"Oh, heroin sudah sampai, mari sini selamatkan bapak kau," ujar penjahat itu.
"Abah, apa abah buat ni sampaikan dia orang yang masuk penjara. Abah ada buat salah ke?," ujarku terus-terang. Begitu lama aku menanti jawapan dari abah. Sunyi.
"Sebenarnya panjang cerita nya," tiba-tiba kedengaran suara lain menyampuk, tersentak aku, abah Zain! tetapi di manakah Zain?
"Apa ceritanya?," aku meninggikan suara. Elok rasanya, semua yang terlibat ada disini. Bapa Zain terus menceritakan cerita sebenar. Abah telah membolot harta mereka semua. Semuanya abah yang memulakan dulu, hanya kerana mata duitan. Semua geran tanah milik mereka, abah yang rompak dan abah pernah membunuh salah seorang daripada mereka, tetapi abah terselamat mereka pula di persalahkan dan telah didakwa serta masuk penjara. Jadi, semuanya datang dan sepakat untuk mengenakan abah kembali.
"Kenapa pula hari ni Uncle nak berterus-terang? Bukan esok atau hari lain-lain," aku menduga bapa Zain.
"Sebab aku nak hutang aku la bodoh. Geran tanah, aku dan kawan-kawan aku semua dah ambil balik secara rompakan, sekarang aku nak duit yang abah kau bawak lari tu," kini aku faham. Abah memberi duit saku bulanan ku dengan duit haram. Hasil kegiatan haramnya. Aku merenung tajam ke arah abah yang terduduk diam di sofa itu. Abah hanya menunduk. Malu agaknya.
"Hoi!!," gertak abah Zain. Kami semua tersentak. Aku melihat sekeliling semuanya lengkap bersenjata. Mahu menelefon polis, semuanya sudah terlambat. Kalau aku tahu, aku telefon dari awal lagi. Lagi pun ibu tak mahu abah masuk ke penjara. Ahh..ibu kenapa la terlalu lembut hatinya.
"Berapa?," ujarku dengan tegas dan merenung tepat ke arah bapa Zain.
"One million," aku tersentak. Satu juta! Begitu banyak sekali.
"Banyakkan? kalau tidak macam mana abah kau boleh kaya," ujarnya sambil mengeluh. Tiba-tiba abah Zain mengacu pistol di kepala abah. Aku, ibu dan abang Mukhriz cemas. Mandi peluh kami pada malam itu. Abah hanya memerintahku untuk mengambil cek di dalam biliknya.
Bergigil-gigil aku untuk menulis angka yang perlu dibayar. Kemudian cek itu aku berikan pada bapa Zain.
Aku melihat yang lain hanya menurut saja. Mungkin bapa Zain la dalang semua ni. Begitulah penyelesaiannya, tidak sangka begitu mudah. Geran tanah di ambil semula, yang tinggal cuma urusan jual beli secara halal. Tiada hutang. Malam yang penuh debaran.
"Selesai," aku menggungkap kata-kata itu dengan berani dan menghulurkan tangan ku untuk berjabat tangan. Bapa Zain hanya memerhati dan menyambut tanganku.
"Jangan ganggu hidup keluarga aku lagi," ujarku dengan tegas. Bapa Zain hanya mengangguk dan tersenyum sinis. Aku berfikir sejenak, mungkin kah mereka akan menganggu keluargaku? Selepas ini mungkin aku akan lapor pada polis kalau ada apa-apa berlaku.
Mereka semua hilang dari pandangan. Masalah rompakan ini selesai dengan secara serentak, sengaja untuk menimbulkan huru-hara supaya kami sekeluarga berpecah-belah. Kami sekeluarga hanya menghela nafas panjang, tetapi aku masih tidak berpuas hati dengan duit haram pemberian abah!










No comments:
Post a Comment