I just say it, what i've think it

Sunday, August 9, 2009

Bab 21.

Kami berempat membisu, segala perbuatan abah terbongkar begitu sahaja. Ibu bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat semalam. Sunyi! Kuih yang berada di hadapan kami, langsung tidak dijamah.

"Sanggup abah bagi Yana duit haram," ujarku dengan nada suara yang lemah, malas untuk bertentang mata dengan abah.
"Nak buat macam mana, tanpa duit abah nak sara korang dengan apa? dengan daun?," ujar abah dengan tegas.
"Kami tak perlukan duit berjuta-juta, kita cuma perlukan kerjasama untuk majukan perniagaan abah tu," aku cuba untuk menyedarkan abah, tetapi abah tetap dengan pendiriannya. Sibuk dengan kemewahan.
"Kalau tanpa duit tu, perniagaan abah mungkin akan merosot," abah menjeling tajam ke arah ku.
"Tak kan tak ada cara lain, selain merompak, merampas duit orang. Abah ni mata duitan lah. Sedar sikit dulu abah bukannya mampu sangat, cuma harapkan pusaka nenek dengan tanah 1 ekar je. Abah pula jual semua tu, tanpa paklong juga abah tak akan kaya tahu," tengking abang Mukhriz pula. Ringan sahaja tangan abah menampar pipi abang Mukhriz. Abang Mukhriz mengusik pipinya, kebas!

"Kau ingat kau tu pun baik sangat. Kau tu ada hubungan sulit dengan anak nelayan. Jatuh maruah abah tahu tak," abah meninggikan suaranya. Terkedu abang Mukhriz sebentar, ibu pula tersentak mendengarnya. Ibu mendekati abang Mukhriz.

"Mukhriz, betul ke apa yang abah cakap tu?," ibu merenung mata abang Mukhriz. Abang Mukhriz hanya mengangguk perlahan. Aku hairan bagaimana pula abah tahu tentang hubungan mereka, mungkin pernah ternampak, fikirku.

"Kalau gatal sangat kenapa dengan anak nelayan?? Kenapa tak cari sama taraf dengan kita?," ujar ibu dengan lembut.
"Ibu, dia tu baik. Dia tak kikis duit Mukhriz," ujar abang Mukhriz dengan lemah. Abah pula masih merenung tajam ke arahnya.
"Entah-entah dah dapat anak luar nikah. Kau tu ada duit ke sampai dia nak kikis, duit tu pun duit haram abah juga, jangan berlagak sangat," abah berpeluk tubuh. Keadaan semakin tegang. Masing-masing melayan perasaan. Aku cuba untuk mendamaikan.

"Abah dah la tu, duit bukan segala-galanya, kita berdamai," aku memegang erat lengan abah. Abah menepis dengan kasar. Aku tercampak ke atas sofa.
"Berdamai? Siapa yang nak bermenantukan anak nelayan? Kau pun sama. Belajar pandai, tapi pilih kerja yang tak berfaedah je. Gaji sikit, duduk rumah sewa pula tu. Elok-elok ada rumah besar ni, rumah kecik tu juga kau pilih. Disuruh kerja dengan abah, ditolak mentah-mentah," tengking abah. Aku hanya tertunduk lemah.

"Abang dah la tu," ibu cuba memujuk abah.
"Dapat anak ramai, tapi sorang pun tak nak waris perniagaan abah. Perangai semua tak senonoh. Nanti orang cakap abah tak pandai jaga anak sendiri. Abah tak nak mengaku korang anak abah lagi!," aku dengan abang Mukhriz tersentak mendengar kata-kata itu.

"Abang, apa abang cakap ni?," ibu cuba membela aku dengan abang Mukhriz. Abah tetap dengan pendiriannya untuk menghalau aku dengan abang Mukhriz. Abah menghalau kami berdua dengan alasan yang tidak munasabah. Abah memang memandang rendah pada orang yang berpangkat rendah, miskin dari nya. Dendam aku pada abah, sentiasa di hati ini.

Ingin sahaja aku membalas dendam, tetapiaku hanya anaknya sahaja. Berdosa jika derhaka pada bapa sendiri. Macam mana hendak menyedarkan abah lagi. Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Abah memang gila harta.



No comments:

Searching.