I just say it, what i've think it

Thursday, August 27, 2009

Bab 28.

Komputer riba di hadapanku, kutatap dengan teliti. Aku hanya mengeluh panjang sejak dari tadi sehingga lah sekarang. Perniagaan di saloon ku semakin maju. Itu sahajalah kerja untukku mendapatkan pendapatan.

Aku mengeluh lagi. Aku tidak sangka ibu menerima Zain sebagai bakal tunang aku. Itu pun menyebabkan tawaran hantarannya yang boleh dikatakan hebat. Andrian bagaimana?? Di mana pula aku nak campaknya??

Abang Johari pula kelihatan sugul setiap hari, mungkin tidak dapat menerima kenyataan kak Waheeda sudah meninggal dunia. Argghhh..apa pula akan jadi tahun ni. Sudah berbulan-bulan aku terperap di rumah. Bosan! Ragu-ragu aku dibuatnya.

"Assalamualaikum..," seserang berada di luar rumahku. Mengetuk pintu bertalu-talu. Aku melangkah laju dan pintu dikuak. Lemah badanku apabila melihat seorang pemuda tercegat di depan rumahku.

"Kau nak apa? Nak menyusahkan hidup aku lagi ke?," ujarku dengan garang sambil berpeluk tubuh.
"Kau dah terima pinangan tu, atau kau nak fikir dulu. Aku sedia menunggu," meluat sungguh aku melihat riak muka Zain yang tersenyum sinis itu, sengaja menyakitkan hati aku.
"Zain please. Aku merayu pada kau, jangan lah ganggu aku dengan keluarga aku. Aku tak tahan tahu tak, sekarang ibu aku telah terima kau sebagai bakal tunang aku. Dan aku tak nak okay!," aku membantah keras. Reaksi muka Zain tidak berubah masih lagi tersenyum sinis.

" Ed, kenapa kau degil sangat? Susah sangat ke nak cairkan hati kau yang keras tu. Dari dulu lagi aku mencuba dan terus mencuba, tapi aku gagal. Kenapa? Ryan ke yang berjaya mencuri dan mencairkan hati kau tu?," aku terkedu seketika. Kenapa mesti libatkan Andrian. Aku merenung matanya. Cuba meneka apa yang tersirat di dalam fikirannya.

Adakah cuba merampas aku daripada Andrian?

"Ed, Please, i love you so much and i miss you always. Kenapa kau tak nak terima aku? Bukan kau sorang je menderita, aku pun. Sejak mama aku meninggal dunia, aku rasa..aku rasa aku hilang tempat perlindungan. Kalau nak harapkan ayah aku, jangan harap lah. Sibuk dengan business setiap hari," Zain emluahkan segalanya. Aku tidak sangka pertama kali Zain menitiskan air matanya.

"Zain kau berlakon ke?," aku menduganya.
"Mana ada," ujarnya tegas dan pantas memalingkan mukanya kepadaku. Pantas juga tangannya memaut badanku. Air matanya mula membasahi bajuku. Aku masih meragui sikapnya yang sentiasa berubah.
"Aku cuma nak kasih sayang dari seorang perempuan, Ed. Tolong aku, tolong terima aku, tolong kahwin dengan aku. Terima lah aku seadanya," esakan Zain semakin kuat. Cara Zain memelukku sungguh erat dan...ahhh...

Aku meronta untuk cuba melepaskan diri, tetapi gagal. Rimas! Tidak pernah aku dipeluk sebegini, apalagi dengan arwah abah.

"Zain, tolong lepaskan aku boleh tak. I can't breath," badannya yang tegap dan besar itu menyusahkan aku untuk bernafas. Akhirnya Zain melepaskan diri aku.
"Zain, listen. I can't accept you, Syuhada kan ada," ujarku dengan tenang.
"Tak nak!," Zain berkelakuan seperti keanak-anakkan. Menghentakkan kakinya dengan sekuat hati.
"Am I, disturb you guys?," Syuhada tiba-tiba muncul dihadapan kamu berdua. Aku dan Zain tersentak dengan kehadiran Syuhada. Keadaan pada masa itu sangat tegang. Kami berpandangan antara satu sama lain. Syuhada melebarkan senyumannya. Terangkat keningku sebentar, pelik. Syuhada seperti gembira melihat kami berdua dan seperti tiada perasaan cemburu terbit di hatinya. Kelihatan dia menarik nafas dengan panjang dan melangkah terus masuk ke dalam rumahku.

Aku terus menutup pintu, tanpa memandang ke arah Zain. Mungkin Zain terkejut dengan perbuatanku.

"Hari ni hari kau, Ed. Lain hari untuk aku pula," Zain menjerit dari luar dan kedengaran tapak kakinya melankah pergi. Syuhada memerhatiku yang tercegat di depan pintu sehingga aku duduk bersebelahan dengannya.

"Ibu kau menolak pinangan Zain. Aku rasa itu lah tujuan Zain datang agaknya. Dia nak beritahu hal sebenar," ujarnya dengan tenang sambil memegang tanganku.
"Really? tapi tadi dia tak macam nak bagi tahu hal sebenar pun," aku terkejut dan termenung sebentar. Alhamdulillah ibu tolak pinangannya, syukur! Tapi tadi, Zain seperti tidak mahu melepaskan aku. Ahhh...sudah lepas, malas mahu memikirkan dia. Andrian! Hanya dia di ingatan ku kali ini.

Syuhada memberitahuku, ibu mahu mempercepatkan pertunanganku dengan Andrian. Tidak mahu orang mengata kata ibu. Syuhada mula menceritakan segalanya. Ibu yang merancang segalanya. Terima kasih bu!




Monday, August 24, 2009

Bab 27.

Mataku meliar mencari kelibat Andrian. Akhirnya Andrian muncul juga dari jauh sambil melambai tangan ke arahku. Syuhada pula menjeling manja dan menyiku lenganku.

