I just say it, what i've think it

Tuesday, August 11, 2009

Bab 22.

Aku mengemaskan apa yang patut. Pemberian abah, semuanya ku tinggalkan di rumah ini sahaja. Komputer riba? Aku hanya memerhatinya sahaja. Tersenyumku sendirian. Andrian, jejaka yang paling baik pernahku temui. Tutur katanya sungguh sopan. Zain! Aku teringat padanya, suka bermanja denganku. Walaupun perangainya seperti keanak-anakan senyumannya membuat ku terpikat.

Nombor telefon bimbitku sudah pun ku tukar, sengaja untuk bersendirian. Tidak mahu sesiapa tahu tentang perpindahanku ini. Aku telah berhenti kerja tetapi aku tetap ada saloon ku itu. Satu-satunya perniagaan yang aku ada sekarang. Pendapatan satu hari puratanya mahu mencecah seribu. Wanita sekarang tentu mahu bergaya termasuk lah artis, tanpa perniagaan ini sudah tentu aku jatuh miskin.

Aku menunggu teksi di ruang tamu. Kereta perdana di luar rumahku, aku meninggalkannya juga. Pemberian abah dengan duit haramnya, tidak mahu aku menerimanya lagi. Tunggu sahaja abah mengambilnya. Hendak menjual? aku buntu. Walaupun sudah selesai hutang dengan penjahat itu, aku masih tidak dapat menerima pemberian abah semua ni. Sia-sia sahaja.

Teksi sudah pun sampai. Beberapa minit sampai la aku ke destinasi, bukan jauh sangat Shah Alam dengan bandar Kuala Lumpur. Aku termenung sendirian, bila mataku dipejam. Wajah Andrian yang muncul. Ahh..Andrian, adakah dia jejaka yang telah berjaya mencuri hati yang keras ni?? Aku tersenyum sendirian.

"Encik..encik..cik kak kita dah sampai ni," nada suara pemandu teksi yang agak tinggi itu memeranjatkan ku. Aku terlena? Ya..aku tidak sedar sudah berapa lama aku terlena. Aku mengisat-ngisat mata ku. Ku lihat kondominium yang tersergam indah dari cermin pintu itu. Aku menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu dan lantas keluar.

Tiba-tiba seorang jejaka memegang erat lenganku. Andrian!
"Macam mana awak tahu yang saya pindah?,"ujarku.
"Saya kan pengintip," guraunya. Andrian cuba menolong mengangkat barangku. Bukannya banyak pun barang yang aku ada. Kondominium yang aku beli ni sudah ada pun perabutnya. Memang patut mahal. Tingkat 5, tinggi juga. Aku ni gayat orangnya. Ada beranda, betul-betul berhadapan dengan bangunan KLCC.

"Kenapa tak bagitahu yang lain?," Andrian merenungku. Mata kami bertentangan. Manis wajahnya seperti pelakon korea. Rambutnya begitu lurus.
"Saja, tak nak dia orang ganggu," jawabku ringkas. Andrian meletak tangannya di atas bahuku. Cuba untuk memelukku. Aku mengelak, tetapi Andrian masih mencuba.

"Hey, don't touch me. Saya rasa baik awak balik, tak manis kan kalau orang tengok," ujarku dengan lembut, harap Andrian memahaminya. Andrian mencuit daguku dan berlalu pergi. Aku terus menutup pintu. Aku melihat sekeliling. Banyak kerja aku hari ni, perlu mengemas apa yang patut. Laratkah aku? Menyesal pula menghalau Andrian.



1 comment:

Unknown said...

haahaha..andrian gatal..mane leh sentuh2 dagu die~~ hahahaa

Searching.