-ngusap belakang badannya. Syuhada tidak dapat berkata apa-apa. Aku menghantarnya ke bilikku. Aku duduk bersebelahan dengan Zain.

"Syu dah tidur ke?," Zain merenung tepat ke arahku. Aku hanya mengangguk lemah. Berat rasanya mataku, sudah tidak dapat celik lagi. Keadaan gelap gelita.



Bab 7.

Aku menyiapkan kerja secepat mungkin. Kalau terlewat, alamatnya kene marah la. "Raihana," aku menjerit sekuat hati kerana itu yang hanya aku mampu buat. Raihana terhegeh-hegeh untuk datang ke pajabat ku.

"Ye Ed. Ada apa-apa yang penting ke?," aku bercekak pinggang dan tersenyum kecil melihat gelagat Raihana. Tercungap-cungap dibuatnya.

"Saya cutu seminggu ye. Kamu kene tengok-tengok kan keadaan di sini," ujar ku sambil mengemaskan failku di atas meja itu.

"Yela kalau dah tauke tu, cuti bila-bila masa pun boleh. Kenapa ada kerja ke?," ujar Raihana sambil membetul-betulkan rambutnya yang kusut masai.

"Yela, banyak kerja yang saya kena buatkan, kat hotel lagi. Ok la saya pergi dulu," aku terburu-buru.

"Eh nanti, ada hadia untuk Ed," Raihana menghulurkan kotak kecil padaku. Aku mencapai dan membelek-belek pembalut haidah itu. Serupa dengan hadiah yang dulu, tetapi tidak pernah pula dibuka. Kami berdua keluar dari pejabat dan aku mengunci pintu pejabat itu.

SAMPAI juga aku akhirnya. Aku terus menuju ke bilik persalinan. Terhegeh-hegeh aku menyarung Uniform ke tubuhku. Siap! Aku berlari-lari anak ke arah reception. Ya Allah...tolong daku, pengurus dah sampai. Jantungku berdebar dan aku kelihatan gelisah.

"Adriana Ahmad Zulkifli, baru sampai. Susahnya kalau ada dua kerja ni kan. Mari ikut saya," aku menunduk dan membuntuti pengerusi ke arah pejabtanya. Aku mengeluh panjang. Apakah nasib ku tidak baik hari ni? aku mengucap panjang.

"Ehem..," Pengurus terbatuk kecil. Sengaja dibuat atau betul dibuat, aku pun tak tahu. Pengerusi duduk di tempatnya.

"Minta maaf, perkara ni tak akan berulang lagi," Aku hanya mampu menundukkan kepala.

"Dah banyak berulang pun, tapi saya tak kisah. Kenapa ya? Tolong jawab," sindiran apa ni? Mengapa aku diperlakukan begini? Ya Allah...tolongla hambamu ini!!Jerit batinku.

"You ar fired!," suara pengurus sungguh tegas, aku terus berpaling muka ke wajahnya. Betulkah apa yang aku dengar? Tiba-tiba kedengaran hilaian pengurus. Aku memandang tepat pada wajah pengurus. Merah padam mukanya kerana asyik dengan ketawa.

"Saya hanya gurau la yana, yana tak marahkan," lagi pening kepala aku dibuatnya. Senyuman sinis membuatku meluat.

"Can u tell the true? I don't understand," kenapa la aku mendapat pengurus gila ni? Kelihatan pengurus mengejek-ejek percakapan ku.

"Saya dengar awak ada tolong seseorang, dan kerjanya itu berjaya memikat panel hakim di luar negara. Saya sungguh bertuah kerana dapat pekerja macam awak, kiranya versatile. Macam-macam kerja boleh buat," pengurus tersenyum lebar ke arahku. Pengurus sudah tahu ke tentang aku menolong pereka fesyen di sebuah butik. Mana dapat berita? Aku tersengeh.

"Banyak bakat yang awak ada. Mana satu sebenarnya yang awak nak buat yana? Tapi saya lihat awak cergas orangnya, tak pernah beralah. Bila masa pula awak buat kerja lain?," ujar pengurus.
Aku hanya mendiamkan diri begitu juga pengurus. Setelah beberapa minit pengurus merenungku.

"Tak apa lah sambung kerja awak tu. Awak tak dipecat. Kalau nak berhenti, hantar surat dan terus letak di meja saya," aku hanya mengangguk. Gembiranya hati ini. Aku tersenyum kecil dan menangguk perlahan tanda terima kasih lalu aku kelaur dari pejabatnya dengan hati yang tenang.

"Macam mana yana. Pengurus marah kau ke?," Morhan menunjukkan simpatinya terhadapku.
"Mana ada pujian adalah. Aku bertuah dapat pengurus macam tu," aku tersenyum lebar. Aku memulakan kerja u di reception itu.
"Tuah kau Yana, tuah kita juga dapat pengurus macam tu. Baik hati," Morhan mencuit bahuku. Memang tuah aku hari ini baik. Alhamdulillah. Mungkin esok buruk, mungkin la. Bersyukur aku kerana pengurus hotel ini adalah bapa syuhada. Dia la yang menolong aku ketika saloon aku betul-betul mengalami kerugian.

Tiba-tiba seorang pemuda datang ke arahku. Aku dan pemuda itu sama-sama terkejut. Tidak sangka ada pertemuan kedua.

RESTORAN MEWAH! Aku pandang sekeliling. Rasanya tidak manis pekerja dengan pelanggan berada di sini. Hairannya pengurus mengizinkan kami berdua jumpa di tempat begini, sudah lah tadi aku membuat perangai. Terhutang budi betul aku dengan pengurus.

Aku menunggu kehadiran Syuhada. Syuhada muncul di pintu masuk. Aku melambai-lambaikan tangan ke arah syuhada. Syuhada keriangan datang di sisi ku. Kami bersalaman sambil mencium pipi, apabila syuhada melihat Zain dia agak terkejut.

"Kau berdua dah kenal ke? Ya Allah Ed, ni la anak Zain Bakhri tu, yang aku cerita kat kau dulu," aku tersentak, aku seperti tidak percaya. Mengapa aku tidak ingat, padahal Syu ada menunjuk gambarnya bersama Zain. Aku menepuk-nepuk dahiku berkali-kali.



Wednesday, July 15, 2009

Dengan Ketentuan-Nya. Bab 6.

Aku mengeliat. Aku mengerling jam disebelahku. Mataku terbeliak seketika. Pukul 11.00 pagi! Tidak pernah pula aku bangun selewat begini. Aku menyelak langsir dan membuka jendela. Panas terik. Sunyi. Begitu la suasana kampung aman sentiasa. Sering aku mengubah lagu atau mengarang puisi pada waktu ini.