"Boleh tahan juga ye," Syuhada membisik ke telinga ku. Andrian datang dengan senyuman manisnya. Lama mata kami bertaut. Rasa rindu terbit di hati ini.
"Kenalkan ni kawan saya, Syuhada, yang saya selalu cerita kat awak tu," aku memperkenalkan diri mereka. Mereka berdua berjabat tangan. Bagasi Andrian di masukkan ke dalam bonet kereta. Padat! Andrian menawarkan dirinya untuk memandu kereta baruku. Raut wajahnya sungguh gembira.

"Macam mana, gembira ke kat situ?Entah-entah dah ada yang lain kot," aku merenung wajahnya.
"Alah, kalau dah kerja tu, sibuk memanjang je lah. Hati saya ni tetap pada yang satu, tau!," Andrian mencuit daguku. Syuhada hanya tersenyum kecil melihat gelagat kami berdua.

Kami bertiga singgah di restoran makanan. Burger King! Pertama kali Andrian membawa ku makan di sini. Kami memilih tempat yang agak tersembunyi. Tiba-tiba mataku tertumpu pada seseorang. Zain! perasaan bimbang menyelinap ke dalam diriku. Keseorangan. Straw minuman itu diturun naik kan ke dalam bekas minuman. Raut wajahnya sukar diramal lagi. Sudah lama tidak ku dengar berita tentangnya.

Adriana! aku tersentak apabila disergah oleh Syuhada.
"Nak makan apa?," ujarnya.
"Apa-apa je lah," nada suaraku lemah.

Syuhada terus ke kaunter untuk memesan makanan diikuti dengan Andrian. Andrian dengan Syuhada begitu mesra. Syuhada memang peramah orangnya, denagn sesiapa sahaja begitu cepat mesra. Aku kembali merenung ke arah Zain. Apakah masalahnya? Kesunyiankah dia? Adakah masih menunggu cinta dibalas?

Maaf Zain. Aku tidak mampu. Perangaimu sahaja yang tidak menarik minatku. Aku tidak sanggup mempunyai kekasih yang penting kepada kemewahan dan mempunyai sikap panas baran. Maafkan aku Zain.

Tiba-tiba seorang perempuan tua menghampirinya. Ibu! Apa ibu buat dengan Zain? Berurusan apa Ibu dengan Zain? Lantas aku menuju ke arah mereka.

"Ibu, apa ibu buat kat sini? Kenapa tak tunggu Yana kat rumah? Apa ibu buat dengan budak berhingus ni?," soalan demi soalan ku luahkan dengan pantas, terlalu terkejut agaknya dengan kehadiran ibu.

"Yana, apa Yana buat kat sini? Maafkan ibu, Zain yang bawa ibu ke sini sebab nak bincang pasal Yana," kata-kata ibu membuatkan ku terkedu.
"Pasal Yana?," mataku terkelip-kelip seperti tidak percaya. Ibu mula menceritakan segalanya. Zain pula hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata ibu. Aku seperti tidak percaya dengan cerita ibu. Aku beredar dari situ secepat mungkin.

Andrian dengan Syuhada berlari-lari anak mendapatkan aku. Aku membuka pintu kereta. Syuhada memujuk-mujukku begitu juga dengan Andrian. Hanya melepaskan keluhan!



Sunday, August 23, 2009

Bab 26.

"Yana, ibu rasa kau terlalu rapat dengan Andrian. Apa jadi dengan Zain? Dia tak cemburu ke Yana dengan Andrian?," soal ibu dengan tenang. Ibu melipat bajuku yang sudah diangkat dari ampaian.
"Alaha ibu ni. Sudah, sudah lah tu. Asyik cakap pasal dia orang je, cerita pasal lain lah pulak. Boleh tak?," nada suaraku agak lantang. Gembira barangkali, tetapi riak muka ibu berubah secara tiba-tiba. Mukaku tidak ditatap lagi. Kenapa agaknya?
"Ibu nak cucu je. Abang Mukhriz kau tu, mungkin dapat anak luar nikah agaknya," pantas ibu meluahkan kata-kata itu. Aku tersentak.
"Ibu dia orang kahwin lari je, tak mungkin dapat anak luar nikah. Mungkin sah. Ibu kalau bencikan abang mukhriz pun, jangan bencikan cucu ibu tu. Cucu ibu tu tak bersalah, dia tak tahu apa-apa pun. Kalau anak luar nikah, Yana sanggup jaga," ibu pantas memalingkan mukanya ke arah ku. Mungkin terkejut dengar kata-kataku yang diluahkan sekejap tadi.
"Jaga?," hanya sepatah sahaja yang mampu ibu luahkan. Aku mengangguk laju. Berkerut dahi ibu melihat reaksi ku.

Keadaan sunyi seketika. Bagaimanakah keadaan abang Mukhriz ketika ini? Tentu susah, lebih-lebih lagi dari segi kewangan. Tiba-tiba aku dan ibuku terdengar suara perempuan menjerit. Di manakah agaknya datangnya suara itu? Sungguh lantang.

Aku menjenguk di beranda. Berlaku kemalangan. Kereta wira warna hijau seperti pernah ku lihat. Perasaan syakwasangka mula timbul di hati ini. Aku dan ibu terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya.

Orang ramai berkerumun mengelilingi kejadian tersebut. Susah untukku melihat kejadian itu. Aku berasak-asak untuk melihat dengan jelas. Aku terlopong sebentar melihat kejadain itu. Abang Johari menangis teresak-esak kerana kak Waheeda dilanggar kereta abang Mukhriz!!

AkakWaheeda segera dikejarkan ke hospital. Berlari-lari anak abang Johari mengekori katil beroda itu. Bimbang agaknya. Ibu menarik lengan abang Mukhriz, pergi jauh dari kami. Berperang mulut agaknya. Aku duduk keseorangan. Abang Johari muncul di depan mataku. Merah matanya. Abang Johari duduk bersebelahan denganku dan memelukku. Kesian aku melihatnya.

