I just say it, what i've think it

Saturday, December 12, 2009

Fikiran..

terduduk aku..
berteleku...
sambil memikirkan sesuatu..

tapi aku tak terdaya..
untuk memikirkan apa-apa..
sepi tanpa kata..

memaksa untuk memikir..
melolong meminta idea..
menyeksa fizikal dan mental..
gila..

keseorangan...
tanpa bantuan..
yang direlakan..
aku buntu..

Tuhan..
aku berdoa..
berdoa selagi termampu..
tapi semakin lama..
semakin aku lesu..




Friday, November 13, 2009

Bab 35. (Bab terakhir)



1 January 2004.

" Engkau ni memang dah lawa, my princess, tak payah make-up...make-up ni lagi dah," tangan Khairul lincah mendandanku, sungguh lembut pergerakannya. Tidak sukar untuk mencari pendandan, pekerja sendiri pun sudah mencukupi.
" Cepat la asyik membebel je, nanti pengantin lelaki sampai, terhegeh-hegeh kau nanti," Raihana menepuk-nepuk belakang badan Khairul sehinggakan Khairul melatah.
" Ray, jangan lah tolong lah, jangan lah, nanti habis muka princess aku ni la," Khairul pula lagaknya seperti mak memarahi anak pula. Ada-ada aje. Syuhada hanya tergelak kecil daripada tadi. Riuh bilik ini jadinya, tiba-tiba abang Johari masuk kedalam bilikku.
" Eh, laki mane boleh masuk," tegur Khairul.
" Eiii, sibuk je sotong ni la," abang Johari semakin meluat dengan perangai Khairul. Kami bertiga hanya tersenyum dengan gelagat mereka. Aku melihat daripada cermin, Syuhada sembunyi-sembunyi berinteraksi dengan abangku.

" Abang, ni namanya langkah bendul bang. Abang bila nak kahwin, nak juga tengok kawan Yana ber-make up kan nyah ," aku mengusik abangku, sambil mencuit tangan Khairul. Khairul pula hanya menangguk sambil mencebik bibirnya, tangannya pula membetulkan sanggulku yang longgar.

Kompang dimainkan. Alamak.

" Nyah, cepatlah lambat betul la kau ni," Raihana menjadi gelabah.
" Relaks la," jawab Khairul dengan tenang. Akhirnya aku telah bersiap untuk berdepan dengan Andrian, bakal suamiku. Payah betul rasanyapakai kasut tinggi dan berjalan dengan perlahan. Akhirnya aku dan Andrian bertemu dan kemudian kami naik ke pelamin. Selang beberapa minit kami menjamah pula makanan yang sedia terhidang.

Sambil itu, aku cuba mencuri pandang ke arah orang ramai, mana tau Zain dan abang Mukhriz datang, tetapi tidak. Orang ramai menagmbil gambar dan merakamkan suasana ketika ini. Aku rasa kalah selebriti kalau begini. Kini aku rasa sungguh berdebar, majlis ini hampir tamat.

9 MALAM, sudah pun berlalu, kini aku bersama keluarga bersembang di ruang tamu. Tiba-tiba seseorang datang memberi salam. Kami semua terkejut. Abang Mukhriz! Mereka semua tidak menghiraukan kedatangannya, aku lah yang lantas bertindak. Aku pergi ke arahnya dan menyambut tangannya dengan lembut lalu membawanya ke arah ibu.

Aku kembali duduk disisi Andrian.

" Ibu, hari raya hari tu, Mukhriz tak sempat jenguk ibu sebab kami kemalangan. Mukhriz terselamat dan.....," abang Mukhriz teresak-esak, abang Johari pula cuba menenangkan abang Mukhriz.
" Ibu maafkan la Mukhriz bu, bininya bersama bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kekurangan darah yang kritikal," pujuk abang Johari. Abang Johari memegang erat bahu ibu dan mereka berpelukan. Aku cemburu lantas pergi ke arah mereka dan berpelukan bersama. Akhirnya pelukan kami dileraikan.
" Yana, tahniah abang rasa kalau majlis perpisahan tu tak diadakan, tak mungkin Yana jumpa dengan Andrian kan," ujar abang Mukhriz sambil mencuit daguku. Ibu pula kelihatan terpinga-pinga dengan cerita kami, lalu aku menceritakan yang sebenarnya berlaku.

Mereka tergelak besar kerana aku memakai gaun ketika malam perpisahan itu, macam-macam kami ceritakan termasuklah percintaan antara abang Johari dengan Syuhada, tiba-tiba Andrian menarik lenganku. Aku melihat jam. Ahh..cepatnya masa berlalu, sungguh rancak kami berbual. Andrian pula tidak sabar untuk bersendirian, akhirnya aku beralah kerana teringat dengan kata-kata ibu.

Dari jauh kelihatan Syuhada bahagia dengan abang Johari, Syuhada ternampak diriku dibawa bersama Andrian. Syuhada mula menunjuk jari telunjuk dan mengatakan 'Tidak tahu'. Eii...menyampahnya, tidak tahu agaknya aku teramatlah berdebar kali ini.

" Awak," tegur Andrian. Aku tersentak, tidak tahu bila pintu tertutup.
" Ye," jawabku dengan manja.
" Ingat jangan pandang lelaki lain terutama Zain," tak habis-habis dengan cemburunya. Aku mengambil telefon bimbitku dan menyuruhnya baca sms yang diberikan oleh Zain. Andrian baca dengan teliti akhirnya dia puas dengan keputusan Zain. Aku mengangkat sumpah bahawa aku hanya akan setia padanya sahaja diulit dengan senyuman manisku.

Aku memeluknya dengan erat. Ini lah nikmatnya apabila perkahwinan direstu oleh ibu dan Allah swt. Ketentuan Ilahi telah membuatkan aku bahagia bersama Andrian untuk selama-lamanya.

THE END~



Wednesday, November 11, 2009

Bab 34.

" Apahal kau suruh aku datang ke mari? Lebih-lebih lagi kat bukit ni, kau nak tunjukkan yang kau dah berani nak bunuh diri ke?," tegas suara Andrian, meluap-meluap perasaan cemburunya terhadap Zain.
" Tolong la, jangan nak menyesakkan fikiran aku ni. Sebenarnya kat sini la tempat aku meluahkan perasaan cinta aku pada Adriana. Aku menjerit sepuas hati aku, tapi hati dia hanya untuk seseorang, orang itu bukan lah aku, tapi kau," Zain melepaskan keluhan dan termenung panjang. Andrian pula menjeling tajam ke arahnya. Sepi.
" Jangan lah nak berdrama pula kau kat sini. Aku bukan pelakon handal pun nak bertanding dengan kau yang sasterawan ni,"perli Andrian sambil memeluk tubuh. Andrian melihat bukit yang curam itu, kelihatan banyak kawasan perumahan seperti laut terbentang luas. Zain pula hanya melihat gelagat Andrian dengan memerhati dari atas ke bawah untuk melihat kelebihan Andrian berbanding dengan dirinya.

" Aku tau apa perasaan kau. Sedih, kecewa sebab Adriana tidak cintakan kau, mungkin aku lebih hensem dari kau," sindir Andrian dengan senyuman sinisnya.
" Aku mengaku kau lebih hensem dari aku, tapi aku lebih kaya dari kau, kau tu just..."
" Tolong jangan mempersendakan pekerjaan aku. Walaupun aku ni detektif, aku boleh juga buat pekerjaan lain macam business ke..hmmm....mungkin itu bukan kelebihan aku, tapi cinta tidak boleh dijual beli dengan duit okay. Hati ni kalau tak ikhlas, sekelip mata gadis tu lari dari kau," Andrian pantas memotong kata-kata Zain dan cuba membela dirinya. Zain kagum dengan kata-kata Andrian dan hanya mengangguk faham. Ternyata dia silap, Andrian bukan seorang yang gilakan duit dan kemewahan. Itu la kelebihannya. Zain mengeluh.

" Okay la, kau menang, aku tak boleh tandingi kau lagi," ujar Zain dalam keadaan yang lemah.
" What? Kau ingat ni apa? Adriana tu apa? Pertandingan, sesuka hati kau nak berebut?," suara Andrian kembali tegas.
" No i don't mean it," bantah Zain dengan sekeras-kerasnya. Zain merapatkan dirinya ke araj Andrian, mata bertentang mata.
" Aku janji aku tak akan ganggu korang lagi. Siapa la aku ni? Berlatar belakangkan keluarga yang berpecah belah. Aku ni sebatang kera sekarang, mungkin itu mendesak aku untuk merampas Adriana dari kau," Zain merenung tajam ke arah Andrian. Andrian tidak mengerti, mungkin helah. Andrian masih tidak mempercayainya.

" Ouh man, kau tak percaya dengan aku. Trust me, i won't interrupt you both again, okay. I'am promise dengan nama Allah s.w.t ," Zain mengangkat sumpah. Andrian terkedu dengan perbuatan Zain hingga melibatkan Maha Esa. Iya...mungkin ini lah takdir Zain, hanya ketentuan Ilahi dapat menentukan.

Mereka berdua berpisah dan mengikut haluan masing-masing.

" Ed, kau dapat sms ni dari Zain," jerit Raihana sambil melihat teliti skrin telefon bimbitku. Aku berlari pantas dan merampas telefon bimbitku dari tangan Raihana. Raihana hanya mencebik sahaja.

" Adriana, terlalu agung dirimu untuk kulupakan. Kini aku sanggup melepaskan dirimu kerana berlatar belakangkan keluarga yang tidak bahagia sejak kehilangan mamaku. Aku tidak akan melupakan senyuman manismu, gerak-gerimu yang membuatkan ku tersenyum selalu. Selamat tinggal Adriana, aku doakan kau bahagia disamping lelaki yang kau cintai itu, doakan aku bahagia dimana sahaja aku berada, kerana sekarang ini, aku berada di air port untuk tinggal di Sydney rumah peniggalan mamaku, dan mungkin aku akan mengerjakan haji selepas itu. Inilah ketentuan Ilahi yang Maha Esa yang membuatkan aku insaf daripada leka dengan kemewahan. Bye Yana....ZD,"

Ah...terharunya aku, terlerai sedikit air mataku dan sempat menyekanya. Aku menekan butang 'back' dan memegang erat telefon bimbitku.

Bulan depan, hanya beberapa hari lagi adalah hari perkahwinanku. Oh, begitu manis dan pahitnya hidup ini apabila terlalu banyak suka dan duka. Aku tertunduk kerana Zain sanggup mengorbankan cintanya untuk melihat aku bahagia, semata-mata.



Bab 33.

Sekarang ni sudah mula bulan 11, teringat lagi rancangan ibu untuk mengahwinkan abang Johari dengan arwah kak waheeda pada bulan lepas, tidak menjadi. Apa lah kerja abang Mukhriz sekarang agaknya, harap-harap yang halal dan bahagia di sisi isterinya yang tidak direstui ibu itu. kesian abang Muhkriz.

Sejak daripada kejadian abang Mukhriz melanggar arwah kak waheeda itu, abang Mukhriz terus lesap. Ibu kata ibu memberinya wang yang banyak kerana abang Mukhriz mahu ke luar negara. Ke indonesia perli ibu. Ibu...ibu, kenapa lah benci sangat dengan abang Mukhriz? Aku tidak tahu sangat tentang kisah silam abang Mukhriz tapi abah pernah ceritakan padaku tenatng abang Mukhriz ketika kecil.

Katanya abang Mukhriz sangat nakal, suka mengusik anak dara orang di kampung sehinggakan suatu hari abang Mukhriz melakukan perbuatan yang terkutuk. Melakukan...arghh, tidak sanggup untuk aku meluahkan perkataan itu. Jijik...jijik rasanya, tetapi aku sayangkan abang Mukhriz tanpa abang Mukhriz aku tidak akan berjumpa dengan Andrian. Entah betul atau tidak cerita arwah abah itu. Aku ingin mendengarnya dari mulut ibu sendiri tetapi ibu asyik mengelak pula. Betul lah agaknya cerita itu.

" Yana, cepat lah dah nak buka puasa je ni, kau buat apa lagi tu?," Aku tersentak dari lamunan. Aku berpaling ke arah pintu bilik yang terbuka luas, melihat kelendar disisiku. Aku mengeluh, hari ni sudah masuk 7 ramadhan.

" YANA!," kali ni, ibu betul-betul di depan bilikku. Aku hanya tersenyum melihat gelagat ibu.
" Iye, ibu...Yana nak keluar la ni," ujarku dengan selamba. Ibu semakin geram melihatku terus keluar tanpa melihatnya.
" Ermm, bestnye ibu masak hari ni. Kalau macam ni la tiap-tiap hari, gemuk la Yana bu," Aku meraba-raba perut manakala lidah ku menjilat-jilat bibir kerana terlalu lapar. Aku dan ibu duduk di hadapan hidangan yang telah dimasak itu.

" Syuhada mana?," soal ibu tiba-tiba.
" Keluar dengan parents dia, buka sama-sama la kot," tanganku lincah mengambil lauk. Azan! Ibu membaca doa, kami memulakan dengan manisan, kurma! Hurmm...sungguh manis, alangkah bagusnya kalau dapat petik sendiri buah kurma ini dari pokokny.

KETIKA aku subuk membasuh pinggan, fikiranku teringat seseorang. Abang Johari! Lantas aku mengambil kain untuk mengelap tanganku yang basah dan menelefon abangku.

" Hello, abang! Abang kat mana?," jeritku kegembiraan.
" Abang kat rumah kawan lah," jawab abangku dengan nada suara yang agak gelisah. Bisingnya, detik hatiku.
"Abang jangan nak tipu Yana, bising tu, cakap kat mana? Kenapa tak jemput Yana? Abang sombong lah sekarang kan," au cuba untuk mengampu abang Johari.
" Sayang, jom rasa desert nih," kedengaran suara gadis di dalam talian. Macam kenal.
" Abang, orang kenal la suara perempuan tu. Kalau tipu bagitau ibu kang, lantak la abang," aku cuba mengenakan abang Johari. Abangku tergagap-gagap untuk menjawab, akhirnya berterus-terang juga.

