I just say it, what i've think it

Thursday, August 6, 2009

Bab 19.

"Aku nak kau terus-terang dengan aku. Kenapa dengan kau hari tu? Hah, jawab!," gertak Zain. Malu aku diperlakukan begitu di depan pekerja lain pula tu.
"Kau ni kenapa? Aku rapat dengan Syuhada tak bermakna kita orang ni bercinta. Memang dia selalu tolong aku, tolong macam mana nak dapat kan kau tau tak, tapi kau...buat bodoh je dengan aku," gertaknya lagi. Perkara kecil itu pun mahu dijadikan isu besar. Huh, lelaki! Memang ego sahaja tinggi, tapi akal fikiran cetek. Dasar jantan tak guna, marah pula tidak bertempat.

Abah pun tidak pernah menggertakku sebegitu, walaupun abah benci padaku. Benci dengan pekerjaanku. Tidak pula dengan Zain, timbul sahaja masalah sudah bertindak melulu, seperti tidak tahu pula untuk menyelesaikannya.

"Kenapa? Kau jeles ke? Cemburu tak bertempat. Kalau kau suka aku, cakap je la," bahuku digoyang-goyangkan. Tidak ingin rasanya untuk bertentangan mata dengan Zain. Kejadian pada hari itu, benar-benar buat aku rasa bersalah. Bukannya cemburu, cuma...ahhhh...aku pun keliru.

"Siapa kau aku nak cemburu? Pakwe aku ke? Kau ni dah melampau tau tak. Aku dah cakap daripada dulu lagi, aku tak nak bercinta lagi. Aku anggap kau tak lebih dari kawan je," aku memberanikan diri menggertaknya pula. Puas hati aku. Aku beredar tanpa memandang wajahnya walau sekilas.

Adakah aku cemburu dengan hubungan Zain dengan Syuhada? Aku tidak pernah mengalami perasaan cemburu selama ini. Keliru! Kenapa kehidupan aku begini? Sejak sekolah lagi ada sahaja lelaki yang cuba menyakiti dan mempermainkan perasaan lemah ini.

Aku meluru masuk ke dalam toilet, lantas memusing kepala paip. Mencurah-curah air keluar. Aku menadah air lalu disapukan ke mukaku yang gebu ini. Melihat wajahku melalui cermin dihadapanku. Membelek-belek wajah ini. Wajah sunggul. Huh! Memejam mata seketika.

Tiba-tiba seorang gadis memegang bahuku. Erat. Aku melihat siapakah gerangan gadis tersebut melalui cermin. Farah!

"Sudah la tu. Lupakan saja. Aku dah masak dengan perangai kau. Jangan mudah percaya dengan lelaki," ujarnya lemah dan menghela nafas lega. Aku menanti setiap perkataan yang akan keluar dari mulutnya itu.

"Betul cakap kau, aku dah bercerai dengan suami aku," aku tersentak dengan kata-kata Farah. Bercerai!!
"Aku tak tahan dengan perangai dia Ed, selalu sangat berfoya-foya. Aku yang minta cerai," ujarnya dan mengukir senyuman kecil. Tabah! Setitik air mata pun tidak menitis. Katanya lega. Dengar juga kata-kata ku ini. Aku mengusap rambutnya dengan lembut. Kami berpelukan. Erat!
"Ok lah, shift aku dah habis. Morhan gantikan aku. Assalamualaikum," kami berjabat tangan. Kasihan aku melihatnya, muda-muda lagi sudah digelar janda. Aku keluar dari toilet. Morhan menantiku dengan penuh ceria. Aku membalas senyumannya dan terus menjalankan tugas.

Sedang asyik aku membuat tugas, aku ternampak kelibat ibu tiriku dengan seorang jejaka yang boleh tahan rupanya. Siapakah jejaka itu? Aku hanya membiarkan sahaja, malas hendak masuk campur. Tiba-tiba abang Mukhriz muncul di depanku. Aku terkejut dengan kehadirannya dan mengurut dadaku. Abang mukhriz pula tidak habis-habis mengusap kepalaku.

"Dah nampakkan. Kenapa tak halang?," abang Mukhriz memulakan perbualan. Mata kami tertumpu pada gelagat ibu tiriku itu. Begitu mesra.
"Tak payah la bang. Nanti kita pula dijadikan anak kurang ajar la, anak derhaka tak mengenang budi la. Macam-macam pula mengadu kat abah. Meluat pula. Eh..abang dengan kak diana macam mana?," aku cuba menukar topik. Abang Mukhriz hanya mendiamkan diri sahaja, tidak mahu rahsia terbongkar agaknya.

"Dik, akak nak check out," seorang wanita dengan suaminya berdiri tegak di depanku. Di hulurnya kunci. Aku melemparkan senyuman manis. Memang itu lah tugas ku, sentiasa memberi senyuman.
"Ni bil nya kak," aku menghulurkan sehelai kertas. Wanita itu menatap kertas yang diberi lalu diberikan wang dan aku pula memberi baki.
"Terima kasih ya," seperti biasa memberi senyuman dan senyumanku di balas.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Abah! Kedengaran suara abah cemas. Berkerut dahiku untuk mengecam suara di belakang abah. Cuba memeras ugut! Siapakah mereka?

Aku terus berlari secepat mungkin ke pejabat pengurus, untuk meminta cuti beberapa hari. Alhamdulillah di benarkan, abang mukhriz pula dari tadi mengekoriku.



No comments:

Searching.