Sekarang kami bertawakal agar keadaan kak Waheeda selamat. Kira-kira satu jam tiada sebarang berita kami dengar tentang kak Waheeda. Ibu dan abang Mukhriz juga tidak muncul-muncul lagi. Kemanakah mereka pergi agaknya? Fikiranku melayang.




Wednesday, August 19, 2009

Bab 25.

Gelak tawa abang Johari dengan kak Waheeda sungguh mesra. Bulan lapan tahun ni mungkin perkahwinan mereka akan berlangsung. Aku dan Syuhada berbual mesra, sudah lama tidak berjumpa lah katakan.

Keindahan pantai Pulau Pangkor semakin terserlah. Sejuk mata ini memandang. Di hadapanku terdapat sepasang kekasih berpelukan, tidak malukah mereka di khalayak orang ramai berbuat begitu. Anak remaja sekarang adab sopan semakin kurang. Tetapi mereka sungguh romantik, alangkah baiknya jika aku seperti mereka. Cinta terbalas juga akhirnya.

Sejak sekolah menengah lagi aku mengharapkan cinta terbalas, tetapi sebaliknya disindir dan dihina oleh lelaki yang aku minati itu. Huh, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada masa itu. Malu! Sungguh malu! Jatuh maruahku. Mungkinkah kejadian itu, membuatkan aku tidak mahu bercinta lagi? Aku keliru.

"Syuhada bila kau nak kahwin?," soalku tiba-tiba. Reaksi Syuhada pada masa itu terkejut dan hairan barangkali.
"Entah lah Ed, aku tak tahu. Aku rasa nak ikut kau lah. Kahwin dulu baru bercinta. Aku rasa cinta boleh dipupuk lepas berkahwin kan," aku ketawa tiba-tiba. Aku rasa sungguh lucu apabila Syuhada yang berkata-kata begitu. Tidak mungkin Syuhada akan mengikut kata-kataku. Syuhada tetap dengan pendiriannya, jika hitam hitamlah katanya. Jika putih, putih lah katanya.

"Kau biar betul. Selalunya kau anggap usia macam kita, tak layak untuk berkahwin. Apa kata kau, dah mandul kot," ujarku berseloroh.
"Bukan kau sendiri ke cakap nak kahwin lebih awal dari aku. So bila kau nak kahwin, nak tunggu tua nanti ke? Hurmm...bukan kau cakap kau ada bercinta dengan mat saleh ke masa kau kat Australia dulu, betul ke?," berkerut dahiku untuk menanti jawapan darinya. Selalunya khabar angin, mana betul. Lama menanti Syuhada berfikir. Akhirnya berkata-kata juga.

" Betul lah tu. Tapi mat salih tetap mat salih. I hate him so much, susah betul nak ubah dia tu. Harapan aku nak ubah cara hidup dia punah Ed. Aku gagal. Kalau boleh aku kahwin dengan dia, bila dia dah peluk agama islam. Tapi....," Syuhada menunduk lemah. Sedih. Raut wajahnya sungguh sedih. Harapan untuk mengubah cara hidup orang asing memang sukar. Aku mengeluh panjang.

Fikiranku melayang jauh. Tiba-tiba ku teringat kan Andrian. Andrian kini berada di Korea. Ada kerja katanya. Rinduku terhadap Andrian semakin mendalam. Wajahnya yang seakan-akan pelakon korea itu, membuatkan ku sering mengingatinya.

Kami bergembira di Pulau Pangkor ini. Selama seminggu kami berada di sana. Kenangan manis sentiasa dihati ini, kenangan pahit pula sentiasa dibekukan, sentiasa berlegar-legar di ruangan minda ini untuk mempelajari dari kenangan pahit itu.



Saturday, August 15, 2009

Bab 24.

2 January 2003

"Yana apa kau menungkan ni?," abang Johari menghampiriku. Itu la peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Aku harapkan tahun ini tiada apa yang berlaku. Aku tidak mahu terseksa lagi seperti tahun lepas.

Jenazah abah selamat dikebumikan. Ibu? Kesian pada ibu. Begitu teruk wajah ibu. Tangan kananku teruk juga kerana cuba menghalang cecair aisd yang dicurah oleh ibu tiriku. Sungguh kejam. Air mataku berlinangan.

Ibu tirku cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh ibu. Mengapa sanggup mencurahkan asid ke wajah ibuku? Apa salah ibuku? Cuma mengharap kasih sayang seorang suami. Bukannya meminta bende yang harampun. Huh, begitu kejam!

Abang Johari mengusap rambutku, penuh dengan kasih sayang. Ibu muncul di muka pintu, aku mengukirkan senyuman.

"Ye, ibu ada apa-apa masalah ke?," aku merenung tepat pada wajah ibu. Air mataku mengalir tiba-tiba tetapi dapat diseka dengan hujung jariku. Aku memeluk ibu, sungguh erat.
"Yana okay kan. Kita pergi bercuti nak tak? Boleh release tension. Kesian ibu tengok Yana ni, pucat je," ibu mengusap anak rambutku. Senyumannya sentiasa terukir, terserlah kedutan dimukanya. Berat rasanya mulut ini untuk meluahkan sesuatu. Aku hanya mengangguk perlahan.

Aku memeluk ibu dengan erat sekali lagi. Rasanya tidak mahu dipisahkan walau sesiapa menghalang. Tiba-tiba esakanku semakin kuat.
"Sepatutnya ibu yang kasihan, ibu yang banyak menderita dari Yana. Muka ibu pula jadi macam ni. Anak-anak ibu pula semuanya mesti susah nak jagakan, dengan perangai masing-masing," abang Johari hanya memerhatikan gelagat kami berdua. Keadaan semakin sayu. Luahan hatiku sudah diluahkan. Lega rasanya. Abang Johari mengahmpiri kami dan memeluk erat.