" Yela-yela abang kat rumah Syu ni, puas hati! eiii, engkau ni kan cakap la rindu kat abang tak boleh tengok abang senangkan ade je plan die nak kene kan abang," abang Johari mula membebel. Aku hanya mendengar bebelannya yang tidak henti-henti, sudah lali. Aku hanya tersenyum, ibu mula hairan dengan sikapku.
" Ok lah, Yana bagi tau ibu, bye!,"
" Oi...oi...kau jangan nak ngade-ngade....," aku tidak mengendahkan bebelannya, hanya menyakitkan telinga sahaja. Aku tersenyum lagi. Bahagianya. Aku pergi ke arah ibu dan memeluknya, ibu membalas pelukanku.



Wednesday, October 21, 2009

Bab 32.

Aku melihat suasana hotel, yang pernah aku jejak dulu. Kini aku terpaksa berhenti kerja kerana untuk menjaga ibu yang sakit.

"Adriana, apa khabar?," aku berpaling apabila seseorang menyentuh bahuku.
"Tuan pengurus," lantas aku mencapai tangannya untuk berjabat tangan.
"Jangan la panggil saya macam tu, awak ni tak berubahlah Adriana. Anak saya macam mana? Dia tu banyak kerenahnya," aku melepaskan tangannya lalu menguntumkan senyuman kecil.
"She is fine, suka kacau orang budak kurus tu," ujarku bersahaja, tetapi orang tua di depanku ini tidak kisah dengan panggilan anaknya yang ku panggil. Dia hanya tersenyum kecil.
"Ok la, uncle saya nak lawat saloon saya pula, terima kasih kerana sudi meluangkan masa sekejap dengan saya," kami berjabat tangan kembali.
"Kirim salam kat tunang awak ye," jerit pengurus hotel itu, ayah kepada Syuhada. Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Dia melambai-lambaikan tangannya.

15MINIT, sampai la aku ke destinasi. Sebaik sahaja aku keluar daripada kereta, Raihana menerkamku dari belakang. Aku sedikit terkejut dengan sergahannya. Sekarang Raihana menjadi ahli kongsi dalam perniagaanku ini. Mungkin tahun depan, kami akan membuka sebuah spa tradisional dan moden di langkawi pula. Insya Allah jika tiada rintangan dan halangan.

" Ed, rindunya kat kau. Makin ayu la bos kita ni. Berseri-seri, maklum la bakal isteri orang kan. Jom pergi makan," Raihana meleraikan pelukan yang erat itu. Aku hanya mengangguk tanda setuju, sebelum itu aku mesti menjejak masuk ke dalam saloon itu untuk melihat keadaan kedai yang penuh dengan kenangan manis dan pahit.

"Opocot khairul," aku mengusik lelaki yang ala-ala perempuan gitu. Aku dan Raihana hanya mampu tergelak kecil apabila Khairul melatah, menjadi-jadi pula.
"Oh, my God, my sweet princess is coming. Oh, you ni makin cantik la, jamu apa yang you pakai ni nyah," Khairul mencium kedua-dua belah pipiku. Bagiku perbuatan ini sudah biasa apabila kami berdua bertemu, tetapi bagi Andrian semua itu bagaikan menunggu habuannya sahaja. Kuat cemburu! Itu la Andrian.

"Khai, i dengan Ray nak pergi makan, so jaga kedia ni elok-elok ye," Aku mencubit pipinya. Aku memberinya bunga ros kuning. Khairul begitu gembira mendapat bunga kegemarannya. Ingat lagi dengan kata-katanya dulu, ros kuning orang akan ingat sampai bila-bila berbanding dengan ros merah dan putih, kerana ros kuning melambangkan persahabatan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Ros merah pula untuk percintaan walaupun penuh dengan kasih sayang, tetapi hati manusia sentiasa berubah-rubah kemungkinan besar di dalam tong samah juga tempatnya.

Ros putih pula kesucian. Andrian suka sangat memberi ku ros putih walaupun tahu aku bukan lah meminati sangat bunga ros ni. Aku tersenyum kecil.

" Ed, " Raihana memetik-metik jarinya dihadapan muka ku. Aku tersentak. Aku dan Raihana bergegas ke restoran berdekatan. Kami mencari sudut yang sesuai kemudian membuat pesanan.
"Ermm, Zain ada call aku," ujar Raihana dengan mukanya tertunduk. Aku terkedu! Zain? Huh! apa lagi mamat tu. Baguslah kacau orang lain pula, bisik hati kecilku.
"Dia nak apa?," ujarku ringakas.
"Biasalah tak nak tengok kau bahagia kan. Macam-macam dia hasut aku, yang buat aku tergelak besar tu dia boleh cakap nak bunuh Andrian dan campak dia dalam laut dan macam-macam lagi la dia merepek....,"
"Dia nak bagi ikan jaws makan bakal suami aku tu. Huh, gila," aku memotong kata-kata Raihana. Kami berdua tergelak kecil. Andrian tidak tipu, benar katanya. Aku sangkakan hari tu, Andrian hanya bergurau. Makanan sudah pun terhidang, kami menikmati makanan tersebut dan berbual-bual setelah lama tidak berjumpa.



Sunday, October 11, 2009

Bab 31.

" Ah, email lagi. Asyik-asyik daripada orang yang sama , ZD...ZD...ZD....," nama itu sentiasa berlegar-legar di ruang mindaku ini. Bagaimana hendakku campakkan nama itu jauh-jauh seperti ke lautan yang luas dan dalam.

Tiba-tiba ibu memanggilku. Kecemasan katanya. Aku terkebil-kebil dan akhirnya lupa untuk menutup suis komputer. Ibu asyik menjerit-jerit. Ah..lantas aku berlari-lari anak untuk mendapatkannya. Aku terkejut apabila mendapati anak kucing itu, kakinya tempang dan banyak luka di badannya. Aku buntu! Aku mencadangkan untuk membawa kucing itu ke klinik haiwan.

Sedangku berlari-lari anak untuk mengambil kunci kereta, aku terlanggar sesuatu sehingga terjatuh. Andrian!

" Awak, kenapa masuk rumah saya tak bagi salam," aku menguntumkan senyuman untuknya tetapi tiada balasan. Manakah senyuman menawan itu pergi.
" Ouh, selama ni awak busy sangat sebab melayan mamat tak guna tu la ye," Andrian meninggikan suaranya. Ibu di dapur terkejut dan terus berlari-lari anak untuk melihat apa yang berlaku.
" Kenapa ni?," ibu merenung kami berdua.
" Can you explain that email," jari telunjuk Andrian menunjuk ke bilikku. Huh..tak sangka Andrian berani masuk ke bilikku. Apahal dengan sikiapnya hari ini. Lain macam sahaja.
" How dare you? Dah la awak masuk rumah saya tak bagi salam, lepas tu awak suka-suka je masuk bilik saya tanpa izin saya pula tu. Awak tahu kan saya tunang awak sekarang and i'm trust you 100% but you...," aku melepaskan geram. Pantang jika ada orang masuk ke bilikku sesuka hati tnapa izinku. Ah...lupakan.

Aku terus menuju ke dapur untuk mendapatkan kucing itu. Kucing itu lebih penting daripada segala-galanya ketika ini. Kucing itu perlukan rawatan. Aku tidak mengendahkan perasaan Andrian ketika itu, aku terus bergerak ke klinik haiwan.

" Dah la tu Ryan, mood dia tak baik agaknya," ibu cuba memujuk Andrian.
" Kamu tahukan masalah Yana. Dia tu asyik kene kacau dengan Zain tu je. Nak apa lagi la budak tu," ibu tidak berdaya untuk berterus-terang namun dikuatkan semangat. Ibu memegang erat bahu Andrian. Andrian duduk di atas sofa apabila disuruh.


" ASSALAMUALAIKUM...IBU, Yana dah balik!," jeritku setelah lama ku rasakan berada di klinik haiwan tadi. Kucing itu, aku telah hantarnya ke pusat pemeliharaan binatang. Teringin juga untuk bela, tapi ibu alah pada kucing, lebih-labih lagi wajah ibu yang hampit sembuh perlu dijauhkan daripada bulu kucing itu.
Aku terkejut apabila sekujur tubuh berada di sofa rumahku. Andrian! Kelihatan ibu asyik menyuruhku senyap. Aku mengangguk tanda faham, aku berjalan dengan perlahan ke arah ibu.

" Kenapa dia kat sini bu?," tanya ku dengan nada suara yang perlahan.
" Dia ada sesuatu nak bincangkan dengan Yana tu, Yana dengar je la cerita dia, jangan membantah okay. Beri dia peluang untuk bersuara," nasihat ibu. Aku mengangguk tanda faham. Ibu lantas ke dapur untuk menyediakan makanan malam.

Aku bergegas ke arah Andrian yang lena di buai mimpi. Aku meneliti wajahnya yang sedap memandang itu. Segak tanpa jerawat.

" Ed, apa kau buat tu?," sergah Syuhada. Ah, melampau betul Syuhada ni, tengok Andrian sudah terjaga. Syuhada pula tergelak kecil.
" Ish kacau la," aku mencampak bantal ke arah Syuhada, tetapi tersasar pula. Geram sungguh dengan budak kurus ni. Aku mengomel.
" Betul tu, kacau la budak kurus tu," tiba-tiba Andrian mencelah. Aku terkejut, hanya di depan mataku sahaja wajah Andrian kini.
" Nak kiss," minta Andrian dengan spontan. Pantas tanganku mencubit lengannya.
" Sakit la, sayang," berkerut dahinya menahan kesakitan. Syuhada masih menganggu yang asyik sangat memanggil namaku. Aku menunjuk satu tumbukan ke arahnya. Di balas pula dengan jiliran lidahnya.

" Ermm, ibu cakap awak de something nak cerita kat saya. Apa dia?," ujarku dengan nada suara yang manja. Mungkin mood Andrian sudah berubah apabila dipujuk oleh ibu. Andrian hanya terbaring atas sofa, aku pula duduk di atas lantai untuk mendengar ceritanya.
" Zain call saya. Mamat tu cakap, putuskan pertunangan kita. Kalau tak dia nak bunuh saya, lepas tu dia nak campak saya dalam laut supaya ikan jaws tu boleh makan saya, supaya tiada berita akan disiarkan di tv," Andrian tergelak keseorangan. Ditatap wajahku yang sugul. Aku tidak mengerti cerita yang disampaikan sebentar tadi.
" Awak, saya serius ni. Cerita la betul-betul," aku memukul-mukul dadanya dengan manja. Andrian hanya tergelak kecil.
" Tu cerita budak-budak je tau," aku masih merungut-rungut.
" Dinner time," sergah Syuhada. Eii...dia lagi, desis hati kecilku, tak habis-habis untuk mengenakan ku. Kini aku dan Andrian sama-sama membaling bantal. Tepat pada sasaran!



Bab 30

" Email..Email ," tiba-tiba komputerku berbunyi.
" Email??," bisik hati kecil ku. Aku meraup mukaku yang berminyak. Aku mula menggerakkan mouse.

" Aku akan pastikan kau akan jadik milik aku, Yana "
=( Z.D.

" What the hell is going on? Oh, my god ," aku berteleku.
" Who is ZD? ujar Syuhada apabila keluar daripada bilik air. Diusap rambutnya yang basah.
"Zain Danial?," Syuhada meneka. Aku menangguk lemah. Jantan jenis apakah dia ni? Aku tunang orang sekarang. Tidak faham bahasa atau saja untuk menyakitkan hati aku. Arghh..tension!

" Biar aku jumpa dia," Syuhada berlalu pergi dan aku pantas mencapai pergelangan tangannya. Aku merenung wajah Syuhada yang ikhlas itu, aku menggelengkan kepala dengan gerak bibir yang menyatakan 'No'.

" Ed, kalau macam ni lah perangai dia, kau tak kan bahagia. Biar aku jumpa dia, okay. Let me go now, please ,"
" Abang pun sama,"
" What?," aku terkejut apabila abang Johari tiba-tiba menyampuk perbualan kami dan tiba-tiba juga mahu menolongku. Aku melepaskan keluhan, abang Johari pula mengusap rambutku. Entah bila muncul aku pun tak tahu.

" Abang, ni problem Yana okay. Let me settle it by myself," aku bingkas bangun dari kerusi. Abang Johari pula tiba-tiba menyentap lenganku. Sakit! Aku melepaskan diriku.
" I know you like each other, but it doesn't mean that you want to settle it together okay," pantas tangan kasar abang Johari menutup mulutku, tidak mahu ibu mendengar agaknya. Syuhada pula terkilan dengan sikapku. Ibu yang lalu di depan bilikku hairan dengan kelakuan kami bertiga.

" Johari betul ke?," tiba-tiba ibu menyampuk. Aku pula tergelak kecil.
" Ah, ermmm...ermmm..betul apa bu?," abang Johari tergagap-tergagap untuk menjawab.
" Aunty, jangan percaya apa yang Adriana katakan tadi, dia gurau je tu," celah Syuhada. Aku tidak tahan untuk melepaskan gelak tawa.
" Eh, Yana, ibu cakap dengan kamu ni. Betul ke ni?," ibu menunjukkan buku resipi yang dipegangnya. Ibu semakin pandai membuat lawak. Aku pula hanya mengangguk.
" Maaf Johari, ibu slaah panggil pula," ibu tersenyum kecil.
" Sayang ibu," aku lantas memeluk ibu. Syuhada dengan abang Johari hairan dengan kelakuan kami. Aku lantas keluar supaya tidak dapat dikejar oleh abang Johari.

"I got u," aku mengenyitkan sebelah mata. Kelihatan abang Johari geram dengan perangaiku.
" Yana," abang Johari mula mengejarku tetapi tidak dapat. Aku lantas menghidupkan enjin dan pergi daripada rumah itu. Kelihatan abang Johari tercungap-cungap.
" Sudah la, mari tolong mak masak," ibu menarik lengan Syuhada yang tercegat di depan pintu itu.
" Mak?," ibu hanya tergelak kecil. Ibu masih menarik lengan Syuhada. Syuhada hanya menurut sahaja dengan senyuman manis.

