I just say it, what i've think it

Wednesday, August 19, 2009

Bab 25.

Gelak tawa abang Johari dengan kak Waheeda sungguh mesra. Bulan lapan tahun ni mungkin perkahwinan mereka akan berlangsung. Aku dan Syuhada berbual mesra, sudah lama tidak berjumpa lah katakan.

Keindahan pantai Pulau Pangkor semakin terserlah. Sejuk mata ini memandang. Di hadapanku terdapat sepasang kekasih berpelukan, tidak malukah mereka di khalayak orang ramai berbuat begitu. Anak remaja sekarang adab sopan semakin kurang. Tetapi mereka sungguh romantik, alangkah baiknya jika aku seperti mereka. Cinta terbalas juga akhirnya.

Sejak sekolah menengah lagi aku mengharapkan cinta terbalas, tetapi sebaliknya disindir dan dihina oleh lelaki yang aku minati itu. Huh, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada masa itu. Malu! Sungguh malu! Jatuh maruahku. Mungkinkah kejadian itu, membuatkan aku tidak mahu bercinta lagi? Aku keliru.

"Syuhada bila kau nak kahwin?," soalku tiba-tiba. Reaksi Syuhada pada masa itu terkejut dan hairan barangkali.
"Entah lah Ed, aku tak tahu. Aku rasa nak ikut kau lah. Kahwin dulu baru bercinta. Aku rasa cinta boleh dipupuk lepas berkahwin kan," aku ketawa tiba-tiba. Aku rasa sungguh lucu apabila Syuhada yang berkata-kata begitu. Tidak mungkin Syuhada akan mengikut kata-kataku. Syuhada tetap dengan pendiriannya, jika hitam hitamlah katanya. Jika putih, putih lah katanya.

"Kau biar betul. Selalunya kau anggap usia macam kita, tak layak untuk berkahwin. Apa kata kau, dah mandul kot," ujarku berseloroh.
"Bukan kau sendiri ke cakap nak kahwin lebih awal dari aku. So bila kau nak kahwin, nak tunggu tua nanti ke? Hurmm...bukan kau cakap kau ada bercinta dengan mat saleh ke masa kau kat Australia dulu, betul ke?," berkerut dahiku untuk menanti jawapan darinya. Selalunya khabar angin, mana betul. Lama menanti Syuhada berfikir. Akhirnya berkata-kata juga.

" Betul lah tu. Tapi mat salih tetap mat salih. I hate him so much, susah betul nak ubah dia tu. Harapan aku nak ubah cara hidup dia punah Ed. Aku gagal. Kalau boleh aku kahwin dengan dia, bila dia dah peluk agama islam. Tapi....," Syuhada menunduk lemah. Sedih. Raut wajahnya sungguh sedih. Harapan untuk mengubah cara hidup orang asing memang sukar. Aku mengeluh panjang.

Fikiranku melayang jauh. Tiba-tiba ku teringat kan Andrian. Andrian kini berada di Korea. Ada kerja katanya. Rinduku terhadap Andrian semakin mendalam. Wajahnya yang seakan-akan pelakon korea itu, membuatkan ku sering mengingatinya.

Kami bergembira di Pulau Pangkor ini. Selama seminggu kami berada di sana. Kenangan manis sentiasa dihati ini, kenangan pahit pula sentiasa dibekukan, sentiasa berlegar-legar di ruangan minda ini untuk mempelajari dari kenangan pahit itu.



No comments:

Searching.