Kini hanya tinggal kami bertiga sahaja. Abang Johari pula sudah bertunang dengan pilihan ibu. Kak Waheeda, cantik orangnya, anak orang berada. Ibu memang cerewet memilih menantunya, hanya pentingkan taraf hidup. Ibu bernasib baik, kerana abang Johari setuju dengan pilihannya.

Aku pula, sekarang ni sudah pun berumur 27 tahun. Ibu dengan abang Johari sentiasa mengejekku andartu. Keputusanku mungkin Andrian. Sederhana orangnya, gentleman dan tidak cepat melenting. Zain pula hanya dijadikan sebagai kawan sahaja. Mungkin kerana perwatakannya yang tidak menarik perhatianku.

Syuhada pula kian hilang jejaknya. Aku merinduinya sangat-sangat. Sejak dia dengan keluarganya ke oversea tahun lepas, aku tidak lagi mendengar kabar beritanya. Orangnya peramah, baik hati cuma kurang bernasib baik dalam hidupnya. Yang menjadi kehendaknya sukar untuk mencari, yang bukan kehendaknya sentiasa datang bersilih ganti.

"Assalamualaikum...," lantas aku memalingkan mukaku di muka pintu. Perasaanku pada masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Begitu gembira!



Thursday, August 13, 2009

Bab 23.

Sudah seminggu aku menetap di Kuala Lumpur. Aman dan tenang, tiada gangguan. Begini lah cara hidupku, tidak bergantung kepada sesiapa. Sejak kecil lagi ibu mengajarku cara berdikari, segala ajaran ibu aku turuti.

Aku keluar bersiar-siar melihat keadaan sekeliling. Terasa sudah lama terperap dalam rumah. Di taman permainan, kanak-kanak bergembira bersama rakan-rakannya, tiada masalah yang perlu difikirkan. Ibu dan bapa mereka hanya perhati dari jauh.

Aku duduk di atas bangku yang sudah sedia ada. Aku mengeluh panjang. Rompakan yang telah terjadi itu memberi iktibar kepadaku. Rompakan tidak akan berlaku tanpa sebab. Abah yang sengaja mencari pasal. Cerita tentang ibu tiriku langsung tidak kudengari lagi. Kemanakah agaknya?

Abang Mukhriz tetap akan mengahwini dengan Kak Diana pilihan hatinya. Cinta tidak boleh dipaksa, fikirku. Abang Johari pula tetap dengan pilihan ibu. Aku? Aku sahaja yang tiada pasangan. Aku cerewet, aku memang seorang yang cerewet. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nama Raihana tertera!

" Ed, tolong la. Pulang la Ed. Kami semua rindukan kau. Kalau nak bersendirian juga, jangan la tinggalkan kita orang macam ni. Aku tak boleh nak handle semua ni Ed. Dia orang tu tetap keluarga kau, sedar la Ed," ujarnya terus memulakan perbualan. Kedengaran esakan Raihana, mungkin terlalu merinduiku. Apa boleh buat? Aku hidup dengan duit haram.

"Ray, kalau kau kat tempat aku, mungkin kau tak sanggup tinggal dengan keluarga yang membenci kau. Apa salah aku Ray? salah ku aku kerja macam ni, bukannya hina sangat. Abah aku tak dapat menerima juga. Saudara mara aku lagi tak boleh harap. Semuanya nak menghina. Aku tak belajar di luar negeri pun, dia orang nak anggap besar problem ni. Aku harap kau faham Ray," ujarku panjang lebar, aku mengeluh panjang. Lega rasanya dapat meluahkan perasaan ini. Aku terus off telefon bimbitku, malas mahu mendengar bebelan Raihana.

"Aku faham perasaan kau," aku tersentak mendengar suara itu. Zain! Bagaimana dia tahu tempat kediamanku.
" Actually, Andrian beritahu aku, kau pindah kat sini," ujar Zain dengan tenang sambil duduk bersebelahan denganku.
"Ouh, kau dah kenal dia, baik kan orangnya," aku merenung wajah Zain.
"Aku tak sangka bapa aku berkasar dengan bapa kau. I'am very sorry 'bout that. Puas la hati dia tu, dah dapat apa yang dia nak. Seriusly, aku sendiri tak tahu yang bapa aku dah lama kenal dengan bapa kau," ujarnya dengan senyuman kecil terukir. Nada suaranya begitu rendah. Jarang untuk meluhat gelagatnya yang serba sederhana ini. Tidak terlampau manja atau kasar.

"Aku harap kau jangan marah. Sebenarnya perompak yang ceroboh rumah kau dengan saloon tu, geng aku sebenarnya. Tak ada kene mengene langsung dengan bapa aku," aku tersentak. Kunci kecil?? ye kunci kecil pemberian abah.

"Tak mungkin, kunci kecil aku hilang. Kalau tak ada kunci tu, macam mana nak buka peti kat kampung aku tu," mataku terkebil-kebil, hanya menanti jawapan dari Zain.
"Aku pun macam kau, kena paksa. Ingat tak yang aku tumpang rumah kau tu. Bapa aku paksa aku sebenarnya, tumpang rumah kau untuk tahu selok belok rumah kau dan semua yang ada dalam rumah kau. Aku tak tahu apa tujuan bapa aku pula, aku macam kena pukau je masa tu. Tapi setahu aku, peti tu tak pakai kunci dik oi," aku hanya mengangkat kening, pelik pula mendengar penjelasan Zain.