Aku menekan-menekan nombor yang perlu di dail. Kedengaran seseorang mengangkat telefon, tetapi tidak kedengaran suaranya.
" Hello, Zain!," aku menjerit sedikit. Selamba aku memanggilnya namanya. Entah-entah bukan Zain. Masih belum bersuara, aku yakin itu adalah Zain.
" Hello, don't you pretend form me ya, i know thats you," lantas orang itu menamatkan talian.

Telefon bimbitku berbunyi, lantas aku mengangkatnya.

" Assalamualaikum," Zain memberi salam. Aku terkedu, aku menjawab salamnya. Arghh..lupa, pantang Zain apabila orang menelefonnya jika tidak memberi salam.
" I'm sorry," ujarku dengan nada suara yang perlahan.
" Its, okay," kedengaran keluhan dilepaskan.
" Kenapa awak call saya?," alamak apa jawapan yang bakal ku berikan. Aku memejamkan mata, ah..tidak boleh aku sedang memandu. Ahh..gasaklah.
" Boleh tak kau jangan cari aku lagi, dan kalau boleh jangan jumpa aku, i'm engaged okay! You know it, right?," ujarku bersahaja tanpa menyedari akan mengguris perasaan Zain.
" No, you are mine!," lantas Zain menghempas gagang telefonnya. Aku terkejut dengan perbuatannya. Telefon bimbitku terjatuh daripada peganganku, begitu juga dengan air mataku yang menitis begitu sahaja.

Ah, kebudak-budakkan perangainya. Masih ramai perempuan di luar sana. Kenapa mesti aku?



Wednesday, September 2, 2009

Bab 29.

Aku menarik nafas dengan panjang. Lega! Sudah menjadi tunang orang. Aku tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris gigi putih. Orang ramai bersurai. Majlis hanya sederhana sahaja itu pun cukup meriah. Syuhada muncul didepanku. Bibirnya terukir senyuman manis.

"Kau kata nak kahwin awal dari aku, macam mana sekarang, aku dah jadi tunang orang," aku memulakan perbualan dan tersenyum kecil.
"Tak ada jodoh," jawabnya ringkas. Aku dengan Syuhada bersiar-siar di halaman kampungku.
"Zain macam mana?," soal Syuhada. Aku mengeluh panjang.
"Biarlah dia. Ramai lagi perempuan kat dunia ni. Lagi pun aku malas nak fikir pasal dia. Kita cerita pasal lain ye," aku sedaya upaya untuk menukar topik. Aku memeluk tubuh dan fikiranku melayang.

"Ed, kau sebenarnya cintakan siapa?," soalnya dan aku terkedu dengan soalannya itu. Mata ku buntang seketika.
"Wei, aku dah tunang kan. Off course la aku cinta kan Ryan," Syuhada hanya menggelengkan kepala seperti tidak percaya dengan kata-kataku. Aku seperti hairan pula. Syuhada berlalu pergi meninggalkan aku. Aku pula duduk di suatu sudut. Orang ramai semakin berkurangan. Aku termenung.

"Hei, kenapa ni?," Farah, rakan sekerjaku menegur apabila melihat aku murung. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Tak kan tak ada apa-apa kot. Ni muram je ni, kenapa? Tak kan tak seronok dah jadi tunang orang?," Farah merenung wajahku yang murung.
"Tak ada apa-apa, aku rasa aku nak sendirian dan tak mahu diganggu sekarang ni," aku menolak dengan cara baik. Farah hanya menggangguk dan mengusap bahuku.

Beberapa minit kemudian, Andrian pula kelihatan di depanku.

"Hai, sayang," Andrian menegurku. Aku mengukirkan senyuman manis.
"Hai lepas ni awak nak buat apa?," aku menatap wajah Andrian ysng berseri-seri. Tenang dan sejuk mata memandang.
"Ermm..nak kahwin dengan wak la," Andrian berseloroh. Muka ku pula menjadi seperti daging yang dipanggang. Aku mencubit lengan Andrian, dia pula mengusap-nguspa bahagian yang sakit itu.

"Ehem...," Zain! Zain menghulurkan tangannya ke arah Andrian. Mereka berdua berjabat tangan.
"Tahniah sebab dah jadi tunang orang," terkejut aku mendengar kata-kata itu, sepeti sindiran pula. Lama mereka berjabat tangan. Mata mereka saling berpandangan.
"Kau bila lagi?," pantas Andrian menarik tangannya. Diberi senyuman kecil. Zain pula hanya memberi senyuman sinis. Mata aku dan mata Zain bertaut lama. Andrian berdehem. Zain tersedar daripada lamunannya.
"Tak ada jodoh, mungkin lagi 3 tahun," ujarnya bersahaja. Zain hanya berlalu pergi dan melepaskan keluhan.

"Awak," Andrian mencubit bahuku dengan manja. Aku berpaling dan mengukirkan senyuman manis tetapi hambar. Aku menunduk lemah Andrian pula melepaskan satu keluhan.
" I warning you okay. f you very close with him, something i will do, okay, sayang," Andrian mencuit hidung aku. Aku terkedu mendengarnya. Perlahan tetapi tegas.
"What? See...," aku menunjukkan cincin di jari manisku.
"I'm yours okay, sayang," aku mengetap bibirku, mata kami bertaut. Aku menunduk malu.

"Ehemm..Yana jangan lama-lama sangat kat luar tu. Nanti apa-apa terjadi ibu tak jamin," suara ibu bagaikan halilintar apabila menganggu kami melayan perasaan masing-masing. Ibu menarik lenganku dengan lembut.
"Ryan, hurry up," kebetulan mama Andrian memanggil-manggilnya untuk pulang. Andrian melambai-lambai tangannya ke arahku. Aku membalas. Terasa indah dunia ini apabila aku dapat menatap wajahnya dengan puas.

"Amboi, tunggu la kahwin nanti. Tataplah puas-puas," ibu mengusikku diiringi dengan tawa kecilnya. Aku mencubit lengan ibu, tidak sangka ibu akan meluahkan kata-kata seperti itu. Wajahku kembali merona kemerahan.

Syuhada menarik lenganku dan masuk ke dalam bilikku. Aku hairan dengan kelakuannya. Di dalam bilik itu, Syuhada meluahkan perasaannya. Aku terkejut dengan luahan hatinya. Gembira, terkejut dan bimbang itu la apa yang kurasa sekarang. Hanya berserah!





Thursday, August 27, 2009

Bab 28.

Komputer riba di hadapanku, kutatap dengan teliti. Aku hanya mengeluh panjang sejak dari tadi sehingga lah sekarang. Perniagaan di saloon ku semakin maju. Itu sahajalah kerja untukku mendapatkan pendapatan.

Aku mengeluh lagi. Aku tidak sangka ibu menerima Zain sebagai bakal tunang aku. Itu pun menyebabkan tawaran hantarannya yang boleh dikatakan hebat. Andrian bagaimana?? Di mana pula aku nak campaknya??

Abang Johari pula kelihatan sugul setiap hari, mungkin tidak dapat menerima kenyataan kak Waheeda sudah meninggal dunia. Argghhh..apa pula akan jadi tahun ni. Sudah berbulan-bulan aku terperap di rumah. Bosan! Ragu-ragu aku dibuatnya.

"Assalamualaikum..," seserang berada di luar rumahku. Mengetuk pintu bertalu-talu. Aku melangkah laju dan pintu dikuak. Lemah badanku apabila melihat seorang pemuda tercegat di depan rumahku.

"Kau nak apa? Nak menyusahkan hidup aku lagi ke?," ujarku dengan garang sambil berpeluk tubuh.
"Kau dah terima pinangan tu, atau kau nak fikir dulu. Aku sedia menunggu," meluat sungguh aku melihat riak muka Zain yang tersenyum sinis itu, sengaja menyakitkan hati aku.
"Zain please. Aku merayu pada kau, jangan lah ganggu aku dengan keluarga aku. Aku tak tahan tahu tak, sekarang ibu aku telah terima kau sebagai bakal tunang aku. Dan aku tak nak okay!," aku membantah keras. Reaksi muka Zain tidak berubah masih lagi tersenyum sinis.

" Ed, kenapa kau degil sangat? Susah sangat ke nak cairkan hati kau yang keras tu. Dari dulu lagi aku mencuba dan terus mencuba, tapi aku gagal. Kenapa? Ryan ke yang berjaya mencuri dan mencairkan hati kau tu?," aku terkedu seketika. Kenapa mesti libatkan Andrian. Aku merenung matanya. Cuba meneka apa yang tersirat di dalam fikirannya.

Adakah cuba merampas aku daripada Andrian?

"Ed, Please, i love you so much and i miss you always. Kenapa kau tak nak terima aku? Bukan kau sorang je menderita, aku pun. Sejak mama aku meninggal dunia, aku rasa..aku rasa aku hilang tempat perlindungan. Kalau nak harapkan ayah aku, jangan harap lah. Sibuk dengan business setiap hari," Zain emluahkan segalanya. Aku tidak sangka pertama kali Zain menitiskan air matanya.

"Zain kau berlakon ke?," aku menduganya.
"Mana ada," ujarnya tegas dan pantas memalingkan mukanya kepadaku. Pantas juga tangannya memaut badanku. Air matanya mula membasahi bajuku. Aku masih meragui sikapnya yang sentiasa berubah.
"Aku cuma nak kasih sayang dari seorang perempuan, Ed. Tolong aku, tolong terima aku, tolong kahwin dengan aku. Terima lah aku seadanya," esakan Zain semakin kuat. Cara Zain memelukku sungguh erat dan...ahhh...

Aku meronta untuk cuba melepaskan diri, tetapi gagal. Rimas! Tidak pernah aku dipeluk sebegini, apalagi dengan arwah abah.

"Zain, tolong lepaskan aku boleh tak. I can't breath," badannya yang tegap dan besar itu menyusahkan aku untuk bernafas. Akhirnya Zain melepaskan diri aku.
"Zain, listen. I can't accept you, Syuhada kan ada," ujarku dengan tenang.
"Tak nak!," Zain berkelakuan seperti keanak-anakkan. Menghentakkan kakinya dengan sekuat hati.
"Am I, disturb you guys?," Syuhada tiba-tiba muncul dihadapan kamu berdua. Aku dan Zain tersentak dengan kehadiran Syuhada. Keadaan pada masa itu sangat tegang. Kami berpandangan antara satu sama lain. Syuhada melebarkan senyumannya. Terangkat keningku sebentar, pelik. Syuhada seperti gembira melihat kami berdua dan seperti tiada perasaan cemburu terbit di hatinya. Kelihatan dia menarik nafas dengan panjang dan melangkah terus masuk ke dalam rumahku.

Aku terus menutup pintu, tanpa memandang ke arah Zain. Mungkin Zain terkejut dengan perbuatanku.

"Hari ni hari kau, Ed. Lain hari untuk aku pula," Zain menjerit dari luar dan kedengaran tapak kakinya melankah pergi. Syuhada memerhatiku yang tercegat di depan pintu sehingga aku duduk bersebelahan dengannya.

"Ibu kau menolak pinangan Zain. Aku rasa itu lah tujuan Zain datang agaknya. Dia nak beritahu hal sebenar," ujarnya dengan tenang sambil memegang tanganku.
"Really? tapi tadi dia tak macam nak bagi tahu hal sebenar pun," aku terkejut dan termenung sebentar. Alhamdulillah ibu tolak pinangannya, syukur! Tapi tadi, Zain seperti tidak mahu melepaskan aku. Ahhh...sudah lepas, malas mahu memikirkan dia. Andrian! Hanya dia di ingatan ku kali ini.

Syuhada memberitahuku, ibu mahu mempercepatkan pertunanganku dengan Andrian. Tidak mahu orang mengata kata ibu. Syuhada mula menceritakan segalanya. Ibu yang merancang segalanya. Terima kasih bu!




Monday, August 24, 2009

Bab 27.

Mataku meliar mencari kelibat Andrian. Akhirnya Andrian muncul juga dari jauh sambil melambai tangan ke arahku. Syuhada pula menjeling manja dan menyiku lenganku.

"Boleh tahan juga ye," Syuhada membisik ke telinga ku. Andrian datang dengan senyuman manisnya. Lama mata kami bertaut. Rasa rindu terbit di hati ini.
"Kenalkan ni kawan saya, Syuhada, yang saya selalu cerita kat awak tu," aku memperkenalkan diri mereka. Mereka berdua berjabat tangan. Bagasi Andrian di masukkan ke dalam bonet kereta. Padat! Andrian menawarkan dirinya untuk memandu kereta baruku. Raut wajahnya sungguh gembira.

"Macam mana, gembira ke kat situ?Entah-entah dah ada yang lain kot," aku merenung wajahnya.
"Alah, kalau dah kerja tu, sibuk memanjang je lah. Hati saya ni tetap pada yang satu, tau!," Andrian mencuit daguku. Syuhada hanya tersenyum kecil melihat gelagat kami berdua.

Kami bertiga singgah di restoran makanan. Burger King! Pertama kali Andrian membawa ku makan di sini. Kami memilih tempat yang agak tersembunyi. Tiba-tiba mataku tertumpu pada seseorang. Zain! perasaan bimbang menyelinap ke dalam diriku. Keseorangan. Straw minuman itu diturun naik kan ke dalam bekas minuman. Raut wajahnya sukar diramal lagi. Sudah lama tidak ku dengar berita tentangnya.

Adriana! aku tersentak apabila disergah oleh Syuhada.
"Nak makan apa?," ujarnya.
"Apa-apa je lah," nada suaraku lemah.