Tetapi Syuhada tidak suka dengan keadaan kampung, terutama pada waktu malam. Seram katanya. Aku tersenyum kecil lalu melihat jari-jemariku yang memegang jendela. Tiba-tiba pintu bilikku di kuak. Aku tersenyum manis melihat ibu. Ibu menghampiriku lalu memelukku. Sungguh erat, sudah lama tidak memeluk ibu sebegini.

"Anak dara apa ni bangun lambat," ujar ibu sambil mencuit hidungku yang agak mancung. Sudah lama ibu tidak membelaiku. Ah rasa tak nak berenggang dengan ibu ku.

"Sekali-sekala bu. Abang Johari dengan abah mana bu?,"ujarku apabila menyedari mereka semua tiada dirumah. Rumah itu kelihatan sunyi.

"Entah katanya ada projek dengan Zain sekali," tiba-tiba ibu membisik ke telinga ku.

"Zain?," aku agak terkejut.
"Zain mana bu?," aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Eh kamu ni cepat lupa pula. Dah nyanyuk ke? Zain yang hensem tu, yang datang rumah kita semalam, datang nak meminang yana," ibu mengusikku. Baru aku menyedari siapa zain. Pelupakah aku? Aku memuncungkan mulut dengan usikan ibu tadi. Zain, aku tidak perasan wajahnya semalam.

"Projek apa bu?," aku memandang wajah ibu. Begitu tenang sekali.

"Entah la yana. Lelaki, ada-ada je la projek kalau cuti panjang ni," ibu mengusap rambutku dengan perlahan. Aku termenung seketika. Tanah? Lupa pula aku, berapa harga yang ditawark oleh Zain. Begitu kayakah dia? kalau dah mata duitan, apa-apa pun sanggup beli termasuk perempuan! Zain Bakhri? Macam pernah dengar nama tu. Tak silap Syuhada ada menceritakan padaku tempoh hari. Terkelip-kelip mataku memikirkan hal Zain Bakhri itu.

"Yana terpikat ke?," aku tersentak dengan soalan ibu. Zain? Ada apa dengan Zain? Aku tergelak besar, ibu hairan dengan kelakuan ku.

"Ibu sekarang ni yana nak enjoy dulu la.. Cinta ke, terpikat ke, Yana tak nak semua tu dulu. Kalau boleh kahwin dulu baru bercinta. Masa tu cinta boleh disemaikan bu. Ibu lambat ke abah balik," aku cepat-cepat menukar topik. Kalau lambat, alamatnya ibu asyik mendesak aku kahwin. Aku terfikir sejenak. Lelaki? Boyfriend pun tak pernah ada. Aku memang anti-lelaki sedikit. Itu la perangai ku sejak sekolah. Semua lelaki yang aku benci, aku buli. Hahaha...tiba-tiba aku tergelak sendirian.

"Kamu ni apa pasal. Tu la bangun lambat lagi, tengok dah masuk air. Dah sebelum kamu masuk air.Pergi mandi cepat. Dah pukul berapa dah ni," ibu sudah mula membebel. Aku hanya tersenyum simpul dan melihat ibu berlalu pergi keluar dari bilikku. Mahu masak kot.

Sambung balik gelak jahatku tadi. Abah pula curang dibelakang ibu. Nurul Fatimah, nama yang paling buruk dan hodoh seklai bagiku. Benci aku terhadapnya tidak pernah hilang sejak dulu lagi. Seseorang yang terkenla di persada seni. Ceh..suara macam katak puru ada hati nak nyanyi di depan khalayak ramai. Aku masih merepek sendirian dan aku mula mencebik.

"Yana apa menung lagi tu. Pergi mandi, kang ibu simbah juga air ni," lamunanku hilang begitu sahaja apabila ibu muncul dimuka pintu sambil memegang air panas. Uish..ganas betul ibu ku, aku bermonolog. Aku bergegas ke bilik air.

Aku berehat di ruang tamu, apabila sudah selesai mandi semua. Aku mengambil remote di atas meja dan menekan punat on. Aku mencari siaran kegemaranku. Fesyen. Itu sahaja la yang ada, pakaian berwarna-warni sedap mata memandang.

"Assalamualaikum...," kedengaran suara lelaki. Siapakah gerangannya? Aku menjawab salam dan melihat disenalik jendela. Abah, abang Johari dan siapakah dia. Fikirku. Ya Allah..Zain! Apa dia buat kat sini, bisikku sendirian.

"Dari mana ni? Banyaknya barang," mataku tidak berkelip melihat barang yang dibawa mereka bertiga.

"Pagi pergi memancing. Lepas tu pergi shopping la," mereka bertiga ketawa besar dan hilaian mereka hilang begitu sahaja dan menuju ke dapur. Bencinya, bisik hatiku. Memancing apa pagi-pagi, ikan pun tidur lagi, aku membebel sendirian.Zain menuju ke arah ku dan duduk di sofa sebelahku.

"Kau tidur kat sini ke?," aku menyoal tanpa ragu-ragu. Zain hanya mengangguk.
"Yana, kaki tu ke bawah," abang Johari menyedari kelakuanku tidak sopan dihadapan tetamu. Sudah biasa dirumah, begini la aku. Kaki dinaikkan di atas meja sungguh selesa.
" Bang kenapa orang asing ni tidur rumah kita?," Aku mencebik.
"Dia kan bakal adik ipar abang," abang Johari berseloroh. Zain dengan abang Johari tergelak besar. Apa yang lucu?

"Ha..ha..ha..very funny. Adik ipar? Funny ke? Whats wrong with u both? It is a big problem? You..you is not my taste," pantang betul aku kalau ade yang gurau pasal adik ipar ke abang ipar ni. Aku menjuihkan bibirku dan menjelir lidah ke arah zain. Zain pun membalasnya. Aku menyedari yang wajahnya ada keturunan arab, memang padan dengan ketinggiannya.

Ibu memanggil kami sekeluarga untuk makan tengah hari. Aku terkesima seketika, banyaknya lauk! Semuanya kegemaranku dengan abang Johari, tapi cuma satu. Gulai pucuk ubi, siapa yang menggemarinya. Abah lagi tidak suka katanya susah ditelan.

"Gulai pucuk tu, zain yang suka. Ibu saja nak buat. Nak juga merasa," ibu senyum manja ke arah Zain. Ya Allah!! Mana datangnya pemuda ni, ibu sudah mula menyukainya. Aku teragak-agak untuk duduk berhadapan dengan Zain pula. Syuhada tolong aku!!! Jerit hatiku.



