I just say it, what i've think it

Thursday, August 6, 2009

Bab 19.

"Aku nak kau terus-terang dengan aku. Kenapa dengan kau hari tu? Hah, jawab!," gertak Zain. Malu aku diperlakukan begitu di depan pekerja lain pula tu.
"Kau ni kenapa? Aku rapat dengan Syuhada tak bermakna kita orang ni bercinta. Memang dia selalu tolong aku, tolong macam mana nak dapat kan kau tau tak, tapi kau...buat bodoh je dengan aku," gertaknya lagi. Perkara kecil itu pun mahu dijadikan isu besar. Huh, lelaki! Memang ego sahaja tinggi, tapi akal fikiran cetek. Dasar jantan tak guna, marah pula tidak bertempat.

Abah pun tidak pernah menggertakku sebegitu, walaupun abah benci padaku. Benci dengan pekerjaanku. Tidak pula dengan Zain, timbul sahaja masalah sudah bertindak melulu, seperti tidak tahu pula untuk menyelesaikannya.

"Kenapa? Kau jeles ke? Cemburu tak bertempat. Kalau kau suka aku, cakap je la," bahuku digoyang-goyangkan. Tidak ingin rasanya untuk bertentangan mata dengan Zain. Kejadian pada hari itu, benar-benar buat aku rasa bersalah. Bukannya cemburu, cuma...ahhhh...aku pun keliru.

"Siapa kau aku nak cemburu? Pakwe aku ke? Kau ni dah melampau tau tak. Aku dah cakap daripada dulu lagi, aku tak nak bercinta lagi. Aku anggap kau tak lebih dari kawan je," aku memberanikan diri menggertaknya pula. Puas hati aku. Aku beredar tanpa memandang wajahnya walau sekilas.

Adakah aku cemburu dengan hubungan Zain dengan Syuhada? Aku tidak pernah mengalami perasaan cemburu selama ini. Keliru! Kenapa kehidupan aku begini? Sejak sekolah lagi ada sahaja lelaki yang cuba menyakiti dan mempermainkan perasaan lemah ini.

Aku meluru masuk ke dalam toilet, lantas memusing kepala paip. Mencurah-curah air keluar. Aku menadah air lalu disapukan ke mukaku yang gebu ini. Melihat wajahku melalui cermin dihadapanku. Membelek-belek wajah ini. Wajah sunggul. Huh! Memejam mata seketika.

Tiba-tiba seorang gadis memegang bahuku. Erat. Aku melihat siapakah gerangan gadis tersebut melalui cermin. Farah!

"Sudah la tu. Lupakan saja. Aku dah masak dengan perangai kau. Jangan mudah percaya dengan lelaki," ujarnya lemah dan menghela nafas lega. Aku menanti setiap perkataan yang akan keluar dari mulutnya itu.

"Betul cakap kau, aku dah bercerai dengan suami aku," aku tersentak dengan kata-kata Farah. Bercerai!!
"Aku tak tahan dengan perangai dia Ed, selalu sangat berfoya-foya. Aku yang minta cerai," ujarnya dan mengukir senyuman kecil. Tabah! Setitik air mata pun tidak menitis. Katanya lega. Dengar juga kata-kata ku ini. Aku mengusap rambutnya dengan lembut. Kami berpelukan. Erat!
"Ok lah, shift aku dah habis. Morhan gantikan aku. Assalamualaikum," kami berjabat tangan. Kasihan aku melihatnya, muda-muda lagi sudah digelar janda. Aku keluar dari toilet. Morhan menantiku dengan penuh ceria. Aku membalas senyumannya dan terus menjalankan tugas.

Sedang asyik aku membuat tugas, aku ternampak kelibat ibu tiriku dengan seorang jejaka yang boleh tahan rupanya. Siapakah jejaka itu? Aku hanya membiarkan sahaja, malas hendak masuk campur. Tiba-tiba abang Mukhriz muncul di depanku. Aku terkejut dengan kehadirannya dan mengurut dadaku. Abang mukhriz pula tidak habis-habis mengusap kepalaku.

"Dah nampakkan. Kenapa tak halang?," abang Mukhriz memulakan perbualan. Mata kami tertumpu pada gelagat ibu tiriku itu. Begitu mesra.
"Tak payah la bang. Nanti kita pula dijadikan anak kurang ajar la, anak derhaka tak mengenang budi la. Macam-macam pula mengadu kat abah. Meluat pula. Eh..abang dengan kak diana macam mana?," aku cuba menukar topik. Abang Mukhriz hanya mendiamkan diri sahaja, tidak mahu rahsia terbongkar agaknya.

"Dik, akak nak check out," seorang wanita dengan suaminya berdiri tegak di depanku. Di hulurnya kunci. Aku melemparkan senyuman manis. Memang itu lah tugas ku, sentiasa memberi senyuman.
"Ni bil nya kak," aku menghulurkan sehelai kertas. Wanita itu menatap kertas yang diberi lalu diberikan wang dan aku pula memberi baki.
"Terima kasih ya," seperti biasa memberi senyuman dan senyumanku di balas.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Abah! Kedengaran suara abah cemas. Berkerut dahiku untuk mengecam suara di belakang abah. Cuba memeras ugut! Siapakah mereka?