Syuhada terus ke kaunter untuk memesan makanan diikuti dengan Andrian. Andrian dengan Syuhada begitu mesra. Syuhada memang peramah orangnya, denagn sesiapa sahaja begitu cepat mesra. Aku kembali merenung ke arah Zain. Apakah masalahnya? Kesunyiankah dia? Adakah masih menunggu cinta dibalas?

Maaf Zain. Aku tidak mampu. Perangaimu sahaja yang tidak menarik minatku. Aku tidak sanggup mempunyai kekasih yang penting kepada kemewahan dan mempunyai sikap panas baran. Maafkan aku Zain.

Tiba-tiba seorang perempuan tua menghampirinya. Ibu! Apa ibu buat dengan Zain? Berurusan apa Ibu dengan Zain? Lantas aku menuju ke arah mereka.

"Ibu, apa ibu buat kat sini? Kenapa tak tunggu Yana kat rumah? Apa ibu buat dengan budak berhingus ni?," soalan demi soalan ku luahkan dengan pantas, terlalu terkejut agaknya dengan kehadiran ibu.

"Yana, apa Yana buat kat sini? Maafkan ibu, Zain yang bawa ibu ke sini sebab nak bincang pasal Yana," kata-kata ibu membuatkan ku terkedu.
"Pasal Yana?," mataku terkelip-kelip seperti tidak percaya. Ibu mula menceritakan segalanya. Zain pula hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata ibu. Aku seperti tidak percaya dengan cerita ibu. Aku beredar dari situ secepat mungkin.

Andrian dengan Syuhada berlari-lari anak mendapatkan aku. Aku membuka pintu kereta. Syuhada memujuk-mujukku begitu juga dengan Andrian. Hanya melepaskan keluhan!



Sunday, August 23, 2009

Bab 26.

"Yana, ibu rasa kau terlalu rapat dengan Andrian. Apa jadi dengan Zain? Dia tak cemburu ke Yana dengan Andrian?," soal ibu dengan tenang. Ibu melipat bajuku yang sudah diangkat dari ampaian.
"Alaha ibu ni. Sudah, sudah lah tu. Asyik cakap pasal dia orang je, cerita pasal lain lah pulak. Boleh tak?," nada suaraku agak lantang. Gembira barangkali, tetapi riak muka ibu berubah secara tiba-tiba. Mukaku tidak ditatap lagi. Kenapa agaknya?
"Ibu nak cucu je. Abang Mukhriz kau tu, mungkin dapat anak luar nikah agaknya," pantas ibu meluahkan kata-kata itu. Aku tersentak.
"Ibu dia orang kahwin lari je, tak mungkin dapat anak luar nikah. Mungkin sah. Ibu kalau bencikan abang mukhriz pun, jangan bencikan cucu ibu tu. Cucu ibu tu tak bersalah, dia tak tahu apa-apa pun. Kalau anak luar nikah, Yana sanggup jaga," ibu pantas memalingkan mukanya ke arah ku. Mungkin terkejut dengar kata-kataku yang diluahkan sekejap tadi.
"Jaga?," hanya sepatah sahaja yang mampu ibu luahkan. Aku mengangguk laju. Berkerut dahi ibu melihat reaksi ku.

Keadaan sunyi seketika. Bagaimanakah keadaan abang Mukhriz ketika ini? Tentu susah, lebih-lebih lagi dari segi kewangan. Tiba-tiba aku dan ibuku terdengar suara perempuan menjerit. Di manakah agaknya datangnya suara itu? Sungguh lantang.

Aku menjenguk di beranda. Berlaku kemalangan. Kereta wira warna hijau seperti pernah ku lihat. Perasaan syakwasangka mula timbul di hati ini. Aku dan ibu terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya.

Orang ramai berkerumun mengelilingi kejadian tersebut. Susah untukku melihat kejadian itu. Aku berasak-asak untuk melihat dengan jelas. Aku terlopong sebentar melihat kejadain itu. Abang Johari menangis teresak-esak kerana kak Waheeda dilanggar kereta abang Mukhriz!!

AkakWaheeda segera dikejarkan ke hospital. Berlari-lari anak abang Johari mengekori katil beroda itu. Bimbang agaknya. Ibu menarik lengan abang Mukhriz, pergi jauh dari kami. Berperang mulut agaknya. Aku duduk keseorangan. Abang Johari muncul di depan mataku. Merah matanya. Abang Johari duduk bersebelahan denganku dan memelukku. Kesian aku melihatnya.

Sekarang kami bertawakal agar keadaan kak Waheeda selamat. Kira-kira satu jam tiada sebarang berita kami dengar tentang kak Waheeda. Ibu dan abang Mukhriz juga tidak muncul-muncul lagi. Kemanakah mereka pergi agaknya? Fikiranku melayang.




Wednesday, August 19, 2009

Bab 25.

Gelak tawa abang Johari dengan kak Waheeda sungguh mesra. Bulan lapan tahun ni mungkin perkahwinan mereka akan berlangsung. Aku dan Syuhada berbual mesra, sudah lama tidak berjumpa lah katakan.

Keindahan pantai Pulau Pangkor semakin terserlah. Sejuk mata ini memandang. Di hadapanku terdapat sepasang kekasih berpelukan, tidak malukah mereka di khalayak orang ramai berbuat begitu. Anak remaja sekarang adab sopan semakin kurang. Tetapi mereka sungguh romantik, alangkah baiknya jika aku seperti mereka. Cinta terbalas juga akhirnya.

Sejak sekolah menengah lagi aku mengharapkan cinta terbalas, tetapi sebaliknya disindir dan dihina oleh lelaki yang aku minati itu. Huh, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada masa itu. Malu! Sungguh malu! Jatuh maruahku. Mungkinkah kejadian itu, membuatkan aku tidak mahu bercinta lagi? Aku keliru.

"Syuhada bila kau nak kahwin?," soalku tiba-tiba. Reaksi Syuhada pada masa itu terkejut dan hairan barangkali.
"Entah lah Ed, aku tak tahu. Aku rasa nak ikut kau lah. Kahwin dulu baru bercinta. Aku rasa cinta boleh dipupuk lepas berkahwin kan," aku ketawa tiba-tiba. Aku rasa sungguh lucu apabila Syuhada yang berkata-kata begitu. Tidak mungkin Syuhada akan mengikut kata-kataku. Syuhada tetap dengan pendiriannya, jika hitam hitamlah katanya. Jika putih, putih lah katanya.

"Kau biar betul. Selalunya kau anggap usia macam kita, tak layak untuk berkahwin. Apa kata kau, dah mandul kot," ujarku berseloroh.
"Bukan kau sendiri ke cakap nak kahwin lebih awal dari aku. So bila kau nak kahwin, nak tunggu tua nanti ke? Hurmm...bukan kau cakap kau ada bercinta dengan mat saleh ke masa kau kat Australia dulu, betul ke?," berkerut dahiku untuk menanti jawapan darinya. Selalunya khabar angin, mana betul. Lama menanti Syuhada berfikir. Akhirnya berkata-kata juga.

" Betul lah tu. Tapi mat salih tetap mat salih. I hate him so much, susah betul nak ubah dia tu. Harapan aku nak ubah cara hidup dia punah Ed. Aku gagal. Kalau boleh aku kahwin dengan dia, bila dia dah peluk agama islam. Tapi....," Syuhada menunduk lemah. Sedih. Raut wajahnya sungguh sedih. Harapan untuk mengubah cara hidup orang asing memang sukar. Aku mengeluh panjang.

Fikiranku melayang jauh. Tiba-tiba ku teringat kan Andrian. Andrian kini berada di Korea. Ada kerja katanya. Rinduku terhadap Andrian semakin mendalam. Wajahnya yang seakan-akan pelakon korea itu, membuatkan ku sering mengingatinya.

Kami bergembira di Pulau Pangkor ini. Selama seminggu kami berada di sana. Kenangan manis sentiasa dihati ini, kenangan pahit pula sentiasa dibekukan, sentiasa berlegar-legar di ruangan minda ini untuk mempelajari dari kenangan pahit itu.



Saturday, August 15, 2009

Bab 24.

2 January 2003

"Yana apa kau menungkan ni?," abang Johari menghampiriku. Itu la peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Aku harapkan tahun ini tiada apa yang berlaku. Aku tidak mahu terseksa lagi seperti tahun lepas.

Jenazah abah selamat dikebumikan. Ibu? Kesian pada ibu. Begitu teruk wajah ibu. Tangan kananku teruk juga kerana cuba menghalang cecair aisd yang dicurah oleh ibu tiriku. Sungguh kejam. Air mataku berlinangan.

Ibu tirku cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh ibu. Mengapa sanggup mencurahkan asid ke wajah ibuku? Apa salah ibuku? Cuma mengharap kasih sayang seorang suami. Bukannya meminta bende yang harampun. Huh, begitu kejam!

Abang Johari mengusap rambutku, penuh dengan kasih sayang. Ibu muncul di muka pintu, aku mengukirkan senyuman.

"Ye, ibu ada apa-apa masalah ke?," aku merenung tepat pada wajah ibu. Air mataku mengalir tiba-tiba tetapi dapat diseka dengan hujung jariku. Aku memeluk ibu, sungguh erat.
"Yana okay kan. Kita pergi bercuti nak tak? Boleh release tension. Kesian ibu tengok Yana ni, pucat je," ibu mengusap anak rambutku. Senyumannya sentiasa terukir, terserlah kedutan dimukanya. Berat rasanya mulut ini untuk meluahkan sesuatu. Aku hanya mengangguk perlahan.

Aku memeluk ibu dengan erat sekali lagi. Rasanya tidak mahu dipisahkan walau sesiapa menghalang. Tiba-tiba esakanku semakin kuat.
"Sepatutnya ibu yang kasihan, ibu yang banyak menderita dari Yana. Muka ibu pula jadi macam ni. Anak-anak ibu pula semuanya mesti susah nak jagakan, dengan perangai masing-masing," abang Johari hanya memerhatikan gelagat kami berdua. Keadaan semakin sayu. Luahan hatiku sudah diluahkan. Lega rasanya. Abang Johari mengahmpiri kami dan memeluk erat.

Kini hanya tinggal kami bertiga sahaja. Abang Johari pula sudah bertunang dengan pilihan ibu. Kak Waheeda, cantik orangnya, anak orang berada. Ibu memang cerewet memilih menantunya, hanya pentingkan taraf hidup. Ibu bernasib baik, kerana abang Johari setuju dengan pilihannya.

Aku pula, sekarang ni sudah pun berumur 27 tahun. Ibu dengan abang Johari sentiasa mengejekku andartu. Keputusanku mungkin Andrian. Sederhana orangnya, gentleman dan tidak cepat melenting. Zain pula hanya dijadikan sebagai kawan sahaja. Mungkin kerana perwatakannya yang tidak menarik perhatianku.

Syuhada pula kian hilang jejaknya. Aku merinduinya sangat-sangat. Sejak dia dengan keluarganya ke oversea tahun lepas, aku tidak lagi mendengar kabar beritanya. Orangnya peramah, baik hati cuma kurang bernasib baik dalam hidupnya. Yang menjadi kehendaknya sukar untuk mencari, yang bukan kehendaknya sentiasa datang bersilih ganti.

"Assalamualaikum...," lantas aku memalingkan mukaku di muka pintu. Perasaanku pada masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Begitu gembira!



Thursday, August 13, 2009

Bab 23.

Sudah seminggu aku menetap di Kuala Lumpur. Aman dan tenang, tiada gangguan. Begini lah cara hidupku, tidak bergantung kepada sesiapa. Sejak kecil lagi ibu mengajarku cara berdikari, segala ajaran ibu aku turuti.

Aku keluar bersiar-siar melihat keadaan sekeliling. Terasa sudah lama terperap dalam rumah. Di taman permainan, kanak-kanak bergembira bersama rakan-rakannya, tiada masalah yang perlu difikirkan. Ibu dan bapa mereka hanya perhati dari jauh.

Aku duduk di atas bangku yang sudah sedia ada. Aku mengeluh panjang. Rompakan yang telah terjadi itu memberi iktibar kepadaku. Rompakan tidak akan berlaku tanpa sebab. Abah yang sengaja mencari pasal. Cerita tentang ibu tiriku langsung tidak kudengari lagi. Kemanakah agaknya?

Abang Mukhriz tetap akan mengahwini dengan Kak Diana pilihan hatinya. Cinta tidak boleh dipaksa, fikirku. Abang Johari pula tetap dengan pilihan ibu. Aku? Aku sahaja yang tiada pasangan. Aku cerewet, aku memang seorang yang cerewet. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nama Raihana tertera!

" Ed, tolong la. Pulang la Ed. Kami semua rindukan kau. Kalau nak bersendirian juga, jangan la tinggalkan kita orang macam ni. Aku tak boleh nak handle semua ni Ed. Dia orang tu tetap keluarga kau, sedar la Ed," ujarnya terus memulakan perbualan. Kedengaran esakan Raihana, mungkin terlalu merinduiku. Apa boleh buat? Aku hidup dengan duit haram.

"Ray, kalau kau kat tempat aku, mungkin kau tak sanggup tinggal dengan keluarga yang membenci kau. Apa salah aku Ray? salah ku aku kerja macam ni, bukannya hina sangat. Abah aku tak dapat menerima juga. Saudara mara aku lagi tak boleh harap. Semuanya nak menghina. Aku tak belajar di luar negeri pun, dia orang nak anggap besar problem ni. Aku harap kau faham Ray," ujarku panjang lebar, aku mengeluh panjang. Lega rasanya dapat meluahkan perasaan ini. Aku terus off telefon bimbitku, malas mahu mendengar bebelan Raihana.

"Aku faham perasaan kau," aku tersentak mendengar suara itu. Zain! Bagaimana dia tahu tempat kediamanku.
" Actually, Andrian beritahu aku, kau pindah kat sini," ujar Zain dengan tenang sambil duduk bersebelahan denganku.
"Ouh, kau dah kenal dia, baik kan orangnya," aku merenung wajah Zain.
"Aku tak sangka bapa aku berkasar dengan bapa kau. I'am very sorry 'bout that. Puas la hati dia tu, dah dapat apa yang dia nak. Seriusly, aku sendiri tak tahu yang bapa aku dah lama kenal dengan bapa kau," ujarnya dengan senyuman kecil terukir. Nada suaranya begitu rendah. Jarang untuk meluhat gelagatnya yang serba sederhana ini. Tidak terlampau manja atau kasar.

