I just say it, what i've think it

Monday, July 13, 2009

Dengan Ketentuan-Nya. Bab 5.

Kereta perdanaku menyusur perlahan di halaman kampungku. Setelah enjin kereta dimatikan, aku keluar dari keretaku itu. Indahnya, sudah lama tidak menjejakkan kaki ini ke kampungku. Sunyi. Tiba-tiba aku terdengarderuan kereta di belakangku. Abang Johari! Aku tersenyum lebar. Lantas aku membuka bonet kereta dan melihat beg yang berada dalam bonet itu. Banyak beg perlu dijinjing, satu persatu aku keluarkan daripada kereta itu. Bam! aku tertutup bonet kereta dengan kuat.

"Sorang je?," aku mengerling ke arah abangku yang keseorangan. Mana buah hatinya, aku bermonolog.

"Dia sibuk la dik. Maafkan abang ye," Abang Johari mengusap rambutku dengan lembut. Aku dan abang Johari meluru masuk ke ruang tamu. Kelihatan seorang pemuda dan abahku berbual mesra. Abang Johari berjabat tangan dengan abah serta pemuda itu, begitu juga aku.

Aku terus masuk ke bilikku untuk meletak beg ku dan terus menuju ke dapur. Aku tersenyum melihat ibu yang sedang menggoreng pisang. Aku bersalaman dengan ibu dan mencium pipinya.

"Tak pakai tudung hari ni?," Aku terkejut. Tidak pernah pula ibu menyoal tentang tudung. Mungkin untuk menyedarkan diriku ni. Aku hanya mengangguk lemah dan tersenyum kecil.

"Panas hari ni bu, nnt asik pening kepala je pula,"aku memberi alasan dan tersenyum simpul. Aku menolong ibu meletakkan pisang goreng ke atas pinggan. Aku pergi ke ruang tamu dan meletakkan hidangan di atas meja. Aku duduk di sebelah abang Johari.

" Ermm, mana anak uncle yang lagi sorang tu. Uncle kata ada tiga?," kelihatan abah tersentak dengan soalan itu. Abah mendiamkan diri seketika. Mungkin susah untuk abah menyatakan kebenarannya.

"Ouh, dia ke luar negeri, sambung belajar," abang Johari mencelah. Aku menyiku lengan Abang Johari. Belajar? Tidak logic bagiku. Abang Mukhriz belajar? Padahal abang Mukhriz lagi tua dari nya sudah bekerja pula. Umur dah tua buat apa nak belajar. Buat apa nak membohongi perkara sebenar. Aku hanya menjeling tajam ke arah abang Johari.

"Oh...saya Zain Danial Zain Bakhri, panggil saya Zain sahaja. Saya dah bersetuju nak membeli tanah 10 ekar di hujung kampung ni. Abanh kamu dah bersetuju kini saya nak persetujuan dari kamu berdua pula," ujar Zain. Aku dan abang Johari pula terkejut dengan penerangan itu. 10 ekar? Begitu banyak. Mana abah dapat? Tidak mungkin abah membolot semua tanah di kampung ni. Tidak mungkin juga orang kampung rela untuk menjual tanah kepada abah. Aku berfikir sendirian.

" Sebenarnya abah nak wasiatkan pada kamu berdua, tapi Zain ingin membelinya. Yana dengan Jo nak sebahagian juga?," Abah merenung tepat ke arah ku. Gila apa! Hatiku memberontak. Kalau nak wasiatkan pada anak-anak, buat apa jual kepada orang lain. Abah memang mata duitan. Sanggup menggadaikan tanah kepada orang lain. Aku mencebik.

"Yana tak setuju ke?," tiba-tiba ibu muncul dengan membawa dulang yang dipenuhi dengan cawan serta air kopi.

" Bang, jangan paksa anak-anak kita. Lagi pun tanah tu hak kita kan. Dah banyak tanah kampung lain abang beli. Zain, auntie rasa biar lah dia orang fikir masak-masak dulu. Benda ni buklan perkara mudah," aku menghela nafas. Ibu telah menyelamatkan keadaan. Aku termenung seketika.

"Tak apa lah, nanti kami sekeluarga bincang dahulu. Kalau ada apa-apa berita abah saya akan call kamu la," Abang Johari memberikan kata putus. Ibu menjemput kami untuk makan petang bersama. Fikiranku hanya memikirkan tanah serta dengan sikap abah.

Sampai bila abah nak berurusan tentang tanah. Tidak jemu ke? tetapi tidak pernah pula aku mendengar abah bankrap atau berita buruk yang lain. Memang rezeki abah agaknya.



No comments:

Searching.