"Boleh tahan juga ye," Syuhada membisik ke telinga ku. Andrian datang dengan senyuman manisnya. Lama mata kami bertaut. Rasa rindu terbit di hati ini.
"Kenalkan ni kawan saya, Syuhada, yang saya selalu cerita kat awak tu," aku memperkenalkan diri mereka. Mereka berdua berjabat tangan. Bagasi Andrian di masukkan ke dalam bonet kereta. Padat! Andrian menawarkan dirinya untuk memandu kereta baruku. Raut wajahnya sungguh gembira.
"Macam mana, gembira ke kat situ?Entah-entah dah ada yang lain kot," aku merenung wajahnya.
"Alah, kalau dah kerja tu, sibuk memanjang je lah. Hati saya ni tetap pada yang satu, tau!," Andrian mencuit daguku. Syuhada hanya tersenyum kecil melihat gelagat kami berdua.
Kami bertiga singgah di restoran makanan. Burger King! Pertama kali Andrian membawa ku makan di sini. Kami memilih tempat yang agak tersembunyi. Tiba-tiba mataku tertumpu pada seseorang. Zain! perasaan bimbang menyelinap ke dalam diriku. Keseorangan. Straw minuman itu diturun naik kan ke dalam bekas minuman. Raut wajahnya sukar diramal lagi. Sudah lama tidak ku dengar berita tentangnya.
Adriana! aku tersentak apabila disergah oleh Syuhada.
"Nak makan apa?," ujarnya.
"Apa-apa je lah," nada suaraku lemah.
Syuhada terus ke kaunter untuk memesan makanan diikuti dengan Andrian. Andrian dengan Syuhada begitu mesra. Syuhada memang peramah orangnya, denagn sesiapa sahaja begitu cepat mesra. Aku kembali merenung ke arah Zain. Apakah masalahnya? Kesunyiankah dia? Adakah masih menunggu cinta dibalas?
Maaf Zain. Aku tidak mampu. Perangaimu sahaja yang tidak menarik minatku. Aku tidak sanggup mempunyai kekasih yang penting kepada kemewahan dan mempunyai sikap panas baran. Maafkan aku Zain.
Tiba-tiba seorang perempuan tua menghampirinya. Ibu! Apa ibu buat dengan Zain? Berurusan apa Ibu dengan Zain? Lantas aku menuju ke arah mereka.
"Ibu, apa ibu buat kat sini? Kenapa tak tunggu Yana kat rumah? Apa ibu buat dengan budak berhingus ni?," soalan demi soalan ku luahkan dengan pantas, terlalu terkejut agaknya dengan kehadiran ibu.
"Yana, apa Yana buat kat sini? Maafkan ibu, Zain yang bawa ibu ke sini sebab nak bincang pasal Yana," kata-kata ibu membuatkan ku terkedu.
"Pasal Yana?," mataku terkelip-kelip seperti tidak percaya. Ibu mula menceritakan segalanya. Zain pula hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata ibu. Aku seperti tidak percaya dengan cerita ibu. Aku beredar dari situ secepat mungkin.
Andrian dengan Syuhada berlari-lari anak mendapatkan aku. Aku membuka pintu kereta. Syuhada memujuk-mujukku begitu juga dengan Andrian. Hanya melepaskan keluhan!










No comments:
Post a Comment