"Aku harap kau jangan marah. Sebenarnya perompak yang ceroboh rumah kau dengan saloon tu, geng aku sebenarnya. Tak ada kene mengene langsung dengan bapa aku," aku tersentak. Kunci kecil?? ye kunci kecil pemberian abah.

"Tak mungkin, kunci kecil aku hilang. Kalau tak ada kunci tu, macam mana nak buka peti kat kampung aku tu," mataku terkebil-kebil, hanya menanti jawapan dari Zain.
"Aku pun macam kau, kena paksa. Ingat tak yang aku tumpang rumah kau tu. Bapa aku paksa aku sebenarnya, tumpang rumah kau untuk tahu selok belok rumah kau dan semua yang ada dalam rumah kau. Aku tak tahu apa tujuan bapa aku pula, aku macam kena pukau je masa tu. Tapi setahu aku, peti tu tak pakai kunci dik oi," aku hanya mengangkat kening, pelik pula mendengar penjelasan Zain.

"Apa pula gunanye kunci tu?," aku kehairanan.
"Kunci tu untuk beg rahsia abah kau," ujar Zain. Aku semakin hairan.
"Macam mana kau tahu segala-galanya? sedangkan aku tak tahu pun abah aku ada beg rahsia tu," ujarku dengan nada terkejut.
"Aku tak tahu kenapa geng aku aku ambil kunci tu. Aku cuma arahkan dia orang ambil yang kaitan dengan kau je. Kalau dah jatuh cinta, aku sanggup buat apa sahaja untuk lebih rapat dengan kau. Aku rasa bapa aku tahu kegiatan aku, then mungkin dia yang arahkan geng aku ambil kunci tu sekali," terbongkar juga akhirnya rahsia yang terpendam ini. Kini aku mengerti, mangsanya juga adalah aku. Aku termenung sebentar.

"Bapa aku dah kena tangkap dengan polis," rendah nada suaranya. Aku pula terkejut dengan mata yang agak buntang apabila mendengar berita itu.
" Kes apa?," ujar ku.
"Dah lawat abah kau?," aku terkedu. Lawat? lawat untuk apa? Aku hanya menggelengkan kepala.
" Buat apa," aku mencebik.
" Kau tak tahu lagi ke?,"Zain sudah mula berubah reaksi.
" Kenapa? apa yang berlaku?," aku menatap wajahnya.
" Bapa aku tertangkap sebab letupkan Syarikat abah kau. Habis kau tau tak, bapa aku masih tak puas hati lagi. Kau tak tahu lagi ke? Masya Allah!," aku tersentak. Abah kini berada di Hospital.

Memang bawa celaka. Adakah ini pembalasannya. Sudah lama aku tidak bertemu dengan abah. Kini..........



Tuesday, August 11, 2009

Bab 22.

Aku mengemaskan apa yang patut. Pemberian abah, semuanya ku tinggalkan di rumah ini sahaja. Komputer riba? Aku hanya memerhatinya sahaja. Tersenyumku sendirian. Andrian, jejaka yang paling baik pernahku temui. Tutur katanya sungguh sopan. Zain! Aku teringat padanya, suka bermanja denganku. Walaupun perangainya seperti keanak-anakan senyumannya membuat ku terpikat.

Nombor telefon bimbitku sudah pun ku tukar, sengaja untuk bersendirian. Tidak mahu sesiapa tahu tentang perpindahanku ini. Aku telah berhenti kerja tetapi aku tetap ada saloon ku itu. Satu-satunya perniagaan yang aku ada sekarang. Pendapatan satu hari puratanya mahu mencecah seribu. Wanita sekarang tentu mahu bergaya termasuk lah artis, tanpa perniagaan ini sudah tentu aku jatuh miskin.

Aku menunggu teksi di ruang tamu. Kereta perdana di luar rumahku, aku meninggalkannya juga. Pemberian abah dengan duit haramnya, tidak mahu aku menerimanya lagi. Tunggu sahaja abah mengambilnya. Hendak menjual? aku buntu. Walaupun sudah selesai hutang dengan penjahat itu, aku masih tidak dapat menerima pemberian abah semua ni. Sia-sia sahaja.

Teksi sudah pun sampai. Beberapa minit sampai la aku ke destinasi, bukan jauh sangat Shah Alam dengan bandar Kuala Lumpur. Aku termenung sendirian, bila mataku dipejam. Wajah Andrian yang muncul. Ahh..Andrian, adakah dia jejaka yang telah berjaya mencuri hati yang keras ni?? Aku tersenyum sendirian.

"Encik..encik..cik kak kita dah sampai ni," nada suara pemandu teksi yang agak tinggi itu memeranjatkan ku. Aku terlena? Ya..aku tidak sedar sudah berapa lama aku terlena. Aku mengisat-ngisat mata ku. Ku lihat kondominium yang tersergam indah dari cermin pintu itu. Aku menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu dan lantas keluar.

Tiba-tiba seorang jejaka memegang erat lenganku. Andrian!
"Macam mana awak tahu yang saya pindah?,"ujarku.
"Saya kan pengintip," guraunya. Andrian cuba menolong mengangkat barangku. Bukannya banyak pun barang yang aku ada. Kondominium yang aku beli ni sudah ada pun perabutnya. Memang patut mahal. Tingkat 5, tinggi juga. Aku ni gayat orangnya. Ada beranda, betul-betul berhadapan dengan bangunan KLCC.

"Kenapa tak bagitahu yang lain?," Andrian merenungku. Mata kami bertentangan. Manis wajahnya seperti pelakon korea. Rambutnya begitu lurus.
"Saja, tak nak dia orang ganggu," jawabku ringkas. Andrian meletak tangannya di atas bahuku. Cuba untuk memelukku. Aku mengelak, tetapi Andrian masih mencuba.

"Hey, don't touch me. Saya rasa baik awak balik, tak manis kan kalau orang tengok," ujarku dengan lembut, harap Andrian memahaminya. Andrian mencuit daguku dan berlalu pergi. Aku terus menutup pintu. Aku melihat sekeliling. Banyak kerja aku hari ni, perlu mengemas apa yang patut. Laratkah aku? Menyesal pula menghalau Andrian.



Sunday, August 9, 2009

Bab 21.

Kami berempat membisu, segala perbuatan abah terbongkar begitu sahaja. Ibu bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat semalam. Sunyi! Kuih yang berada di hadapan kami, langsung tidak dijamah.

"Sanggup abah bagi Yana duit haram," ujarku dengan nada suara yang lemah, malas untuk bertentang mata dengan abah.
"Nak buat macam mana, tanpa duit abah nak sara korang dengan apa? dengan daun?," ujar abah dengan tegas.
"Kami tak perlukan duit berjuta-juta, kita cuma perlukan kerjasama untuk majukan perniagaan abah tu," aku cuba untuk menyedarkan abah, tetapi abah tetap dengan pendiriannya. Sibuk dengan kemewahan.
"Kalau tanpa duit tu, perniagaan abah mungkin akan merosot," abah menjeling tajam ke arah ku.
"Tak kan tak ada cara lain, selain merompak, merampas duit orang. Abah ni mata duitan lah. Sedar sikit dulu abah bukannya mampu sangat, cuma harapkan pusaka nenek dengan tanah 1 ekar je. Abah pula jual semua tu, tanpa paklong juga abah tak akan kaya tahu," tengking abang Mukhriz pula. Ringan sahaja tangan abah menampar pipi abang Mukhriz. Abang Mukhriz mengusik pipinya, kebas!

"Kau ingat kau tu pun baik sangat. Kau tu ada hubungan sulit dengan anak nelayan. Jatuh maruah abah tahu tak," abah meninggikan suaranya. Terkedu abang Mukhriz sebentar, ibu pula tersentak mendengarnya. Ibu mendekati abang Mukhriz.

"Mukhriz, betul ke apa yang abah cakap tu?," ibu merenung mata abang Mukhriz. Abang Mukhriz hanya mengangguk perlahan. Aku hairan bagaimana pula abah tahu tentang hubungan mereka, mungkin pernah ternampak, fikirku.

"Kalau gatal sangat kenapa dengan anak nelayan?? Kenapa tak cari sama taraf dengan kita?," ujar ibu dengan lembut.
"Ibu, dia tu baik. Dia tak kikis duit Mukhriz," ujar abang Mukhriz dengan lemah. Abah pula masih merenung tajam ke arahnya.
"Entah-entah dah dapat anak luar nikah. Kau tu ada duit ke sampai dia nak kikis, duit tu pun duit haram abah juga, jangan berlagak sangat," abah berpeluk tubuh. Keadaan semakin tegang. Masing-masing melayan perasaan. Aku cuba untuk mendamaikan.

"Abah dah la tu, duit bukan segala-galanya, kita berdamai," aku memegang erat lengan abah. Abah menepis dengan kasar. Aku tercampak ke atas sofa.
"Berdamai? Siapa yang nak bermenantukan anak nelayan? Kau pun sama. Belajar pandai, tapi pilih kerja yang tak berfaedah je. Gaji sikit, duduk rumah sewa pula tu. Elok-elok ada rumah besar ni, rumah kecik tu juga kau pilih. Disuruh kerja dengan abah, ditolak mentah-mentah," tengking abah. Aku hanya tertunduk lemah.

"Abang dah la tu," ibu cuba memujuk abah.
"Dapat anak ramai, tapi sorang pun tak nak waris perniagaan abah. Perangai semua tak senonoh. Nanti orang cakap abah tak pandai jaga anak sendiri. Abah tak nak mengaku korang anak abah lagi!," aku dengan abang Mukhriz tersentak mendengar kata-kata itu.

"Abang, apa abang cakap ni?," ibu cuba membela aku dengan abang Mukhriz. Abah tetap dengan pendiriannya untuk menghalau aku dengan abang Mukhriz. Abah menghalau kami berdua dengan alasan yang tidak munasabah. Abah memang memandang rendah pada orang yang berpangkat rendah, miskin dari nya. Dendam aku pada abah, sentiasa di hati ini.

Ingin sahaja aku membalas dendam, tetapiaku hanya anaknya sahaja. Berdosa jika derhaka pada bapa sendiri. Macam mana hendak menyedarkan abah lagi. Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Abah memang gila harta.



Thursday, August 6, 2009

Bab 20.

Pukul 8.30 malam! Adakah orang itu sudah menangkap abah? Masih sempat, rumah masih terang benderang. Kelihatan ibu mundar-mandir di halaman rumah. Resah agaknya. Aku keluar dari kereta begitu juga dengan abang Mukhriz. Aku terus menerpa ke arah ibu yang berada di ruang tamu. Aku begitu terkejut penculik yang menangkap ku pada minggu lalu pun ada? Bukankah, pada masa itu geng Adrian sudah menguruskannya.

"Oh, heroin sudah sampai, mari sini selamatkan bapak kau," ujar penjahat itu.
"Abah, apa abah buat ni sampaikan dia orang yang masuk penjara. Abah ada buat salah ke?," ujarku terus-terang. Begitu lama aku menanti jawapan dari abah. Sunyi.
"Sebenarnya panjang cerita nya," tiba-tiba kedengaran suara lain menyampuk, tersentak aku, abah Zain! tetapi di manakah Zain?
"Apa ceritanya?," aku meninggikan suara. Elok rasanya, semua yang terlibat ada disini. Bapa Zain terus menceritakan cerita sebenar. Abah telah membolot harta mereka semua. Semuanya abah yang memulakan dulu, hanya kerana mata duitan. Semua geran tanah milik mereka, abah yang rompak dan abah pernah membunuh salah seorang daripada mereka, tetapi abah terselamat mereka pula di persalahkan dan telah didakwa serta masuk penjara. Jadi, semuanya datang dan sepakat untuk mengenakan abah kembali.

"Kenapa pula hari ni Uncle nak berterus-terang? Bukan esok atau hari lain-lain," aku menduga bapa Zain.
"Sebab aku nak hutang aku la bodoh. Geran tanah, aku dan kawan-kawan aku semua dah ambil balik secara rompakan, sekarang aku nak duit yang abah kau bawak lari tu," kini aku faham. Abah memberi duit saku bulanan ku dengan duit haram. Hasil kegiatan haramnya. Aku merenung tajam ke arah abah yang terduduk diam di sofa itu. Abah hanya menunduk. Malu agaknya.

"Hoi!!," gertak abah Zain. Kami semua tersentak. Aku melihat sekeliling semuanya lengkap bersenjata. Mahu menelefon polis, semuanya sudah terlambat. Kalau aku tahu, aku telefon dari awal lagi. Lagi pun ibu tak mahu abah masuk ke penjara. Ahh..ibu kenapa la terlalu lembut hatinya.

"Berapa?," ujarku dengan tegas dan merenung tepat ke arah bapa Zain.
"One million," aku tersentak. Satu juta! Begitu banyak sekali.
"Banyakkan? kalau tidak macam mana abah kau boleh kaya," ujarnya sambil mengeluh. Tiba-tiba abah Zain mengacu pistol di kepala abah. Aku, ibu dan abang Mukhriz cemas. Mandi peluh kami pada malam itu. Abah hanya memerintahku untuk mengambil cek di dalam biliknya.
Bergigil-gigil aku untuk menulis angka yang perlu dibayar. Kemudian cek itu aku berikan pada bapa Zain.

Aku melihat yang lain hanya menurut saja. Mungkin bapa Zain la dalang semua ni. Begitulah penyelesaiannya, tidak sangka begitu mudah. Geran tanah di ambil semula, yang tinggal cuma urusan jual beli secara halal. Tiada hutang. Malam yang penuh debaran.