"Apa pula gunanye kunci tu?," aku kehairanan.
"Kunci tu untuk beg rahsia abah kau," ujar Zain. Aku semakin hairan.
"Macam mana kau tahu segala-galanya? sedangkan aku tak tahu pun abah aku ada beg rahsia tu," ujarku dengan nada terkejut.
"Aku tak tahu kenapa geng aku aku ambil kunci tu. Aku cuma arahkan dia orang ambil yang kaitan dengan kau je. Kalau dah jatuh cinta, aku sanggup buat apa sahaja untuk lebih rapat dengan kau. Aku rasa bapa aku tahu kegiatan aku, then mungkin dia yang arahkan geng aku ambil kunci tu sekali," terbongkar juga akhirnya rahsia yang terpendam ini. Kini aku mengerti, mangsanya juga adalah aku. Aku termenung sebentar.

"Bapa aku dah kena tangkap dengan polis," rendah nada suaranya. Aku pula terkejut dengan mata yang agak buntang apabila mendengar berita itu.
" Kes apa?," ujar ku.
"Dah lawat abah kau?," aku terkedu. Lawat? lawat untuk apa? Aku hanya menggelengkan kepala.
" Buat apa," aku mencebik.
" Kau tak tahu lagi ke?,"Zain sudah mula berubah reaksi.
" Kenapa? apa yang berlaku?," aku menatap wajahnya.
" Bapa aku tertangkap sebab letupkan Syarikat abah kau. Habis kau tau tak, bapa aku masih tak puas hati lagi. Kau tak tahu lagi ke? Masya Allah!," aku tersentak. Abah kini berada di Hospital.

Memang bawa celaka. Adakah ini pembalasannya. Sudah lama aku tidak bertemu dengan abah. Kini..........



Tuesday, August 11, 2009

Bab 22.

Aku mengemaskan apa yang patut. Pemberian abah, semuanya ku tinggalkan di rumah ini sahaja. Komputer riba? Aku hanya memerhatinya sahaja. Tersenyumku sendirian. Andrian, jejaka yang paling baik pernahku temui. Tutur katanya sungguh sopan. Zain! Aku teringat padanya, suka bermanja denganku. Walaupun perangainya seperti keanak-anakan senyumannya membuat ku terpikat.

Nombor telefon bimbitku sudah pun ku tukar, sengaja untuk bersendirian. Tidak mahu sesiapa tahu tentang perpindahanku ini. Aku telah berhenti kerja tetapi aku tetap ada saloon ku itu. Satu-satunya perniagaan yang aku ada sekarang. Pendapatan satu hari puratanya mahu mencecah seribu. Wanita sekarang tentu mahu bergaya termasuk lah artis, tanpa perniagaan ini sudah tentu aku jatuh miskin.

Aku menunggu teksi di ruang tamu. Kereta perdana di luar rumahku, aku meninggalkannya juga. Pemberian abah dengan duit haramnya, tidak mahu aku menerimanya lagi. Tunggu sahaja abah mengambilnya. Hendak menjual? aku buntu. Walaupun sudah selesai hutang dengan penjahat itu, aku masih tidak dapat menerima pemberian abah semua ni. Sia-sia sahaja.

Teksi sudah pun sampai. Beberapa minit sampai la aku ke destinasi, bukan jauh sangat Shah Alam dengan bandar Kuala Lumpur. Aku termenung sendirian, bila mataku dipejam. Wajah Andrian yang muncul. Ahh..Andrian, adakah dia jejaka yang telah berjaya mencuri hati yang keras ni?? Aku tersenyum sendirian.

"Encik..encik..cik kak kita dah sampai ni," nada suara pemandu teksi yang agak tinggi itu memeranjatkan ku. Aku terlena? Ya..aku tidak sedar sudah berapa lama aku terlena. Aku mengisat-ngisat mata ku. Ku lihat kondominium yang tersergam indah dari cermin pintu itu. Aku menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu dan lantas keluar.

Tiba-tiba seorang jejaka memegang erat lenganku. Andrian!
"Macam mana awak tahu yang saya pindah?,"ujarku.
"Saya kan pengintip," guraunya. Andrian cuba menolong mengangkat barangku. Bukannya banyak pun barang yang aku ada. Kondominium yang aku beli ni sudah ada pun perabutnya. Memang patut mahal. Tingkat 5, tinggi juga. Aku ni gayat orangnya. Ada beranda, betul-betul berhadapan dengan bangunan KLCC.

"Kenapa tak bagitahu yang lain?," Andrian merenungku. Mata kami bertentangan. Manis wajahnya seperti pelakon korea. Rambutnya begitu lurus.
"Saja, tak nak dia orang ganggu," jawabku ringkas. Andrian meletak tangannya di atas bahuku. Cuba untuk memelukku. Aku mengelak, tetapi Andrian masih mencuba.

"Hey, don't touch me. Saya rasa baik awak balik, tak manis kan kalau orang tengok," ujarku dengan lembut, harap Andrian memahaminya. Andrian mencuit daguku dan berlalu pergi. Aku terus menutup pintu. Aku melihat sekeliling. Banyak kerja aku hari ni, perlu mengemas apa yang patut. Laratkah aku? Menyesal pula menghalau Andrian.



Sunday, August 9, 2009

Bab 21.

Kami berempat membisu, segala perbuatan abah terbongkar begitu sahaja. Ibu bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat semalam. Sunyi! Kuih yang berada di hadapan kami, langsung tidak dijamah.

"Sanggup abah bagi Yana duit haram," ujarku dengan nada suara yang lemah, malas untuk bertentang mata dengan abah.
"Nak buat macam mana, tanpa duit abah nak sara korang dengan apa? dengan daun?," ujar abah dengan tegas.
"Kami tak perlukan duit berjuta-juta, kita cuma perlukan kerjasama untuk majukan perniagaan abah tu," aku cuba untuk menyedarkan abah, tetapi abah tetap dengan pendiriannya. Sibuk dengan kemewahan.
"Kalau tanpa duit tu, perniagaan abah mungkin akan merosot," abah menjeling tajam ke arah ku.
"Tak kan tak ada cara lain, selain merompak, merampas duit orang. Abah ni mata duitan lah. Sedar sikit dulu abah bukannya mampu sangat, cuma harapkan pusaka nenek dengan tanah 1 ekar je. Abah pula jual semua tu, tanpa paklong juga abah tak akan kaya tahu," tengking abang Mukhriz pula. Ringan sahaja tangan abah menampar pipi abang Mukhriz. Abang Mukhriz mengusik pipinya, kebas!