Monday, July 13, 2009

Dengan Ketentuan-Nya. Bab 5.

Kereta perdanaku menyusur perlahan di halaman kampungku. Setelah enjin kereta dimatikan, aku keluar dari keretaku itu. Indahnya, sudah lama tidak menjejakkan kaki ini ke kampungku. Sunyi. Tiba-tiba aku terdengarderuan kereta di belakangku. Abang Johari! Aku tersenyum lebar. Lantas aku membuka bonet kereta dan melihat beg yang berada dalam bonet itu. Banyak beg perlu dijinjing, satu persatu aku keluarkan daripada kereta itu. Bam! aku tertutup bonet kereta dengan kuat.

"Sorang je?," aku mengerling ke arah abangku yang keseorangan. Mana buah hatinya, aku bermonolog.

"Dia sibuk la dik. Maafkan abang ye," Abang Johari mengusap rambutku dengan lembut. Aku dan abang Johari meluru masuk ke ruang tamu. Kelihatan seorang pemuda dan abahku berbual mesra. Abang Johari berjabat tangan dengan abah serta pemuda itu, begitu juga aku.

Aku terus masuk ke bilikku untuk meletak beg ku dan terus menuju ke dapur. Aku tersenyum melihat ibu yang sedang menggoreng pisang. Aku bersalaman dengan ibu dan mencium pipinya.

"Tak pakai tudung hari ni?," Aku terkejut. Tidak pernah pula ibu menyoal tentang tudung. Mungkin untuk menyedarkan diriku ni. Aku hanya mengangguk lemah dan tersenyum kecil.

"Panas hari ni bu, nnt asik pening kepala je pula,"aku memberi alasan dan tersenyum simpul. Aku menolong ibu meletakkan pisang goreng ke atas pinggan. Aku pergi ke ruang tamu dan meletakkan hidangan di atas meja. Aku duduk di sebelah abang Johari.

" Ermm, mana anak uncle yang lagi sorang tu. Uncle kata ada tiga?," kelihatan abah tersentak dengan soalan itu. Abah mendiamkan diri seketika. Mungkin susah untuk abah menyatakan kebenarannya.

"Ouh, dia ke luar negeri, sambung belajar," abang Johari mencelah. Aku menyiku lengan Abang Johari. Belajar? Tidak logic bagiku. Abang Mukhriz belajar? Padahal abang Mukhriz lagi tua dari nya sudah bekerja pula. Umur dah tua buat apa nak belajar. Buat apa nak membohongi perkara sebenar. Aku hanya menjeling tajam ke arah abang Johari.

"Oh...saya Zain Danial Zain Bakhri, panggil saya Zain sahaja. Saya dah bersetuju nak membeli tanah 10 ekar di hujung kampung ni. Abanh kamu dah bersetuju kini saya nak persetujuan dari kamu berdua pula," ujar Zain. Aku dan abang Johari pula terkejut dengan penerangan itu. 10 ekar? Begitu banyak. Mana abah dapat? Tidak mungkin abah membolot semua tanah di kampung ni. Tidak mungkin juga orang kampung rela untuk menjual tanah kepada abah. Aku berfikir sendirian.

" Sebenarnya abah nak wasiatkan pada kamu berdua, tapi Zain ingin membelinya. Yana dengan Jo nak sebahagian juga?," Abah merenung tepat ke arah ku. Gila apa! Hatiku memberontak. Kalau nak wasiatkan pada anak-anak, buat apa jual kepada orang lain. Abah memang mata duitan. Sanggup menggadaikan tanah kepada orang lain. Aku mencebik.

"Yana tak setuju ke?," tiba-tiba ibu muncul dengan membawa dulang yang dipenuhi dengan cawan serta air kopi.

" Bang, jangan paksa anak-anak kita. Lagi pun tanah tu hak kita kan. Dah banyak tanah kampung lain abang beli. Zain, auntie rasa biar lah dia orang fikir masak-masak dulu. Benda ni buklan perkara mudah," aku menghela nafas. Ibu telah menyelamatkan keadaan. Aku termenung seketika.

"Tak apa lah, nanti kami sekeluarga bincang dahulu. Kalau ada apa-apa berita abah saya akan call kamu la," Abang Johari memberikan kata putus. Ibu menjemput kami untuk makan petang bersama. Fikiranku hanya memikirkan tanah serta dengan sikap abah.

Sampai bila abah nak berurusan tentang tanah. Tidak jemu ke? tetapi tidak pernah pula aku mendengar abah bankrap atau berita buruk yang lain. Memang rezeki abah agaknya.



Dengan Ketentuan-Nya. Bab 4.

Aku melangkah masuk ke kedai saloon ku. Mata ku meliar memerhati keadaan sekeliling. Aku melepaskan hela, puas hati dengan keadaan yang bersih dan nyaman. Aku masuk ke pejabatku. Fail bertimbun di atas meja. Raihana mengetuk pintu pejabatku dan aku mengalukan kedatangannya. Raihana datang dengan secawan milo di tangannya. Bau milo itu semerbak di dalam bilik pejabatku ini. Aku tersenyum manis begitu juga raihana lalu raihana meletak air milo itu di atas meja ku. Aku menyuruhnya duduk di hadapan ku.

"Macam mana ramai semalam pelanggan?," aku mula menyoalnya setelah raihana melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Boleh la tahan. Ed semalam ada orang datang minta kerja, memandangkan Ed tak ada, saya suruh dia datang hari ni, but dia laki la," ujar Raihana dalam keadaan membisik.

"Lelaki?" aku mengangkat keningku secara tiba-tiba.

"Tak apa la, mungkin nyah kot,"lantas aku dan raihana tergelak.

"Ray, ada bunga untuk kau,"Syazliana tiba-tiba muncul di muka pintu pejabatku dan memanggil Raihana untuk mengambil bunga. Raihana cepat-cepat mengangkat punggungnya dan berlalu dari situ. Syazliana pula menghampiriku.

" Seronok nampak,"ujar Syazliana dan tersenyum kecil sehingga menampakkan lesung pipi di pipi kirinya.

"Biasa je," ujar ku sambil menghirup milo tadi.

"Semalam ada...," aku terus mengangguk laju tanda faham.

"Saya dah tahu, Ray yang bagitahu tadi," ujarku.