"Selesai," aku menggungkap kata-kata itu dengan berani dan menghulurkan tangan ku untuk berjabat tangan. Bapa Zain hanya memerhati dan menyambut tanganku.
"Jangan ganggu hidup keluarga aku lagi," ujarku dengan tegas. Bapa Zain hanya mengangguk dan tersenyum sinis. Aku berfikir sejenak, mungkin kah mereka akan menganggu keluargaku? Selepas ini mungkin aku akan lapor pada polis kalau ada apa-apa berlaku.

Mereka semua hilang dari pandangan. Masalah rompakan ini selesai dengan secara serentak, sengaja untuk menimbulkan huru-hara supaya kami sekeluarga berpecah-belah. Kami sekeluarga hanya menghela nafas panjang, tetapi aku masih tidak berpuas hati dengan duit haram pemberian abah!




Bab 19.

"Aku nak kau terus-terang dengan aku. Kenapa dengan kau hari tu? Hah, jawab!," gertak Zain. Malu aku diperlakukan begitu di depan pekerja lain pula tu.
"Kau ni kenapa? Aku rapat dengan Syuhada tak bermakna kita orang ni bercinta. Memang dia selalu tolong aku, tolong macam mana nak dapat kan kau tau tak, tapi kau...buat bodoh je dengan aku," gertaknya lagi. Perkara kecil itu pun mahu dijadikan isu besar. Huh, lelaki! Memang ego sahaja tinggi, tapi akal fikiran cetek. Dasar jantan tak guna, marah pula tidak bertempat.

Abah pun tidak pernah menggertakku sebegitu, walaupun abah benci padaku. Benci dengan pekerjaanku. Tidak pula dengan Zain, timbul sahaja masalah sudah bertindak melulu, seperti tidak tahu pula untuk menyelesaikannya.

"Kenapa? Kau jeles ke? Cemburu tak bertempat. Kalau kau suka aku, cakap je la," bahuku digoyang-goyangkan. Tidak ingin rasanya untuk bertentangan mata dengan Zain. Kejadian pada hari itu, benar-benar buat aku rasa bersalah. Bukannya cemburu, cuma...ahhhh...aku pun keliru.

"Siapa kau aku nak cemburu? Pakwe aku ke? Kau ni dah melampau tau tak. Aku dah cakap daripada dulu lagi, aku tak nak bercinta lagi. Aku anggap kau tak lebih dari kawan je," aku memberanikan diri menggertaknya pula. Puas hati aku. Aku beredar tanpa memandang wajahnya walau sekilas.

Adakah aku cemburu dengan hubungan Zain dengan Syuhada? Aku tidak pernah mengalami perasaan cemburu selama ini. Keliru! Kenapa kehidupan aku begini? Sejak sekolah lagi ada sahaja lelaki yang cuba menyakiti dan mempermainkan perasaan lemah ini.

Aku meluru masuk ke dalam toilet, lantas memusing kepala paip. Mencurah-curah air keluar. Aku menadah air lalu disapukan ke mukaku yang gebu ini. Melihat wajahku melalui cermin dihadapanku. Membelek-belek wajah ini. Wajah sunggul. Huh! Memejam mata seketika.

Tiba-tiba seorang gadis memegang bahuku. Erat. Aku melihat siapakah gerangan gadis tersebut melalui cermin. Farah!

"Sudah la tu. Lupakan saja. Aku dah masak dengan perangai kau. Jangan mudah percaya dengan lelaki," ujarnya lemah dan menghela nafas lega. Aku menanti setiap perkataan yang akan keluar dari mulutnya itu.

"Betul cakap kau, aku dah bercerai dengan suami aku," aku tersentak dengan kata-kata Farah. Bercerai!!
"Aku tak tahan dengan perangai dia Ed, selalu sangat berfoya-foya. Aku yang minta cerai," ujarnya dan mengukir senyuman kecil. Tabah! Setitik air mata pun tidak menitis. Katanya lega. Dengar juga kata-kata ku ini. Aku mengusap rambutnya dengan lembut. Kami berpelukan. Erat!
"Ok lah, shift aku dah habis. Morhan gantikan aku. Assalamualaikum," kami berjabat tangan. Kasihan aku melihatnya, muda-muda lagi sudah digelar janda. Aku keluar dari toilet. Morhan menantiku dengan penuh ceria. Aku membalas senyumannya dan terus menjalankan tugas.

Sedang asyik aku membuat tugas, aku ternampak kelibat ibu tiriku dengan seorang jejaka yang boleh tahan rupanya. Siapakah jejaka itu? Aku hanya membiarkan sahaja, malas hendak masuk campur. Tiba-tiba abang Mukhriz muncul di depanku. Aku terkejut dengan kehadirannya dan mengurut dadaku. Abang mukhriz pula tidak habis-habis mengusap kepalaku.

"Dah nampakkan. Kenapa tak halang?," abang Mukhriz memulakan perbualan. Mata kami tertumpu pada gelagat ibu tiriku itu. Begitu mesra.
"Tak payah la bang. Nanti kita pula dijadikan anak kurang ajar la, anak derhaka tak mengenang budi la. Macam-macam pula mengadu kat abah. Meluat pula. Eh..abang dengan kak diana macam mana?," aku cuba menukar topik. Abang Mukhriz hanya mendiamkan diri sahaja, tidak mahu rahsia terbongkar agaknya.

"Dik, akak nak check out," seorang wanita dengan suaminya berdiri tegak di depanku. Di hulurnya kunci. Aku melemparkan senyuman manis. Memang itu lah tugas ku, sentiasa memberi senyuman.
"Ni bil nya kak," aku menghulurkan sehelai kertas. Wanita itu menatap kertas yang diberi lalu diberikan wang dan aku pula memberi baki.
"Terima kasih ya," seperti biasa memberi senyuman dan senyumanku di balas.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Abah! Kedengaran suara abah cemas. Berkerut dahiku untuk mengecam suara di belakang abah. Cuba memeras ugut! Siapakah mereka?

Aku terus berlari secepat mungkin ke pejabat pengurus, untuk meminta cuti beberapa hari. Alhamdulillah di benarkan, abang mukhriz pula dari tadi mengekoriku.



Sunday, August 2, 2009

Bab 18.

Aku menanti seriusman. Dimanakah dia? Ahhh..lelaki sentiasa lewat, tidak menepati masa langsung. Kalau syuhada melihat aku berpakaian begini, tentu disindirnya. Aku terkeluar dari prinsipku. Huh! Menyesal aku berpakaian begini. Orang semakin ramai pula tu. Ada apa? Jamuan ke fikirku. Rupa paras pun aku tidak kenal macam mana hendak mencarinya.

"Ehemm...Adriana ke?," seseorang menyapaku. Aku menoleh ke belakang. Tidak ku sangka, begitu kacak! Aku tersipu malu melihat mukanya dan mengukir senyuman kecil.
"Saya la seriusman tu. Nama saya Andrian Mohd," pemuda itu menghulurkan tangannya. Aku menyambut mesra.
"Sebenarnya ada jamuan perpisahan. Boss saya bersara dan salah satu kawan saya akan menggantikan tempatnya," ujarnya lembut. Aku pula. Ahhh...seperti terpana mendengar suaranya yang ala-ala romantik.

"Kenapa ajak saya? Kenapa tak ajak awek ke? isteri ke?," ouh? tak sangka aku akan berlembut dengan lelaki buat pertama kalinya. Selalunya aku akan membahasakan diri seperti aku kau sahaja. Andrian pula tergelak sendirian.

"Saya mana ada makwe-makwe ni, apatah lagi isteri. Saya bujang lagi. Kita masuk dulu ye," Andrian mencapai pergelangan tanganku. Aku tersentak. Tidak sampai beberapa minit sudah berani memegang tangan anak dara orang. Memang pantangku, tetapi wajahnya begitu familiar.

Ramai sahabatnya, jumpa sahaja berjabat tangan. Ahhh...aku makin keliru. Tiba-tiba datang pula sekumpulan wanita ke arah kami berdua. Semuanya hebat-hebat belaka, dengan barang kemasnya, gayanya. Huh, seperti anak orang berada sahaja.

"Siapa ni? Tak kan isteri kot?," kedengaran gelak tawa mereka. Aku pula hanya mampu melemparkan senyuman manis.
"No, just friend," jawabnya ringkas.
"I think...ermmm...you ada ke buat modeling? rupa you macam i pernah nampak la," ujar salah seorang wanita di situ.
"Ya..itu 3 tahun lepas, sebelum saya dapat kerja tetap," ujarku. Tak sangka muka ku ini pun ada orang pernah ingat. Aku hanya tergelak kecil. Semuanya peramah-peramah belaka. Seperti semua masalahku hilang bergitu sahaja. Tiba-tiba aku ternampak kelibat abang Mukhriz.

Ya Allah...di mana aku hendak bersembunyi ni. Mataku melilau untuk mencari tempat sembunyi. Tetapi tidak sempat.

"Eyh..eyh..yana apa kau buat kat sini? what are you doing and what are you wearing? Jangan cakap adik abang berubah?," abang Mukhriz merenungku dari hujung kaki samapi la ke hujung rambut. Aku rimas. Tiba-tiba Andrian datang dan menegur abangku. Sudah berkenalan kah mereka?

"Ryan, Ni adik aku," abang Mukhriz memperkenalkan aku kepada Andrian.
"Ouh dah kenal pun," Andrian senyum sinis memandangku. Abang Mukhriz pula terkejut dengan kata-katanya. Rupa-rupanya abang Mukhriz pernah bekerja di syarikat percetakan ini. Aku hanya duduk di tepi mendengar perbualan mereka, seperti muka bosan. Aku mencuit bahu abang Mukhriz dan menyuruhnya menutup rahsia tentang imejku. Kalau abang Johari serta abah dan ibu tahu, tentu di gelak oleh mereka. Malu aku!

Majlis berjalan dengan lancar. seronok. Dalam kira-kira 2 jam berakhirlah jamuan itu. Andrian mengajakku bersiar-siar. Aku melihat jam tangan. Ahh..sudah lewat malam ni. Aku hanya menerima tawarannya. Andrian berterus-terang denganku yang dia la pemuda yang telah menyelamatkan ku tempoh hari. Yang membezakan wajahnya ketika itu, hanyalah misai palsu. Kelakar sahaja. Aku mengukir senyuman lagi.

Dan tidak ku sangka, Andrian telah meminatiku semasa aku berlatih taekwando ketika usia ku 20 tahun lagi Begitu lama menyimpan perasaan dan baru sekarang diluahkan terhadapku. Selama 6 tahun! sanggup Andrian menunggu masa sesuai untuk meluahkan perasaan. Sungguh setia.



Thursday, July 30, 2009

Bab 17.

Penatnya! Kereta perdanaku menyusur masuk ke halaman rumahku yang agak kecil. Aku meluhat jam tangan, 9.00malam! Tak sangka sudah lewat malam rupanya. Aku keluar dari kereta, dan terdapat sebuah beg plastik yang agak besar di depan pintu ku. Hairan.

Pintu rumahku dibuka. Plastik bag iu kubawa masuk. Berehat sebentar. Aku melihat isi di dalam plastik beg itu. Sehelai gaun labuh. Sesuai untuk susuk tubuhku, tetapi aku tidak mungkin akan memakainya. Aku bukannya penggemar gaun. Lawa, warna merah hati. Warna kegemaranku. Ada sekeping kertas dilekatkan pada beg plastik itu, aku membacanya. Tekun.

"Bolehkah saudari memakainya pada hari ahad ini. Please! Jika ingin mengenali saya, hari ahad ni pukul 8.00malam, kita berjumpa di Hotel Hilton"
-seriusman-

Dia lagi? Aku makin suka dengan permainan ni. Penuh dengan misteri, berkobar-kobar hati ini ingin berjumpa dengannya. Tiba-tiba aku diserang. Argghh...siapa pula mereka ni? Menyesal aku kerana tidak tutup pintu tadi. Aku meronta-meronta untuk melepaskan diri. Taekwando yang pernah ku pelajari, masih kekal diingatanku.

Terus aku membuka langkah. Bagaikan aku lah pemenangnya, tetapi seseorang telah menutup mataku dengan kain daripada belakang. Gelap! Aku terasa seperti tanganku disuntik. Aku terasa Lemah.

Sedar-sedar sahaja aku berada di sebuah bangsal. Tempatnya amat kotor, penuh dengan benda-benda pelik. Aku akan dijadikan eksperimen ke?? Tidak, mungkin aku....aku...aku mula berfikiran negetif. Ya Allah tolong lah hamba mu ini dalam kesusahan.

Muncul pula 3 pemuda berbadan tegap di hadapanku. Siapakah mereka?? Aku melihat wajah mereka masing-masing dengan teliti. Salah seorangnya pernah melanggar aku ketika kau keluar dengan Zain serta Syuhada. Tidak mungkin dia adalah seriusman.

"Nak apa?," tengkingku. Aku diikat dengan ketat sekali. Aku hanya boleh bercakap sahaja. Ahh..mereka masih membisu.
"Oiii..nak apa?," tengkingku lagi.
"Dia orang tu hanya kuli aku sahaja, tak akan cakap sepatah pun," tiba-tiba kedengaran suara garau. Aku berpaling wajah untuk melihat gerangan lelaki itu. Semuanya aku tidak kenal. Apakah hubungan aku dengan mereka. Keliru aku dibuatnya.

"Kau ni kuat juga ye. Kesian kuli aku kene belasah dengan kau," aku melihat ada antara mereka di rawat di suatu sudut. Ahh...baru sikit, dah kena rawat. Lelaki suara garau itu merenung tajam ke arahku.

"Bapak kau memang bawa celaka kan, kerana dia aku masuk penjara 10tahun. Bapak kau tu memang tak kenal aku agaknya. Kalau aku jumpa dia, dah lama aku bunuh dia," ujarnya dengan nada suara yang tinggi dan kasar. Aku tersentak.
"Kalau hal bapak aku, kenapa aku pula yang kena tangkap? tangkap je bapak aku tu," aku meninggikan suara.
"Anak tak mengenang budi. Kau ni boleh tahan juga ye, boleh aku jual kat siam tu, untung juga ni," kata-katanya memang tidak masuk akal. Benci aku! lelaki itu duduk dihadapanku, sungguh rapat.