"Kau ingat kau tu pun baik sangat. Kau tu ada hubungan sulit dengan anak nelayan. Jatuh maruah abah tahu tak," abah meninggikan suaranya. Terkedu abang Mukhriz sebentar, ibu pula tersentak mendengarnya. Ibu mendekati abang Mukhriz.

"Mukhriz, betul ke apa yang abah cakap tu?," ibu merenung mata abang Mukhriz. Abang Mukhriz hanya mengangguk perlahan. Aku hairan bagaimana pula abah tahu tentang hubungan mereka, mungkin pernah ternampak, fikirku.

"Kalau gatal sangat kenapa dengan anak nelayan?? Kenapa tak cari sama taraf dengan kita?," ujar ibu dengan lembut.
"Ibu, dia tu baik. Dia tak kikis duit Mukhriz," ujar abang Mukhriz dengan lemah. Abah pula masih merenung tajam ke arahnya.
"Entah-entah dah dapat anak luar nikah. Kau tu ada duit ke sampai dia nak kikis, duit tu pun duit haram abah juga, jangan berlagak sangat," abah berpeluk tubuh. Keadaan semakin tegang. Masing-masing melayan perasaan. Aku cuba untuk mendamaikan.

"Abah dah la tu, duit bukan segala-galanya, kita berdamai," aku memegang erat lengan abah. Abah menepis dengan kasar. Aku tercampak ke atas sofa.
"Berdamai? Siapa yang nak bermenantukan anak nelayan? Kau pun sama. Belajar pandai, tapi pilih kerja yang tak berfaedah je. Gaji sikit, duduk rumah sewa pula tu. Elok-elok ada rumah besar ni, rumah kecik tu juga kau pilih. Disuruh kerja dengan abah, ditolak mentah-mentah," tengking abah. Aku hanya tertunduk lemah.

"Abang dah la tu," ibu cuba memujuk abah.
"Dapat anak ramai, tapi sorang pun tak nak waris perniagaan abah. Perangai semua tak senonoh. Nanti orang cakap abah tak pandai jaga anak sendiri. Abah tak nak mengaku korang anak abah lagi!," aku dengan abang Mukhriz tersentak mendengar kata-kata itu.

"Abang, apa abang cakap ni?," ibu cuba membela aku dengan abang Mukhriz. Abah tetap dengan pendiriannya untuk menghalau aku dengan abang Mukhriz. Abah menghalau kami berdua dengan alasan yang tidak munasabah. Abah memang memandang rendah pada orang yang berpangkat rendah, miskin dari nya. Dendam aku pada abah, sentiasa di hati ini.

Ingin sahaja aku membalas dendam, tetapiaku hanya anaknya sahaja. Berdosa jika derhaka pada bapa sendiri. Macam mana hendak menyedarkan abah lagi. Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Abah memang gila harta.



Thursday, August 6, 2009

Bab 20.

Pukul 8.30 malam! Adakah orang itu sudah menangkap abah? Masih sempat, rumah masih terang benderang. Kelihatan ibu mundar-mandir di halaman rumah. Resah agaknya. Aku keluar dari kereta begitu juga dengan abang Mukhriz. Aku terus menerpa ke arah ibu yang berada di ruang tamu. Aku begitu terkejut penculik yang menangkap ku pada minggu lalu pun ada? Bukankah, pada masa itu geng Adrian sudah menguruskannya.

"Oh, heroin sudah sampai, mari sini selamatkan bapak kau," ujar penjahat itu.
"Abah, apa abah buat ni sampaikan dia orang yang masuk penjara. Abah ada buat salah ke?," ujarku terus-terang. Begitu lama aku menanti jawapan dari abah. Sunyi.
"Sebenarnya panjang cerita nya," tiba-tiba kedengaran suara lain menyampuk, tersentak aku, abah Zain! tetapi di manakah Zain?
"Apa ceritanya?," aku meninggikan suara. Elok rasanya, semua yang terlibat ada disini. Bapa Zain terus menceritakan cerita sebenar. Abah telah membolot harta mereka semua. Semuanya abah yang memulakan dulu, hanya kerana mata duitan. Semua geran tanah milik mereka, abah yang rompak dan abah pernah membunuh salah seorang daripada mereka, tetapi abah terselamat mereka pula di persalahkan dan telah didakwa serta masuk penjara. Jadi, semuanya datang dan sepakat untuk mengenakan abah kembali.

"Kenapa pula hari ni Uncle nak berterus-terang? Bukan esok atau hari lain-lain," aku menduga bapa Zain.
"Sebab aku nak hutang aku la bodoh. Geran tanah, aku dan kawan-kawan aku semua dah ambil balik secara rompakan, sekarang aku nak duit yang abah kau bawak lari tu," kini aku faham. Abah memberi duit saku bulanan ku dengan duit haram. Hasil kegiatan haramnya. Aku merenung tajam ke arah abah yang terduduk diam di sofa itu. Abah hanya menunduk. Malu agaknya.

"Hoi!!," gertak abah Zain. Kami semua tersentak. Aku melihat sekeliling semuanya lengkap bersenjata. Mahu menelefon polis, semuanya sudah terlambat. Kalau aku tahu, aku telefon dari awal lagi. Lagi pun ibu tak mahu abah masuk ke penjara. Ahh..ibu kenapa la terlalu lembut hatinya.