"Ei..boleh percaya ke dengan lelaki? Pekerja kat sini semua perempuan," Syazliana mencebik tanda tidak setuju. Aku hanya tergelak kecil. Tiba-tiba seorang lelaki muncul di muka pintu dengan sebuah kotak kecil ditangannya.

"Adriana Ahmad Zulkiflie?," ujar pemuda itu sambil membelek kad di tangannya. Aku hanya mengangguk. Pemuda itu memberi kotak kecil itu kepadaku dan menyuruh aku tanda tangan di suatu tempat. Pertama kali mendapat hadiah, dari siapa kah?detik hatiku. Aku dan Syazliana hanya memerhati hadiah itu.

"Buka la," pinta Syazliana.

"Gila, maybe bom ke," tiba-tiba Syazliana menampar lembut pipiku, aku terkejut.

"Loyar buruk la kau ni, ok la aku keluar dulu. Nanti tiba-tiba datang pula pelanggan," Syazliana tersenyum kecil dan terus meluru keluar. Belum sempat aku membuka fail, seorang pemuda datang ke pejabatku. Hari ni memang tak bagi aku buat kerja ke, ada sahaja orang datang, detik hatiku. Aku menyuruhnya duduk.

"Saya nak minta kerja, saya ternampak iklan awak dalam surat khabar," aku merenung pemuda itu. Lembut, seperti pondan, nyah..ahhhh..apa-apa sahaja..detik hatiku lagi.

"Ada pengalaman?," aku mula menyoalnya.

"Ada, tapi secara kecil-kecilan. Lagi pun kat sini pun popular kan. Artis ramai datangkan, so boleh ke? pemuda itu nampak gementar sedikit.

"Oh, awak datang kat sini semata-mata nak jumpa artis la," aku menduganya. Pemuda itu membeliakkan matanya dan menggeleng lemah.

"Awak tahu tak, apa kesalahan pertama awak?," aku cuba menduganya lagi. Pemuda itu hanya menggeleng sahaja.

"Awak datang tak ketuk pintu saya, lepas tu awak tak bari salam. Second awak tak introduce pun pasal diri awak, and third cara awak cakap ada agak kasar mungkin exited nak kerja kat tempat saya," ujar ku panjang lebar. Aku memandangnya dengan senyuman kecil.

"So, saya tak ada peluang la ni?," pemuda itu menunduk lemah. Aku mengeluh dan menganggap pemuda itu seperti tidak berkeyakinan dan tidak berfikiran positif.

"Perkenal kan diri awak dulu," aku merenungnya dan penuda itu mula perkenalkan dirinya. Selesai.

"Sorry, kalau saya ada terkasar dengan awak tadi, Khairul. Okay, awak boleh mula bekerja sekarang kalau awak nak," kelihatan Khairul tersenyum manis. Tiba-tiba dia mengahampiriku dan menggoyangkan bahuku. Dia seperti tidak percaya yang aku membberinya peluang bekerja. Bertubi-tubi soalannya dan aku hanya mengangguk sahaja.

Tak sangka ada orang gila, detik ku. Aku membetul-betulkan bajuku. Aku membelek-belek failku dan memulakan kerja yang tertangguh.



Sunday, July 12, 2009

Smile!


What ever happen i will smile,

if anything bad happen to me,
i will try to smile and smile,
if i feel sad that day,
i will try to smile back at me...
at the mirror and said...
"Adrina whatever happen u must smile,
because the smile can shine your face..
and your heart and also make your mind in peace!"
^_^




Dengan Ketentuan-Nya. Bab 3.

Hari minggu kebiasaannya akan membuat ku bosan tetapi hari ini tidak pula, mungkin dengan kehadiran syuhada di rumah ku membuatkan hidupku terisi sedikit. Petang nanti kemungkinan akan pergi bermain badminton, sudah lama betul tidak mengisi masa dengan aktiviti beriadah, asyik sibuk sahaja.

Aku mengambil kunci kereta yang terletak di sebelah television ku lantas menghidupkan enjin kereta. Erk?tak boleh. Aku bermonolog, dengan mimik muka yang hairan, aku cuba sekali lagi. Adoi, aku menghentak stereng kereta. Maklum la kereta lama, malas aku nak layan. Aku melihat rumah jiranku disebelah, tiada orang pula untuk meminta tolong. Aku buntu lalu aku hanya membiarkan masalah kereta ku itu berlalu pergi.

Aku dan syuhada berehat di beranda. Fikiranku kosong. Kami berdua hanya membisu. Syuhada pula tidak henti-henti mengunyah biskut. Derupan biskut yang dikunyah semakin kuat. Pening pula mendengarnya.

"Ish, syu kau ni tak habis-habis makan. Tapi badan kau kurus je, nyampah i tau," ujar ku dengan nada suara jeles sambil memeluk tubuh. Aku mengerling ke arahnya. Syuhada tersenyum sinis. Aku hanya menggelengkan kepala melhat gelagat Syuhada.

"Assalamualaikum...,"tiba-tiba kedengaran orang memberi salam. Aku mendongakkan kepala sedikit kerana kereta perdana di depan ku mengahalang pemandangan.

" Waalaikum salam..,"aku pergi ke arah pemuda itu. Owh Shahrul, aku menunjuk mengangkat tangan kanan ku dan mulutku seperti mengatakan sesuatu. Aku lantas pergi ke bilikku untuk mengambil duit sewa. Sebanyak lima ratus lima puluh aku keluarkan. Aku mengeluh setelah melihat dompet ku kekurangan duit. Aku muncul di muka pintu, kelihatan shahrul tersenyum manis.

"Ehem..,"aku sengaja batuk kecil.
"Nah," aku menghulurkan wang kepadanya.
"Ermmm..terima kasih. Ahad minggu depan mak ajak dinner kat Hotel Hilton, sambut annivesarry katanya," ujarnya dengan lembut.
" Insya Allah, kalau tak ada apa-apa halangan saya pergi la," aku tersenyum manis. Shahrul pergi ke arah motornya setelah beberapa minit shahrul hilang dari peandanganku.

SENJA berlalu malam pula bertemu. Aku dan syuhada selesai solat maghrib. Macam biasa aku ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk mengisi kekosongan perut. Ahh, lupa tiada apa yang ada. Hari ni 27hb, mungkin gajiku sudah masuk aku bermonolog.

"Syu," aku menjerit.
"Ye,"laungnya dari ruang tamu.
"Hari ni aku belanja kau makan la," Syuhada hanya mengangguk tanda setuju.
Aku cuba lagi untuk menghidupkan enjin kereta. Dengan bismillah aku mulakan.
"Yeay," aku kegirangan, rezeki untuk keluar makan. Aku tersenyum kecil. Alhamdulillah, aku bersyukur. Lantas aku dan syuhada bersiap.