"Bagi cepat nombor telefon bapak kau," mukaku di sentap. Saki la gila, jerit batinku.
"999," ujarku selamba. Satu penampar hinggap dipipiku secara tiba-tiba. Kebas pipiku rasanya. Mandi peluh aku malam ni, lencun rasanya baju ku ni.
"Loyar buruk punya budak. Kau ingat kau lawak sangat ke? Kau jangan buat aku naik angin, tak pasal-pasal tubuh kau nanti jadi makan malam aku," ujarnya. Huh! Berani sungguh mengungkap kata-kata kotor itu.
"Kalau berani," aku mencabarnya. Aku tersenyum sinis. Mana pernah aku takutkan pada lelaki. Kalau ikatan terlerai, tau la apa aku mahu buat. Tak tahu agaknya aku ni samseng sekolah dulu. Meluat melihat mukanya yang seperti hendak menerkam ku itu. Jari-jemari lelaki itu merayap dipipiku, dan dileher dan didadaku. Dengan serta merta aku meludah ke arahnya.

"Minum ludah aku dulu," ujarku dengan tegas.
"Perempuan jahanam," lengan bajuku direntap dengan kasar. Koyak! Tiba-tiba sebuah pajero merempuh bangsal buruk itu. Seorang pemuda keluar daripada pajero itu dan diikuti dengan konco-konconya yang lain. Macam mafia.

Pergaduhan terjadi di depan mataku sendiri. Aku hanya dapat menutup mata sebelah kerana tidak dapat membayangkan yang aku berada di tengah-tengah pergaduhan besar ini. Tiba-tiba seorang pemuda meleraikan ikatanku. Pemuda itu menyuruh rakan-rakannya meneruskan tugas. Aku dibawa keluar, dibawa lari? mungkin.

Aku melihat sekeliling ku, betul-betul di bandar Kuala Lumpur. Aku kesejukan.
"Dah pukul berapa?," aku berpeluk tubuh. Sekilas pun aku tidak memandang wajah lelaki itu.
"Pukul 11.30 Adriana," aku tersentak. Nama ku disebut? Bagaimanakah pemuda itu tahu nama aku. Aku melihat wajahnya. Malangnya sukar untuk melihat, hanya lampu samar yang menolong penglihatanku.

Yang dapat dilihat hidungnya mancung. Itu sahaja. Anak mat salleh kah? Pemuda itu menyarungkan kotnya di tubuh badanku, mungkin melihat aku menggigil kesejukan. Aku tersenyum sendirian. Aku melihat wajahnya lagi. Hurmm..mata sepet, mulut sentiasa mengukirkan senyuman. Kulit wajah kurang pasti.

"Dah puas tatap muka saya ke?," ujarnya. Terkejut aku, aku mula memandang ke tempat lain, malu barangkali. Pemuda itu menahan teksi untukku. Aku amat terhutang budi padanya.

Di dalam teksi, aku termenung jauh. Ahhh..lupa untuk tanya namanya!



Wednesday, July 29, 2009

Bab 16.

Termenung aku sendirian. Aku menyisir rambut dengan jari runcingku. Kehidupan apakah ini? Takdir? Sering kali aku menerima kotak kecil pemberian daripada orang asing. Aku mengambil semua kotak kecil dan mengumpulnya di atas meja tulis. Satu persatu aku buka dan semuanya mengandungi sekeping kertas. Perkataan sama yang ditulis!

"Bersedia apa yang berlaku seterusnya"
-seriusman-

Aku mengeluh panjang. Nickname apakah ini? Lawak sungguh! Aku membuang ke semua kotak kecil itu. Pintu diketuk. Mungkin Syuhada atau Zain, fikirku. Aku bergegas ke pintu beberapa minit kerana tiada siapa yang membukanya. Erk? seperti seorang pekerja. Sebuah kotak besar di tangannya, dan seperti biasa tanda tangan diturunkan.

Pembalut hadiah yang sama! Aku berhati-hati membukanya. Hah!! Terkejut aku. Sebuah komputer riba? Mesti mahal, bisik hati kecilku. Gembira kah aku atau bimbang? Bimbang disebabkan apa pula? Bercelaru fikiranku.

Bagaimana hendak memulakannya? Di manakah suisnya?? Ahhh...ketinggalan zaman betul aku. Aku hanya tergelak kecil dengan kerenah ku. Aku mencapai buku panduan yang berada disisi komputer riba itu dan membaca dengan teliti.

Tiba-tiba aku terdengar deruan kereta diluar rumahku. Kereta BMW, sape lagi kalau bukan Zain. Aku bercekak pinggang di depan pintu, menanti kedatangannya. Zain datang dengan senyuman manis. Dia ingat aku boleh terpikat ke?

"Assalamualaikum," ujarnya lembut. Aku tidak mengendahkan salamnya, dan hanya berpeluk tubuh.
"Masih marah ke?," Zain memulakan perbualan.
"Entah geram pun ada ni. Nasib baik tak ada orang time tu, kalau tak dah lama kau kene sepak terajang aku ni," ujarku dengan tegas. Lelaki tidak boleh bagi muka, nanti dipijaknya pula.
"Friend," Zain menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku. Aku menyambutnya dengan baik. Kalau setakat kawan aku masih boleh menerima. Aku melemparkan senyuman dan mengalu-alukan kedatangannya.

"What this?," soal Zain, apabila terlihat komputer riba di atas meja ku itu.
"Present," ujarku selamba. Hadiah? Padahal aku pun tidak tahu barang ini hadiah atau muslihat. tetapi kenapa aku menerimanya?? Terlalu gembira. Itu lah perasaanku apabila menerima komputer riba ini.
"From who?," soalnya lagi.
"Seriusman," ujarku sepatah. Zain pula mengangkat keningnya kerana terlalu hairan. Mungkin terkejut.
"Special boyfriend,"helahku. Zain terdiam seketika apabila ayat itu terpacul dari bibirku ini. Aku tergelak sendirian melihat mukanya yang dungu itu. Zain menolongku untuk mengendalikan komputer riba itu. Sering kedengaran tawa mesra kami. Setelah beberapa minit, terdengar pula orang memberi salam.

Mata kami tertumpu pada pintu yang terbuka luas. Ibu, abah, abang Johari dan abang Mukhriz?? Huh aku mengeluh panjang. Ingatkan siapa la tadi. Buat aku terkejut sahaja. Aku bingkas bangun dari sofa dan menyambut salam mereka.

"Ouh dengan pakwe rupanya dia," abang Johari menyekeh kepala aku dengan kasar. Zain hanya terkedu dengan kehadiran keluargaku. Abang Mukhriz?? Abah dan ibu telah terimakah dengan kehadirannya. Aku bergegas ke dapur untuk membuat air. Zain juga turut menolong.

"Kenapa tak bagi tahu, your family nak datang?," Zain menatap wajahku. Tidak jemukah asyik menatap mukaku ini?
"Aku pun tak tahu la, tiba-tiba je ni," ujarku sambil meletak cawan-cawan di atas dulang dengan disertakan air teh. Aku meletakkan di atas meja kecil ku tadi. Air teh dituangkan ke dalam cawan satu-persatu. Kemudian aku menyandarkan tubuhku di atas sofa yang empuk itu. Lega!

"Apa tujuan abah datang ke sini. Jauh pula tu," aku menatap wajah abah yang semakin nampak garisan tua nya. Ahh..abah, asik berfikir sahaja sudah terlalu banyak kedutan di wajahnya.
"Saja, holiday!," abah berseloroh pula.
" Sebenarnya pasal tanah. Kebetulan Zain ada di sini boleh kita bincang terus," ujar abang Johari. Lagi-lagi tanah! Bosan sungguh! Perbincangan bernula, begitu serius pada awalnya. Kemudian diselitkan juga dengan tawa mesra kami. Bahagia rasanya!

Adrina Sidek.
*weh mana hilang signature aku ni..adoi*

Tuesday, July 28, 2009

Bab 15.

Kulu kilirku di reception itu, sambil membuat tugas yang diberi. Melihat bill yang digunakan oleh pelanggan. Huh begitu banyak! Skrin di komputer di hadapanku di tatap tepat. Jari runcingku menari-nari di atas keyboard untuk menaip sesuatu.

Seorang lelaki yang agak tua, umurnya lebih kurang dalam 50-an datang ke arahku. Aku melemparan senyuman manis. Senyuman ku di balas.

"Adriana Ahmad Zulkifli?," lelaki itu merenungku dengan tajam. Aku hanya mengiyakan dan menunduk.
"Ya, boleh saya tolong encik," kerjaku tadi ditinggalkan sebentar kerana ingin mendengra penjelasan dari lelaki itu.
"Uncle ni bapa kepada Zain. Boleh uncle jumpa dengan Adriana?," terkejut aku. Bapa kepada Zain rupanya. Aku hanya menggeleng perlahan tanda menolak pelawaannya. Dikatakan pengurus mengizinkan aku berjumpa dengannya.

Aku hanya mengeluh lemah. Apa lah tujuannya hendak berjumpa dengan aku. Aku hanya mengekorinya hingga ke cafe. Aku menarik kerusi dan melabuhkan punggungku di atas kerusi kayu itu. Mungkin untuk menghalang hubunganku dengan Zain, bisik hati kecil ku. Mungkin betul kerana aku memang tidak layak untuk mendampingi Zain. Siapa aku pada pandangan orang ramai, terlalu banyak kerja dibuat.

"Uncle sebenarnya kawan kepada abah kamu. Sudah 2 tahun hubungan kami terjalin. Kami berjual beli tanah di Segamat, Johor. Then, tiba-tiba abah kamu bawa lari duit uncle. Boleh uncle tau, mana abah kamu sekarang?," aku tersentak. Di Johor pun ada urusan tanah. Abah memang tauke tanah. Abah bawa lari duit orang? Mustahil! Abah bukan begitu orangnya. Aku melihat bodyguard bapa Zain itu, hanya memerhati aku dari tadi. Benci!

"A...abah..abah sekarang tingal....di..Perak," jawabku tergagap-gagap.
"Perak di mana tu? Bukannya kecil," ujarnya dengan tegas. Aku tersentak.
"Ipoh," jawabku ringkas. Garangnya orang tua ni, bisik hati kecilku. Tidak sangka anaknya lain dari bapanya sendiri. Zain Bakhri nampak begitu tegas dan berani. Anaknya pula nampak begitu manja dan keanak-anakkan. Kelihatan Zain Bakhri mengangguk tanda faham.

" Actually uncle dah tahu hubungan kamu dengan Zain. Dia yang tergila-gilakan kamu. Uncle minta maaf bagi pihak dia kalau dia ada ambil kesempatan atas kamu. Uncle tak kisah kalau kamu nak bercinta dengan dia, tapi jangan malukan nama keluarga kami," ujarnya dengan panjang lebar. Tidak sangka bapa Zain begitu baik sekali. Macam-macam aku fikirkan tadi.

Perbincangan kami selesai. Aku pulang ke reception. Fikiranku kosong, aku kembali membuat kerja yang tertangguh tadi. Morhan hanya memerhati aku dari jauh. Mungkin rasa simpati?



Monday, July 27, 2009

Bab 14.

Aku termenung panjang. Rancangan television di depanku tidak ku endahkan. Berminggu-minggu aku memikirkan tentang cinta Zain. Adakah dia sengaja mengujiku atau ikhlas? Bercinta hanya mengundang air mata akhirnya. Banyak filem aku tonton begitu lah ending nya. Aku mengeluh panjang.

"Syuhada kau saja lah yang bercinta dengan Zain," ujarku selambe. Tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Syuhada terkejut dan air yang diminumnya itu hampir tersembur.

"Are you crazy? Dia hanya cinta kan kau saja," Syuhada merenung tepat ke arah ku dan kembali menghirup minumannya.

"Aku tahu kau suka kan dia, mengaku je lah. Asalkan kau datang rumah aku, asyik dengan cerita Zain tu je," ujar ku dan tidak berani untuk berpaling muka kepadanya. Tetap termenung.

"Actually, masa dinner dengan kau hari minggu lalu tu, aku yang bagitahu tentang kau kat dia. Kau minat laki macam mana dan macam-macam lagi. Tak sangka pula bulat-bulat dia ikut," ujar Syuhada panjang lebar.

"Suka hati kau la, tak larat nak marah-marah lagi. Aku nak tidur," aku bingkas bangun daripada sofa dan menuju ke bilik tidurku. Nak marah pun tak larat, desis hati kecil syuhada.

Mataku kaku memandang kipas yang berpusing itu. Esok kerja. Penatnya! hatiku kecilku memberontak. Pelik, sebelum ni mana ada lelaki yang berani meluahkan perasaannya terhadapku, ni kan pula berpegangan tangan lagi tak berani. Tetapi tidak dengan Zain.

Mataku masih tidak dapat dipejam. Mengiring ke kiri berhadapan dengan tingkap. Panas pula. Mengiring ke kanan berhadapan dengan meja tulis. Terletak sebingkai gambar ibu. Aku mengambil gambar ibu. Apa khabar agaknya ibu sekarang? Aku sungguh sibuk. Kampungku bergitu jauh sekali. Tiba-tiba pintuku dikuak.

"Ed, betul kau tak nak pergi? Jangan paksa diri kau tu. Sekarang baru pukul berapa. Kau mana pernah tdo siang," ujar syuhada sambil melemparkan senyuman manisnya. Sungguh manis! Hari ni perasmian hotel bapa Zain. Tidak ingin rasanya untuk bertentangan mata dengan dia. Masalah rompakan tidak selesai lagi. Timbul lagi masalah cinta. Huh! Ronda-ronda kuala lumpur lah, dapat release tension sedikit.