"Berapa?," ujarku dengan tegas dan merenung tepat ke arah bapa Zain.
"One million," aku tersentak. Satu juta! Begitu banyak sekali.
"Banyakkan? kalau tidak macam mana abah kau boleh kaya," ujarnya sambil mengeluh. Tiba-tiba abah Zain mengacu pistol di kepala abah. Aku, ibu dan abang Mukhriz cemas. Mandi peluh kami pada malam itu. Abah hanya memerintahku untuk mengambil cek di dalam biliknya.
Bergigil-gigil aku untuk menulis angka yang perlu dibayar. Kemudian cek itu aku berikan pada bapa Zain.

Aku melihat yang lain hanya menurut saja. Mungkin bapa Zain la dalang semua ni. Begitulah penyelesaiannya, tidak sangka begitu mudah. Geran tanah di ambil semula, yang tinggal cuma urusan jual beli secara halal. Tiada hutang. Malam yang penuh debaran.

"Selesai," aku menggungkap kata-kata itu dengan berani dan menghulurkan tangan ku untuk berjabat tangan. Bapa Zain hanya memerhati dan menyambut tanganku.
"Jangan ganggu hidup keluarga aku lagi," ujarku dengan tegas. Bapa Zain hanya mengangguk dan tersenyum sinis. Aku berfikir sejenak, mungkin kah mereka akan menganggu keluargaku? Selepas ini mungkin aku akan lapor pada polis kalau ada apa-apa berlaku.

Mereka semua hilang dari pandangan. Masalah rompakan ini selesai dengan secara serentak, sengaja untuk menimbulkan huru-hara supaya kami sekeluarga berpecah-belah. Kami sekeluarga hanya menghela nafas panjang, tetapi aku masih tidak berpuas hati dengan duit haram pemberian abah!




Bab 19.

"Aku nak kau terus-terang dengan aku. Kenapa dengan kau hari tu? Hah, jawab!," gertak Zain. Malu aku diperlakukan begitu di depan pekerja lain pula tu.
"Kau ni kenapa? Aku rapat dengan Syuhada tak bermakna kita orang ni bercinta. Memang dia selalu tolong aku, tolong macam mana nak dapat kan kau tau tak, tapi kau...buat bodoh je dengan aku," gertaknya lagi. Perkara kecil itu pun mahu dijadikan isu besar. Huh, lelaki! Memang ego sahaja tinggi, tapi akal fikiran cetek. Dasar jantan tak guna, marah pula tidak bertempat.

Abah pun tidak pernah menggertakku sebegitu, walaupun abah benci padaku. Benci dengan pekerjaanku. Tidak pula dengan Zain, timbul sahaja masalah sudah bertindak melulu, seperti tidak tahu pula untuk menyelesaikannya.

"Kenapa? Kau jeles ke? Cemburu tak bertempat. Kalau kau suka aku, cakap je la," bahuku digoyang-goyangkan. Tidak ingin rasanya untuk bertentangan mata dengan Zain. Kejadian pada hari itu, benar-benar buat aku rasa bersalah. Bukannya cemburu, cuma...ahhhh...aku pun keliru.

"Siapa kau aku nak cemburu? Pakwe aku ke? Kau ni dah melampau tau tak. Aku dah cakap daripada dulu lagi, aku tak nak bercinta lagi. Aku anggap kau tak lebih dari kawan je," aku memberanikan diri menggertaknya pula. Puas hati aku. Aku beredar tanpa memandang wajahnya walau sekilas.

Adakah aku cemburu dengan hubungan Zain dengan Syuhada? Aku tidak pernah mengalami perasaan cemburu selama ini. Keliru! Kenapa kehidupan aku begini? Sejak sekolah lagi ada sahaja lelaki yang cuba menyakiti dan mempermainkan perasaan lemah ini.

Aku meluru masuk ke dalam toilet, lantas memusing kepala paip. Mencurah-curah air keluar. Aku menadah air lalu disapukan ke mukaku yang gebu ini. Melihat wajahku melalui cermin dihadapanku. Membelek-belek wajah ini. Wajah sunggul. Huh! Memejam mata seketika.

Tiba-tiba seorang gadis memegang bahuku. Erat. Aku melihat siapakah gerangan gadis tersebut melalui cermin. Farah!

"Sudah la tu. Lupakan saja. Aku dah masak dengan perangai kau. Jangan mudah percaya dengan lelaki," ujarnya lemah dan menghela nafas lega. Aku menanti setiap perkataan yang akan keluar dari mulutnya itu.

"Betul cakap kau, aku dah bercerai dengan suami aku," aku tersentak dengan kata-kata Farah. Bercerai!!
"Aku tak tahan dengan perangai dia Ed, selalu sangat berfoya-foya. Aku yang minta cerai," ujarnya dan mengukir senyuman kecil. Tabah! Setitik air mata pun tidak menitis. Katanya lega. Dengar juga kata-kata ku ini. Aku mengusap rambutnya dengan lembut. Kami berpelukan. Erat!
"Ok lah, shift aku dah habis. Morhan gantikan aku. Assalamualaikum," kami berjabat tangan. Kasihan aku melihatnya, muda-muda lagi sudah digelar janda. Aku keluar dari toilet. Morhan menantiku dengan penuh ceria. Aku membalas senyumannya dan terus menjalankan tugas.

Sedang asyik aku membuat tugas, aku ternampak kelibat ibu tiriku dengan seorang jejaka yang boleh tahan rupanya. Siapakah jejaka itu? Aku hanya membiarkan sahaja, malas hendak masuk campur. Tiba-tiba abang Mukhriz muncul di depanku. Aku terkejut dengan kehadirannya dan mengurut dadaku. Abang mukhriz pula tidak habis-habis mengusap kepalaku.