"Ed, kau tau tak?aku benci laki yang datang rumah kau petang tadi," ujar Syu. Aku hairan mendengar kata-kata syuhada. Aku hanya mengangkat bahuku sambil mencebik bibirku.

" Kenapa? dia kacau kau ke? Dia tu mat jiwang, usah di layan la. Tapi aku dah lali dah dengan dia tu. Kadang-kadang kelaka juga," aku tertawa kecil. Aku terus fokus ke depan.

"Dia tu macam bagus la,"syuhada mencebik.

"Ada ke dia minta nombor telefon aku. Apa lagi tadi, haaa...dia minta alamat rumah aku pulak. Ish muka tak malu je dia tu, rasa nak simbah air je kat muka dia, biar dia sedar sikit. Dia tak kenal aku lagi agaknya," ujar syuhada dengan nada suara tidak puas hati. Aku hanya tertawa kecil sambil mengerling ke arahnya.

" Ed, your dad tak nak jumpa kau lagi ke?," setelah beberapa minit kami membisu, tiba-tiba syuhada menyoalku dengan soalan cepumas ni. Aku hanya mendiamkan diri, berpura-pura tidak mendengar. Tiba-tiba pula syuhada mencubit lenganku. Bisa! Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Aku tak suka jumpa dia. Aku akan rasa puas hati bila dia putuskan hubungan dengan mak tiri aku, tu aja," ujarku dengan lantang. Rasa membara pula apabila syuhada menanyakan tentang ayahku.


Saturday, July 11, 2009

Dengan Ketentuan-Nya. Bab 2.

1 January 2002

Aku mencampakkan handbag di atas katil lantas membuka tudung dan mula membelek-belek mukaku. Berminyak! malas rasanya hendak membasuh muka ni. Aku termenung seketika memikirkan perkara yang hendak dibuat stetelah lama berfikir aku merehatkan diri di atas kerusi malas yang terletak suatu sudut. Terhuyung-hayang badanku ke hadapan dan ke belakang.

Terlena. Aku dijagakan dengan deringan telefon yang berada di atas meja solek ku itu. Siapa pula ni? Desis hatiku. Aku hanya membiarkan sahaja. Deringan itu berhenti untuk beberapa minit, kemudian masih berbunyi lagi. Nombor telefon kawanku tertera di skrin handphone itu, Syuhada. Sudah tentu dia yang telefon tadi, aku masih bermonolog.

"Assalamualaikum, nak apa aku penat la," aku mulakan perbualan setelah talian disambungkan.

"Alah sayang penat ye. Aku nak ajak kau dinner malam ni. Boleh tak?," Syuhada menggayakan suara manjanya.

"Sorrylah, aku penat sangat. Housemate kau tak ada ke?," tangan kiriku mengurut dahiku. Tiba-tiba terasa pening pula.

"Aku datang rumah kau ye. Actually aku nak temankan kawan aku yang lonely ni. Kawan aku tak ada. Pergi outstation katanya," Syuhada mengakhiri perbualan.

"Its up to you. Kalau tak menyusahkan. Okay la, aku nak mandi ni, bye," aku lantas menekan punat end call untuk menamatkan perbualan.

Aku mecapai towel yang berhampiran dengan katilku. Menggigil badanku apabila terkena pancuran shower ku itu. Selesai mandi aku mengenakan pyjamas berwarna biru ke badanku. Aku menyisir rambutku dengan rapi. Aku menyapukan toner serta moisteriser ke mukaku. Siap! Aku tersenyum kecil memandang diriku di cermin.

Aku menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk dan meneliti keadaan di dalam nya. Tak ada apa-apa! Aku mencebik lalu menghempaskan pintu petik sejuk itu. Nak makan apa ni, detik hatiku. Hon kereta di luar rumahku berbunyi bertalu-talu. Aku berlari-lari anak ke tingkap dan menyingkap langsir untuk melihat keluar. Syuhada! Aku lekas membuka pintu dan menyambut kedatangannya dengan senyuman.

"Uit tiba-tiba datang ni," ujar ku dan mengalu-alu kedatangannya.
"Ni aku bawak kan favourite food tuk kau. Aku tau kau malas nak masak, lebih-lebih lagi baru balik dari kerja kan," Syuhada menguntumkan senyuman manisnya dan masuk ke dalam rumahku dengan cara gediknya. Aku hanya tertawa kecil melihat gayanya.

"Thanks, sayang kawan aku ni," aku mencium pipinya tetapi pipinya dikesat. Ceh! aku menampar lembut bahunya.

Aku membawa makanan itu ke dapur dan meletakkan di atas makanan, senang untuk di makan. Ayam goreng, ikan masak asam dengan sayur kangkung memang makanan kegemaranku. Untung rasanya mendapat kawan yang mengambil berat tentang ku.

"Makanlah,"aku mengajak syuhada dan makanan telah dihidangkan atas meja.

"Kau tak boring ke tinggal soran-sorang ni? Kalau malam kau tak takut ke? Lainlah aku, ish..seram!," Syuhada memulakan perbualan setelah kami berdua duduk bertentangan di tempat makan itu. Aku menggelengkan kepala.

"Kau tahu tak, sekarang ada hantu suka kacau anak dara. Baik kau jaga-jaga,"Syuhada menggayakan suara seramnya itu. Aku hanya tertawa kecil sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutku.

"Apa kau merepek ni. I know you are really scared of that thing but i'm not okay," aku membuat mimik muka yang menakutkan, saja untuk menakutkan Syuhada. Syuhada hanya tertawa kecil, tangannya kirinya menutup rapat mulutnya kerana tidak tahan hendak gelak. Apabila selesai makan kami berbual kosong sambil menonton movie kegemaran

"Aku tidur kat rumah kau ye. Boleh tak? saje nak temankan kau," aku berpaling apabila Syuhada mengatakan begitu.

"Kau tak kerja ke sok?," Aku menduganya. Syuhada menggeleng.

"Ceh padanlah...hehe...aku okay je," ujarku dengan nada ceria. Syuhada pula menepuk-nepuk tangan seperti keanak-anakkan pula, aku tertawa kecil melihat gelagatnya.



Friday, July 10, 2009

Dengan Ketentuan-Nya. Bab 1.