Siap! Pakaian ku hanya simple sahaja. Malas hendak melaram Make up pun langsung tidak digunakan. Ah...bukan ke mana pun, duduk dalam kereta sahaja, aku cakap bersendirian. Aku membuka pintu, aku terkejut. Zain datang ke rumah ku. Bukan kah ada perasmian tu, tidak pergi ke dia?

"Assalamualaikum," Zain memberi salam, Aku menjawab salamnya dengan lembut dan menunduk.
"Kau tak pergi ke perasmian tu?," ujar ku dengan tegas. Zain menunduk lemah. Meluat aku melihatnya, tidak habis-habis dengan perangai manjanya.
"Kenapa kau tak pergi?," soal ku lagi.
"I've called Syu, dia yang cakap you tak pergi. So i pun tak nak pergi lah," Syuhada bagitahu semua ni rupanya, dan Zain masih lagi membahasakan diri I you.
"Oi..sejak bila berubah ni. Bermanja-manja dengan aku. Tiba-tiba i you i you pula ni. Aku dah bengang dengan kau. Aku dah cakap aku tak nak bercinta buat masa sekarang," gertakku. Puas hati! Zain hanya menunduk malu. Aku merenungnya dengan tajam.

"Kenapa?You pernah dikecewakan ke? I promise, I tak kan kecewa an you," ujarnya dengan lemah. Jari jemariku dicapai lali aku menyentap. Aku menutup pintu sekuat hati. Bagaikan hendak runtuh rumah itu dibuatnya.

Kasihan Syu, dia ke sana semata-mata untuk berjumpa dengan Zain. Tetapi tidak berbaloi. Zain ada disini menagih cinta dariku. Bagaimana agaknya perasaan dia?





Friday, July 24, 2009

Bab 13.

Handphone ku berbunyi, kali ni dengan ringtone baru pula. Sedap di dengar, bosan asyik ringtone lama.

"Hello," aku memulakan perbualan.
"Assalamualaikum," Zain memberi salam. Sering kali dia memberi salam. Aku malu dengan perbuatanku yang tidak pernha memberi salam apabila memulakan perbualan. Aku tersenyum kecil.
"Wa alai kum salam, nak apa?,"
"Dinner dengan aku, dah lama tak keluar dengan kau. Rindulah ," ujar Zain selambe. Rindu? Geli pula aku mendengarnya. Jarang sekali seorang lelaki meluahkan perasaan rindu kepadaku. Pertama kali! Aku berfikir panjang.

"Ermm...busy la," helah ku, tetapi aku hanya bersantai mendengar radio dan mengarang puisi.
"Taku rumah kene rompak ke? Don't worry la dah lama tak dengar cerita pasal perompak tu," gurau Zain. Aku mampu tersenyum kecil.
"Insya Allah," ujarku ringkas.
"Alah jom lah. Dah lama tak tengok muka kau.Rindu la. Asyik dengar suara je. Jom la," desak Zain dengan suara manjanya, makin rimas pula dengan perbuatan dia. Pertama kali bermanja dengan aku. Ada muslihat kah? Aku mengiyakan sahaja. Kedengaran Zain gembira apabila mendengar kata putusku.

Setelah tamat perbualan, aku lantas bersiap. Jeans dengan baju putih, di sertakan dengan sweater. Mungkin sejuk malam ni, fikirku. Aku mencapai kunci kereta dan menutup semua suis. Gelap! Aku kunci pintu dan grill, tiba-tiba terdengar deruan kereta di hadapan rumahku. Zain! Aku terkejut dengan kehadirannya, macam mana pula dia mengetahui aku keluar pada masa ni. Tahu-tahu pula. Aku meluru ke arah keretanya, Zain melemparkan senyuman. Menawan!

"Tahu-tahu je kan aku nak keluar. Ingatkan tunggu kat restoran," aku membuka pintu kereta dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Di lemparkan senyuman lagi. Zain hanya terus kan perjalanan.

"Ingat tak hari tu? Kau cakap dengan aku 'you like me' kenapa?," soal Zain tiba-tiba. Aku pula tersentak mendengarnya.
"Tak adalah kita kan semakin rapat. Aku ingat tak nak bercinta lagi buat masa sekarang ni," jawabku acuh tak acuh sahaja. Lega! Zain ketawa seketika. Aku menjeling ke arahnya.
"Cinta? Jangan risau. Kenapa kau nak enjoy dulu ke? Kau tu umur dah 26, kalau dulu dah dikategorikan andartu tau," ujar Zain memerliku. Andartu? Aku apa peduli, tak kisah dengan kata-kata orang ramai.
"Kau ni cantik orang nya, tinggi pula tu. Tak kan tak ada orang minat kot. Tapi aku tak pernah tgk kau pakai ladies, skirt? haha..lagi la tak pernah. Pendek kata, semua pakain kau agak longgar-longgar je," bebel Zain. Apa hal dengan dia ni membebel pula? bisik hati kecil ku. Pening aku mendengarnya.

SAMPAI! Restoran apa ni? lampu malap, agak romantik tempatnya, seperti ada muslihat. Aku sudah 'bau' petanda buruk. Tiba-tiba zain menarik lenganku dan dipimpinnya. Erat! Sukar untuk dilepaskan.

" Saya ada buat tempahan ye untuk 2 orang. Saya Zain Daniel Zain Bakhri," ujar zain pada penyambut tetamu itu. Tempahan? Aku hanya menundukkan kepala sehaja. Rasanya tidak layak aku memasuki restoran semewah ini. Aku dibawanya ke meja yang telah ditempah itu.

Zain memanggil waiter dan membuat pesanan. Buntang mataku melihat harga makanan itu. Telan air liur sebentar. Aku hanya memesan spagethi dan air buah sahaja. Kami membisu. Mataku meliar melihat suasana restoran itu. Dengan pakaian aku mcm ni? adoi...aku bermonolog. Zain? Tampan dan segak, baju lengan panjang seperti dikait begitu padan dengan tubuhnya yang tegap. Selalunya pakaiannya terlalu casual tetapi hari ni berlainan. Rambut juga berubah.

Beberapa minit makanan telah dihidangkan. Aku hanya membuat apa yang patut. Mengambil sudu dan garfu lalu menguis makanan itu. Zain pula tidak menjamah makanan itu, tetapi hanya memandang tepat pada wajahku. Aku agak kekok sedikit.

"What wrong? Anything on my face?," soalanku tidak dijawab. Memang betul tekaanku, sesuatu buruk mungkin berlaku.
"One word only can describe from yor face. Cute!," ujarnya sambil tersenyum manis. Aku mengangkat kening. Pelik. Aku dipuji. Makanan tadi cepat-cepat aku habiskan. Ingin lari dari sini rasanya. Rimas! Jari-jemariku disentuh lembut. Aku mengelak.

"Kau nak apa?," ujarku tegas.
"I love you," kata-katanya itu membuat aku terkejut. Buang tebiat agaknya.
"What wrong with you, Zain? Jangan mimpi la," aku mengundur diri secepat mungkin. Aku melarikan diri darinya. Zain pula mengejarku.
"Sir..," kedengaran waiter itu memanggil Zain dengan kuat. Zain mengeluh panjang. Zain menghulurkan wang dan tidak mengambil bakinya.

Hujan lebat diluar. Aahh..kenapa aku tidak menyedarinya? mana hendak berteduh? Aku terlihat bus stop tidak jauh dariku. Berlari-lari anak aku pergi ke bus stop itu. Sejuk! terketar-ketar aku dibuatnya. Tiba-tiba satu tangan emegang erat bahuku. Aku terkejut. Zain!

"Please beri i peluang," rayu Zain.
"Sorry, aku tak boleh terima buat masa ni," aku tidak memandang wajahnya.
"Why? i tak akan mecewa kan you," ahhh..sejak bila pula Zain membahasakan I you ni. Geli pula aku mendengarnya. Meluat!
"Aku tak bersedia," aku melarikan diri. Lenganku dicapai. Erat! Aku mengeluh panjang. Aku merenungnya tajam. Zain membalas. Bagitu lama pandangan kami bertaut. Wajahnya? ahhh...mengade sahaja..bisik hati kecil ku. Bagaimana aku hendak membalas cintanya. Aku pun tak bersedia. Perbuatan Zain betul-betul memeranjatkan ku, melutut di depan ku. Ahhh...berani sungguh!


Couple.


"girl and boy should be coupled,
when they need each other,
love each other....
because between our finger
have a space for love,
space for our partner to....
hold your hand tightly"



Thursday, July 23, 2009

Indahnya Hari...


Indahnya hari kalau...
Dapat bangun dari tidur setiap pagi dengan rasa syukur
sebab hidup lagi untuk menjalani kehidupan..

Indahnya hari kalau...
Setiap pagi dapat dengar suara orang yg t'syg...

Indahnya hari kalau...
Setiap pagi ada orang sediakan breakfast untuk kite..

Indahnya hari kalau...
Setiap kerja yang dijalankan dengan lancar tanpa kesalahan...

Indahnya hari kalau...
Bila dah habis kelas atau kerja
dijemput oleh orang yang tersayang...

Indahnya hari kalau...
dapat makan tengah hari bersama2
orang yang tersayang...

Indahnya hari kalau...
sedang melayari internet dimana2
orang tersayang datang dengan secara tiba2...

Indahnya hari kalau...
orang tersayang secara tiba2
bagi coklat atau bunga (bunga orkid=saya suke)

Indahnya hari kalau...
orang yang tersayang boleh faham keadaan kite
tak kire la kite dalam keadaan period atau tidak....

Indahnya hari kalau...
orang yang tersayang
tak pernah meninggi kan suara kat kite...

Indahnya hari kalau...
setiap hari kita lalui tu
indah2 belaka...

*haish..takdek ape yang indah kat dunia ni..
melainkan kita yang mengindahkannya..*
SHINE YOUR DAY WITH YOUR HAPPINESS



Bab 12.

"Macam mana ni bang. Dah dapat tahu siapa yang mencuri tu?," ibu masih bimbang tentang kecurian dokumen tanah itu.

"Entahlah, Yana cakap dia nak selesaikan problem ni. Abang pun tak tahu nak buat macam mana sekarang," abah berputus asa. Jarang sekali abah begini, selalunya abah lah orang pertama yang ingin menyelesaikan masalah. Kini abah berubah dan kami hanya berserah.

Ibu tiriku muncul secara tiba-tiba. Bergaya. Duduk bersebelahan dengan abah. Ibu melemparkan senyuman manis tetapi dibalas dengan jelingan tajam. Kesian ibu.

"Bang malam ni tidur rumah Nurul ye," ujar ibu tiriku dengan manja. Diusap-usap rambut abah. Abah hanya membiarkan sahaja. Ibu rasa tidak selesa dengan kelakuan ibu tiriku itu. Ekoran matanya asik meliar melihat kelakuan mereka.

"Kan dah lama abang tidur rumah Nurul," ujar ibu dengan perlahan. Ibu hanya menundukkan kepala. Ibu direnung dengan tajam, seperti hendak menerkam mangsa sahaja.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Suka hati aku la nak suruh suami aku tidur mana pun," tengking ibu tiriku tanpa belas kasihan. Ibu tersentak dan menunduk.

"Dah la tu Nurul," bela abah pula.
"Ei..sejak bile abang bela dia ni? Selama ni abang hanya berpihak kepada Nurul je. Abang tidur rumah Nurul malam ni juga. Malam ni tengok la Nurul buat show. Dah lama abang tak datang," bebel ibu tiriku sambil mengusap-ngusap dada abah.

"Dah seminggu abang tidur rumah Nurul," ibu masih menundukkan kepala. Takut dikatakan kurang hajar.

"Oii..kau ni kenapa? Baru hari ni merayu hah," ibu tiriku menghenrak meja. Gayanya seperti hendak memarahi ibu. Bercekak pinggang. Renungannya tidak mampu di balas oleh ibu.

"Saya sunyi bang," rayu ibu. Air mata ibu hampir mengalir dipipinya tetapi dapat diseka dengan hujung jarinya. Ibu tiriku senyum meleret apabila mendegar rayuan ibu itu. Ibu tiriku menarik lengan abah. Abah hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur.
Ibu sempat menarik tangan kiri abah. Ibu tiriku merenung tajam ke arah wajah ibu yang sayu itu. Ibu tiriku menolak ibu dengan kasar, tetapi sempat dihalang oleh abah.

"Abang kenapa ni?," ibu tiriku merajuk pula, wajahnya seperti tapir apabila dimuncungkan mulutnya itu.

"Oi perempuan kau jangan kurang ajar ye. Selama ni aku senyap. Tapi hari ni aku tak tahan dah dengan perangai kau macam bohsia. Menyanyi sana sini, pakaian pun macam tak cukup kain. Tak boleh ke seorang isterimeminta sesuatu dari suaminya. Kau kene ingat aku ni isteri pertama dia, lagi pun tanpa dia kau tak kan terkenal la macam sekarang," tengking ibu secara tiba-tiba. Diluahkan perasaannya.Puas! Ibu tiriku dengan abah terkejut dengan kelakuan ibuku. Begitu juga dengan abang mukhriz yang muncul secara tiba-tiba di muka pintu.

Di sangkakan ibu pendiam tetapi sekarang abah mulai sedar dengan kelakuan ibu yang berani menengking ibu tiriku. Abang Mukhriz hanya memerhati dari luar.

"Celaka kau, kau cakap aku bohsia," ringan sahaja tangannya untuk menampar ibu, tetapi tidak sempat. Abang Muhkriz sempat menepis tangan ibu tiriku itu. Lalu abang Muhkriz menampar ibu tiriku tanpa berfikir panjang.

"Kau memang bohsia pun! Siapa lelaki yang kau jumpa, masa aku ada hari tu? Baik kau terus terang," Abang muhkriz menengking ibu tiriku. Kedatangan Aang Muhkriz memeranjatkan semua orang yang berada di ruang tamu itu. Tergagap-gagap ibu tiriku untuk menyatakan kebenaran. Abah terduduk dan muka abah merah padam akibat terlalu malu dengan perbuatan isteri keduanya.



Searching.