"Dah nampakkan. Kenapa tak halang?," abang Mukhriz memulakan perbualan. Mata kami tertumpu pada gelagat ibu tiriku itu. Begitu mesra.
"Tak payah la bang. Nanti kita pula dijadikan anak kurang ajar la, anak derhaka tak mengenang budi la. Macam-macam pula mengadu kat abah. Meluat pula. Eh..abang dengan kak diana macam mana?," aku cuba menukar topik. Abang Mukhriz hanya mendiamkan diri sahaja, tidak mahu rahsia terbongkar agaknya.

"Dik, akak nak check out," seorang wanita dengan suaminya berdiri tegak di depanku. Di hulurnya kunci. Aku melemparkan senyuman manis. Memang itu lah tugas ku, sentiasa memberi senyuman.
"Ni bil nya kak," aku menghulurkan sehelai kertas. Wanita itu menatap kertas yang diberi lalu diberikan wang dan aku pula memberi baki.
"Terima kasih ya," seperti biasa memberi senyuman dan senyumanku di balas.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Abah! Kedengaran suara abah cemas. Berkerut dahiku untuk mengecam suara di belakang abah. Cuba memeras ugut! Siapakah mereka?

Aku terus berlari secepat mungkin ke pejabat pengurus, untuk meminta cuti beberapa hari. Alhamdulillah di benarkan, abang mukhriz pula dari tadi mengekoriku.



Sunday, August 2, 2009

Bab 18.

Aku menanti seriusman. Dimanakah dia? Ahhh..lelaki sentiasa lewat, tidak menepati masa langsung. Kalau syuhada melihat aku berpakaian begini, tentu disindirnya. Aku terkeluar dari prinsipku. Huh! Menyesal aku berpakaian begini. Orang semakin ramai pula tu. Ada apa? Jamuan ke fikirku. Rupa paras pun aku tidak kenal macam mana hendak mencarinya.

"Ehemm...Adriana ke?," seseorang menyapaku. Aku menoleh ke belakang. Tidak ku sangka, begitu kacak! Aku tersipu malu melihat mukanya dan mengukir senyuman kecil.
"Saya la seriusman tu. Nama saya Andrian Mohd," pemuda itu menghulurkan tangannya. Aku menyambut mesra.
"Sebenarnya ada jamuan perpisahan. Boss saya bersara dan salah satu kawan saya akan menggantikan tempatnya," ujarnya lembut. Aku pula. Ahhh...seperti terpana mendengar suaranya yang ala-ala romantik.

"Kenapa ajak saya? Kenapa tak ajak awek ke? isteri ke?," ouh? tak sangka aku akan berlembut dengan lelaki buat pertama kalinya. Selalunya aku akan membahasakan diri seperti aku kau sahaja. Andrian pula tergelak sendirian.

"Saya mana ada makwe-makwe ni, apatah lagi isteri. Saya bujang lagi. Kita masuk dulu ye," Andrian mencapai pergelangan tanganku. Aku tersentak. Tidak sampai beberapa minit sudah berani memegang tangan anak dara orang. Memang pantangku, tetapi wajahnya begitu familiar.

Ramai sahabatnya, jumpa sahaja berjabat tangan. Ahhh...aku makin keliru. Tiba-tiba datang pula sekumpulan wanita ke arah kami berdua. Semuanya hebat-hebat belaka, dengan barang kemasnya, gayanya. Huh, seperti anak orang berada sahaja.

"Siapa ni? Tak kan isteri kot?," kedengaran gelak tawa mereka. Aku pula hanya mampu melemparkan senyuman manis.
"No, just friend," jawabnya ringkas.
"I think...ermmm...you ada ke buat modeling? rupa you macam i pernah nampak la," ujar salah seorang wanita di situ.
"Ya..itu 3 tahun lepas, sebelum saya dapat kerja tetap," ujarku. Tak sangka muka ku ini pun ada orang pernah ingat. Aku hanya tergelak kecil. Semuanya peramah-peramah belaka. Seperti semua masalahku hilang bergitu sahaja. Tiba-tiba aku ternampak kelibat abang Mukhriz.

Ya Allah...di mana aku hendak bersembunyi ni. Mataku melilau untuk mencari tempat sembunyi. Tetapi tidak sempat.

"Eyh..eyh..yana apa kau buat kat sini? what are you doing and what are you wearing? Jangan cakap adik abang berubah?," abang Mukhriz merenungku dari hujung kaki samapi la ke hujung rambut. Aku rimas. Tiba-tiba Andrian datang dan menegur abangku. Sudah berkenalan kah mereka?

"Ryan, Ni adik aku," abang Mukhriz memperkenalkan aku kepada Andrian.
"Ouh dah kenal pun," Andrian senyum sinis memandangku. Abang Mukhriz pula terkejut dengan kata-katanya. Rupa-rupanya abang Mukhriz pernah bekerja di syarikat percetakan ini. Aku hanya duduk di tepi mendengar perbualan mereka, seperti muka bosan. Aku mencuit bahu abang Mukhriz dan menyuruhnya menutup rahsia tentang imejku. Kalau abang Johari serta abah dan ibu tahu, tentu di gelak oleh mereka. Malu aku!

Majlis berjalan dengan lancar. seronok. Dalam kira-kira 2 jam berakhirlah jamuan itu. Andrian mengajakku bersiar-siar. Aku melihat jam tangan. Ahh..sudah lewat malam ni. Aku hanya menerima tawarannya. Andrian berterus-terang denganku yang dia la pemuda yang telah menyelamatkan ku tempoh hari. Yang membezakan wajahnya ketika itu, hanyalah misai palsu. Kelakar sahaja. Aku mengukir senyuman lagi.

Dan tidak ku sangka, Andrian telah meminatiku semasa aku berlatih taekwando ketika usia ku 20 tahun lagi Begitu lama menyimpan perasaan dan baru sekarang diluahkan terhadapku. Selama 6 tahun! sanggup Andrian menunggu masa sesuai untuk meluahkan perasaan. Sungguh setia.



Searching.