1 January 2003.

Ibu mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Aku cuba untuk menenangkan ibu begitu juga dengan abang Johari. Ibu tidak dapat menerima hakikat yang begitu buruk itu. Esakan ibu begitu kuat sehinggakan orang disekeliling sentiasa memerhati kami bertiga. Abang sulung ku, Mukhriz dan isterinya muncul secara tiba-tiba. Ibu seakan-akan tidak dapat menerima dengan kehadiran abang Mukhriz.
"Kau jahanam. Baru sekarang kau ingatkan abah kau. Selama ni, mana kau pergi? Ibu tidak akan menerima kau sebagai anak ibu lagi. Baik kau pergi," Ibu menolak-nolak dan menumbuk-numbuk badan abang mukhriz.
"Ibu ampunkan riz bu,"Abang mukhriz melutut dan memegang erat kaki ibu. Suasana di Hospital sekarang sayu dengan tangisan ibu dan abang mukhriz. Abnag Mukhriz meminta restu hubungannya dengan isterinya yang baru berkahwin selama 2 bulan itu.
Ibu tidak dapat menerima hubungan abang Mukhriz dengan isterinya itu. Ibu menganggap perbuatan abang mukhriz sungguh biadap dan tidak mengikut adat resam. Abang mukhriz tidak mampu memujuk ibu lagi. Ibu tetap dengan pendiriannya. Selagi abang mukhriz tidak memutuskan hubungan dengan isterinya, selama itu la ibu tetap membenci abang mukhriz.
"Kau tahu, abah kau dah tak ada lagi. Kau nak buat apa sekarang. Ibu tak nak tolong kau. Kau bagaikan racun dalam hidup ibu,"kata-kata ibu sungguh perit didengar, isterinya kaku dan tidak dapat berkata apa-apa selain menitiskan air mata. Lengan abang mukhriz dipegang erat.
Aku melihat keadaan mereka berdua, ikhlas untuk meminta maaf. Tapi apakan dayaku,perasaan ibu aku tak dapat rasa. Hanya dia sahaja yang tahu mana baik dan buruk. Abang Mukhriz berlalu begitu sahaja di samping isterinya. Ibu merenung aku dengan abang Johari. Renungannya penuh dengan kesedihan dan keperitan. Ibu masih sayangkan abah walau abah curang dibelakang ibu.
Bagi aku, ibu lah yang paling mithali dalam hidup aku. Ibu amat menghormati isteri kedua abah tetapi isteri kedua abah pula sanggup mencurah asid ke muka ibu. Begitu kejam tindakannya kerana cemburu asid dicurahkan.



Thursday, July 2, 2009

Kerana Papa!

Air mata berlinangan lagi dan terus di seka dengan jari telunjuknya. Jari-jemarinya lantas meraup mukanya berkali-kali dan bingkas bangun dari katilnya lalu memperlahankan sound di radio nya. Kedengaran suaranya dipanggil. Belum sempat Jiji sampai ke pintu, kedengaran pintunya diketuk.
“ Yes, i’m coming,” lantas tangan kanannya memulas tombol pintu. Kelihatan mama nya mengintai dalam bilik.
“ Ye, ma,” ujarnya dengan nada suara yang rendah. Mukanya kelihatan sugul.
“ Sayang, jom makan. Papa dah tunggu tu,” tangan mama nya mengusap wajahnya yang sugul itu.
“Tak pe la ma, ji takdek selera nak makan. Lagi pun ji tak nak tengok muka papa,” ujar nya dengan lemah. Apa yang telah terjadi petang tadi, betul-betul melemahkan semangatnya hari ini.
“Jiji...mari sini!” jerit papa Jiji. Mereka berdua tersentak. Mama jiji menarik lembut tangan jiji. Jiji hanya membuntuti mama nya dengan lemah longlai. Kelihatan wajah papanya yang bengis telah menunggunya di ruang makan. Jiji hanya menunduk, tak mampu untuk bersemuka dengan muka papanya itu.
“Papa dah buat keputusan, Jiji kena juga masuk kolej. Belajar! Jangan tau nak merayau je.Faham,” gertak papanya. Baru melabuhkan punggung atas kerusi kayu itu, sudah digertak. Wajah jiji kembali suram. Hatinya tidak berpuas hati, perasaannya seperti diabaikan. Kemahuannya tiada siapa yang tahu, kalau yang tahu pun, buat-buat tak tahu. Mamanya pula selalu membela papa. Kadang-kadang papa juga membela mama.
“Dah makan!,” ujar papanya dengan tegas.
“Makan?makan depan kau, memang aku tak selera nak muntah!,” Jiji bermonolog sambil mencebik bibrnya. Mamanya menyenduk nasi dan lauk ke atas pinggannya. Makan malam pada hari itu sunguh menyuramkan.


* * * * * * *

“ Apala malang sangat nasib aku ni, tak minat langsung aku nak belaja,”Jiji bermonolog sambil melihat sekelilingnya, Ramai lagi yang masih berdaftar pada petang itu. Jiji menunggu giliran untuk mendapat kunci pintu asramanya. Tidak lama kemudian, gilirannya tiba. Melihat kunci itu, keningnya dinaikkan.
“ Siapa la roommate aku ni, aku dah la tak suka kawan-kawan ni,” Jiji bermonolog lagi. Jiji meluru ke arah mama papa nya.
“ Dah ke?,” ujar mamanya sambil mengusap rambut anaknya itu. Jiji mengangguk lemah. Lalu mereka bertiga masuk ke dalam kereta besar itu. Kereta mersedis itu terus meluru ke asrama Jiji, kelihatan di luar semua orang memandangnya. Jiji hanya mencebikkan bibirnya.
“ Ye aku memang kaya, so?,”jiji masih bermonolog lagi.
Jari telunjuk jiji menunjuk ke arah asramanya kepada papa. Tibanya mereka disana. Barang-barang dipunggah dan disusun. Kelihatan, hanya Jiji seorang saja di hostel itu. Fikirannya merewang, tidak memikirkan hal di dalam hostel itu adakah die keseorangan atau tidak.
“ Ok lah, mama papa balik dulu ye,Jiji belajar tau. Dah sampai sini jangan asyik merayau je pula okay,” pesan mamanya. Jiji berpelukan dengan mama nya dan bersalaman dengan papanya. Kelihatan papanya sungguh bengis.
“ Puas hati kau, hantar aku kat sini! Ceh,” Jiji masih bermonolog. Jiji menunjuk reaksi tidak berpuas hati . Papanya perasaan reaksi itu, tapi tidak di endahkannya.
Jiji terus masuk ke biliknya, lantas baring di atas katil itu. Matanya meliar melihat bilik itu. Kelihatan almari disebelah almarinye berkunci. Jiji lantas bangun, dan berdiri di depan almari tersebut. Mangga di almari itu ditarik-tarik.
“ Ceh, ade orang ke bilik ni, aku ingat aku sorang!,”Jiji bermonolog. Badannya terasa melekit, Jiji mencapai bakul dibawah katilnya dan tuala di dalam almarinya. Lantas kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran suara orang ramai di luar. Jiji yang leka disirami shower itu lantas memulas kepala paip. Senyap! Tiba-tiba....
“ Oiii..ade orang kat dalam ke?Buat apa? Mandi ke?,” pintu bilik airnya diketuk-ketuk. Jiji semakin bengang tapi dihiraukan. Kedengaran hilai tawa di luar itu. Mungkin ramai detik hati Jiji. Setelah beberapa minit Jiji keluar dari bilik air itu. Kelihatan di luar itu semua orang memandangnya dengan pelik. Jiji keluar sambil melibas-libas rambutnya dengan tuala kecil. Kelihatan mereka di luar berbisik-bisik. Jiji hanya menjeling tajam, lantas masuk ke dalam bilik.