Aku terus berlari secepat mungkin ke pejabat pengurus, untuk meminta cuti beberapa hari. Alhamdulillah di benarkan, abang mukhriz pula dari tadi mengekoriku.



Sunday, August 2, 2009

Bab 18.

Aku menanti seriusman. Dimanakah dia? Ahhh..lelaki sentiasa lewat, tidak menepati masa langsung. Kalau syuhada melihat aku berpakaian begini, tentu disindirnya. Aku terkeluar dari prinsipku. Huh! Menyesal aku berpakaian begini. Orang semakin ramai pula tu. Ada apa? Jamuan ke fikirku. Rupa paras pun aku tidak kenal macam mana hendak mencarinya.

"Ehemm...Adriana ke?," seseorang menyapaku. Aku menoleh ke belakang. Tidak ku sangka, begitu kacak! Aku tersipu malu melihat mukanya dan mengukir senyuman kecil.
"Saya la seriusman tu. Nama saya Andrian Mohd," pemuda itu menghulurkan tangannya. Aku menyambut mesra.
"Sebenarnya ada jamuan perpisahan. Boss saya bersara dan salah satu kawan saya akan menggantikan tempatnya," ujarnya lembut. Aku pula. Ahhh...seperti terpana mendengar suaranya yang ala-ala romantik.

"Kenapa ajak saya? Kenapa tak ajak awek ke? isteri ke?," ouh? tak sangka aku akan berlembut dengan lelaki buat pertama kalinya. Selalunya aku akan membahasakan diri seperti aku kau sahaja. Andrian pula tergelak sendirian.

"Saya mana ada makwe-makwe ni, apatah lagi isteri. Saya bujang lagi. Kita masuk dulu ye," Andrian mencapai pergelangan tanganku. Aku tersentak. Tidak sampai beberapa minit sudah berani memegang tangan anak dara orang. Memang pantangku, tetapi wajahnya begitu familiar.

Ramai sahabatnya, jumpa sahaja berjabat tangan. Ahhh...aku makin keliru. Tiba-tiba datang pula sekumpulan wanita ke arah kami berdua. Semuanya hebat-hebat belaka, dengan barang kemasnya, gayanya. Huh, seperti anak orang berada sahaja.

"Siapa ni? Tak kan isteri kot?," kedengaran gelak tawa mereka. Aku pula hanya mampu melemparkan senyuman manis.
"No, just friend," jawabnya ringkas.
"I think...ermmm...you ada ke buat modeling? rupa you macam i pernah nampak la," ujar salah seorang wanita di situ.
"Ya..itu 3 tahun lepas, sebelum saya dapat kerja tetap," ujarku. Tak sangka muka ku ini pun ada orang pernah ingat. Aku hanya tergelak kecil. Semuanya peramah-peramah belaka. Seperti semua masalahku hilang bergitu sahaja. Tiba-tiba aku ternampak kelibat abang Mukhriz.

Ya Allah...di mana aku hendak bersembunyi ni. Mataku melilau untuk mencari tempat sembunyi. Tetapi tidak sempat.

"Eyh..eyh..yana apa kau buat kat sini? what are you doing and what are you wearing? Jangan cakap adik abang berubah?," abang Mukhriz merenungku dari hujung kaki samapi la ke hujung rambut. Aku rimas. Tiba-tiba Andrian datang dan menegur abangku. Sudah berkenalan kah mereka?

"Ryan, Ni adik aku," abang Mukhriz memperkenalkan aku kepada Andrian.
"Ouh dah kenal pun," Andrian senyum sinis memandangku. Abang Mukhriz pula terkejut dengan kata-katanya. Rupa-rupanya abang Mukhriz pernah bekerja di syarikat percetakan ini. Aku hanya duduk di tepi mendengar perbualan mereka, seperti muka bosan. Aku mencuit bahu abang Mukhriz dan menyuruhnya menutup rahsia tentang imejku. Kalau abang Johari serta abah dan ibu tahu, tentu di gelak oleh mereka. Malu aku!

Majlis berjalan dengan lancar. seronok. Dalam kira-kira 2 jam berakhirlah jamuan itu. Andrian mengajakku bersiar-siar. Aku melihat jam tangan. Ahh..sudah lewat malam ni. Aku hanya menerima tawarannya. Andrian berterus-terang denganku yang dia la pemuda yang telah menyelamatkan ku tempoh hari. Yang membezakan wajahnya ketika itu, hanyalah misai palsu. Kelakar sahaja. Aku mengukir senyuman lagi.

Dan tidak ku sangka, Andrian telah meminatiku semasa aku berlatih taekwando ketika usia ku 20 tahun lagi Begitu lama menyimpan perasaan dan baru sekarang diluahkan terhadapku. Selama 6 tahun! sanggup Andrian menunggu masa sesuai untuk meluahkan perasaan. Sungguh setia.



Searching.