* * * * * * *

“ Okay class, today i’ve a meeting, so i want you to do a research about annual statement of the company. Any company. Next class, i will proceed about this topic. Thank you, class dismissed,” Puan Khairina bergegas keluar dari kelas itu, seperti banyak perkara yang perlu dilakukan. Jiji hanya merenung lecturer itu sambil bibirnya dimuncungkan. Jiji lantas mencapai beg didepannya dan keluar dari kelas itu. Kaki nya laju melangkah ke cafe. Semua orang di sekelilingnya memandangnya dengan pelik.
Tibanya di cafe, Jiji lantas mencari tempat duduk. Jiji duduk berhadapan dengan seorang lelaki yang leka dengan laptopnya. Lelaki itu merenungnya dengan tajam.
“ Kau apa hal tengok aku macam tu? Kenal ke?,” Jiji terus meninggikan suara kepada budak lelaki itu. Kelihatan orang di cafe merenungnya dengan hairan. Jiji berpaling melihat ke kiri dan ke kanan. Semua orang menggeleng kan kepala melihatnya. Jiji semakin bengang lantas pergi dari situ dan pergi ke belakang fakulti nya. Tangannya terus mencapai sekotak rokok di dalam beg nya, dan lantas sebatang rokok dikeluarkan. Jari jemarinya cepat sahaja menghidupkan api di rokok itu, itulah gaya hidupnya. Papanya sudah melarangnya banyak kali, tapi hati nya tetap berdegil, tapi sekarang papanya telah berjaya memisahkan dia dengan band nya sendiri. Jiji mengeluh panjang. Telefon bimbit di dalam beg, dicapai dan membuat panggilan.
“ Hello bro, gile la...aku tak boleh hidup kat sini, semua orang pandang aku lain macam bro,” Jiji menyangkung dan bersandar pada dinding itu lantas meluahkan prasaannya kepada kawan baiknya itu. Suhaimi yang tidak tahu apa-apa itu, terkejut dengan panggilan itu.
“Oiii...lek ar minah. Macam ni la, apa kata kau ikut je parents kau tu. Weekend aku jemput kau, kita jamming sama-sama. Kalau ada show, aku amek je la kau, kau chill k. Anyway, kau kan hot gothic chick, sape-sape pun berahi sama lu...hahaha,” Suhaimi berseloroh, Jiji di talian hanya ketawa kecil mendengar telahan kawannya itu.
“ Cilakak kau bro, yela...aku ikut jewk...weekend ni jemput aku tau! Chow!,”talian terus diputuskan. Puntung rokok di campak, walaupun masih banyak lagi sisanya.
“ Rugi tu bro, main campak jewk,” tiba-tiba seorang lelaki datang menyergahnya. Jiji terkejut lalu berdiri dan....kelihatan lelaki itu mengangkat kening kanannya. Jiji pun mengangkat kening kanannya. Tangannya menyisir rambutnya yang agak serabai itu.
“ Awak tahu kan, kat sini dilarang merokok,” ujar pemuda itu sambil memeluk tubuh. Saja membuat muka serius supaya Jiji takut padanya.
“Ermmm...maaf,”Jiji lantas meminta maaf dan ingin pergi dari situ tetapi pemuda itu sempat menyentap lengannya. Dada jiji seperti hendak melompat apabila lelaki itu menyentuhnya. Jiji menepis dan berpaling pada pemuda itu, tapi matanya tidak boleh merenung mata pemuda itu.
“Ish, ape kene aku ni,” Jiji bermonolog, sambil menundukkan mukanya. Mukanya menjadi merah padam dengan situasi tersebut.

* * * * * * *

Sudah 2 bulan Jiji belajar di kolej itu. Hidupnya agak terurus kerana mempunyai roommate yang memahami diri nya dan pemuda yang dikenali sebulan lepas itu. Jiji menatap gambar-gambar yang berada dalam laptopnya itu. Rindu! Itu la yang Jiji rasa. Edry Lokman. Nama itu yang sentiasa meniti dibibirnya sekarang ini. Wajah itu juga lah yang sentiasa dirinduinya.
“ Awak, esok awak datang tau, kite ade show. Awak dah janji kan,” Jiji bermonolog sambil melihat gambar edry di laptop itu.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Jiji lantas melihat skrin telefon bimbitnya itu. Sms daripada edry!
“Jiji, saya rindu kat awak sangat, tak sabar nak jumpa awak esok! Hehe”
“Hehe, sabar la wak, nnt kite lagi tak sabar ni... =) ,” Jiji membalas sms dari edry. Tidak lame kemudian Edry menelefonnya. Jiji tersenyum riang mendengar suara edry.
“Awak, saya nak tidur la dah ngantuk ni. Esok kita jumpa ye, miss you dear,” ujar Edry dengan nada suara yang agak mamai. Jiji tertawa kecil mendengarnya.
“Okay, miss you too edry,” Ujar Jiji dengan suara manjanya. Sudah seminggu tidak jumpa, Jiji tidak sabar jumpa buah hati nya itu. Cuti sem membuatkan hati nya bertambah rindu kerana di kolej, tiap-tiap hari jiji bertemu dengan edry. Semua masalah diceritakan pada edry, termasuklah pasal papa nya, sejak abang nya meninggal, papa sering tertekan. Papa sering menyalahkan nya akibat abangnya meninggal. Papa kini membencinya dan tidak mahu dia terlibat dengan band nya itu. Jiji masih ingat keadaan Ketika itu, papa menangis dengan teruk. Ye la abangnya anak kesayangan papa nya. Abangnya lagi pandai dari dirinya yang dianggap bodoh, sudah masuk ke peringkat ijazah, tetapi tidak sempat untuk pergi ke konvokesyen.
Berlinang air mata jiji, mengenangkan keadaan tersebut. Baginya abangnya itu, adalah segalanya. Kasih sayang yang diberi lebih dari mama papa nya. Semakin papa membencinya, semakin itu jugalah benci nya pada papa semakin menebal. Jiji mahu menunjukkan bahawa band nya itu bukan sia-sia. Akhirnya Jiji terlena dengan sisa-sisa air matanya itu.

* * * * * * *

“ Okay sekarang ni kita persilakan band The gothic,” dengan itu kedengaran ramai yang memberi tepukan gemuruh. Edry yang berdiri di tengah-tengah ramai orang itu, berasa hairan. Seperti band itu cukup dikenali oleh orang ramai. Muzik sudah kedengaran lantas suara Jiji juga sudah dilontarkan, seperti biasa orang ramai semakin galak memberi tepukan. Edry cuba menghayati bait2 lagu tersebut, sungguh mendalam maksudnya. Edry memberi senyuman kepada Jiji yang sedang menghayati lagu itu. Jiji membalas senyuman itu.
Show sudah pun berlangsung dengan lancar. Kelihatan belakang pentas sungguh padat dengan orang ramai yang menyertai show tersebut.
“Jiji, mane balak kau. Tunjuk la kat kitowang ni,” Suhaimi menepuk-nepuk bahu Jiji. Jiji hanya tersenyum manis.
“ Celaka la kau ji, tak pernah aku tengok kau senyum macam ni. Hensem sangat ke mamat tu, lagi hensem ke dari aku, sampai kau suke sangat die ni,” ujar Apiz seperti nada Cemburu.
“ Eh, mana ada. Kau lagi hensem la bro. Aku pun tak tau macam mana aku boleh suka dia,” Jiji tersenyum manis lagi dan tersipu-sipu apabila menceritakan pasal buah hatinya itu.
“Ye ke wak?” tiba-tiba Edry berada di belakangnya. Jiji terkejut dengan kehadiran Edry. Lelaki itu mesti datang tanpa disedari, dari dulu lagi di awal perkenalan. Kawan-kawan Jiji tercengang melihat Edry, seperti melihat seorang artis berdiri di depan. Apiz terus menuju ke arah Edry.
“ Padan la kau cair ji, macam model dah aku tengok ni,”Apiz terus memuji Edry. Edry hanya tertawa kecil dengan pujian itu. Jiji pula semakin tersipu-sipu.
“Memang tak syak la kau ni ji, mata sepet. Memang kau la tu ji, pandai kau pilih eyh jiji,”Jiji dan edry tertunduk malu dengan kata-kata Apiz itu. Kelihatan lagi dua orang rakannya sibuk mengemas dan hanya mampu menggelengkan kepala. Mereka semua bersepakat untuk keluar bersama-sama pada malam itu. Lepak hingga larut pagi. Jiji langsung tidak menghiraukan perasaan keluarganya dirumah. Begitu juga dengan kawan-kawannya.
“Awak, kita suka sangat awak datang show kita malam ni, harap lepas ni kita jumpa lagi,” ujar Jiji setelah kereta satria milik Edry berhenti depan rumahnya. Jiji menatap muka Edry sepuasnya, seperti tidak akan berjumpa lagi.
“Sayang, kenapa cakap macam ni? Kita akan jumpa la, ok sayang,” ujar Edry sambil mencium jari jemari Jiji. Jiji tersenyum simpul dengan gelagat Edry itu. Pertama kali dia dilakukan begitu. Jiji keluar dari kereta itu, setelah beberapa minit kemudian. Kereta satria itu terus meluru ke destinasi. Jiji melihat dengan ekoran matanya.
Pagar rumahnya dibuka dengan perlahan-lahan supaya keluarganya tidak mendengar bunyi bising. Jiji terus meluru membuka pintu rumah dan menuju ke biliknya. Belum sempat Jiji sampai ke biliknya, kedengaran suara garau di belakang nya. Dadanya semakin kencang berdebar.
Setelah Jiji berpaling ke arah papa nya, satu tamparan hinggap di pipinya. Jiji tersembam jatuh ke lantai!


* * * * * * *

Jiji menatap laptopnya dengan tekun, tidak berganjak dari tempat duduknya dari petang sampai ke malam. Sweater di kerusinya dicapai dan disarung ke badannya. Jiji tersenyum manis melihat gelagat dua rakannya di laptop. Edry dan Fiza, rakannya yang rajin melayari internet semata-mata untuk berborak dengannya yang berada di luar negara itu.
Setelah beberapa bulan di hantar oleh papanya ke Australia, kerana perangainya yang tidak berubah, Jiji tetap tabah. Tabah menghadapi apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Walaupun berpisah dengan rakan-rakannya, dan bandnya. Internet adalah salah satu, Jiji boleh menghubungi mereka di Malaysia. Walaupun juga die membenci papa, tetapi Jiji tetap berterima kasih kerana disebabkan papanya, die mula mempelajari hidup berdikari dan berfikir secara matang. Lantas fikirannya merewang teringat pada arwah abangnya.
“Mohd Amirul Amiruddin sekarang ni adikmu Nurul Aziyatul Amiruddin akan cuba untuk meyakinkan papa dengan kebolehan dan bakat yang Jiji ada,” ujar Jiji dengan nada suara yang agak manja sambil menatap gambar abangnya. Gamba itu diraup dengan jari-jemarinya dengan lembut.
“Oiiii...cik melah...buat apa tu?,” kedengaran suara dari laptopnya bergema. Jiji dengan lantas melihat webcam Fiza, ex-roommate nya dulu. Kelihatan Fiza cuba melambai-lambainya dari webcam itu.
“Ye, aku di sini..hehe....,” Jiji tertawa kecil melihat gelagat Fiza. Merka berdua bersembang agak lama melalui Yahoo Messenger itu. Jiji semakin hari semakin gembira dan semangat untuk meneruskan pelajarannya itu. Edry telah berpesan padanya, kalau ada jodoh tak kemana. Sesungguhnya cintanya terhadap Edry semakin mendalam, dan papa nya akan berjanji setelah dia menamatkanpengajiannya di situ, dia akan diberi kebebasan untuk membuat keputusan.

Searching.